Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Satu Hikayat


Wey korang hakak dapat rezeki terpijak. Semalam masa tengah latihan intensif Kelab Raden, kawan kakak call tanya nak pergi konsert M. Nasir tak sebab dia ada aral so tak boleh pergi. Of Course la nak. Pojaan kakak since dulu tu

Ya Rabbi banyak la dugaan nak menyampai ke dewan pun. Dari bateri kereta kong, siap pinjam bateri kereta jiran hahahha gigih kan kakak? Traffic jam, hujan, berlari ke atas ke bawah nak ambik tiket.


Masuk dewan berpeluh lencun, show pun dah start. Mujur segmen pengenalan M. Nasir dengan Wan Ismail Golok a. k. a Pok Ya Cong Codei. Lega.

Kakak sempat juga rakam lagu-lagu yang best di telinga kakak untuk kawan kakak yang pass tiket. Kesimpulannya konsert M. Nasir Satu Hikayat memang best giler!!! Crowd pun best sangat. Puas hati. 




Four Seasons

Spring in Paris


Summer in Hong Kong


Autumn in Prague



Winter in Istanbul



Homestay Rohaya


Masa vaccay dengan famili ke Ipoh hari tu. Kami stay area di Taman Rapat Setia Baru, Gunung Rapat. Homestay ni pun mak yang book melalui kawan dia. Port panas, selalu fully book. 

Puan Rohaya
011-103101962
RM350/malam


Sesampai je kat rumah, no wonder la selalu fully book. Punya la besar rumahnya. Corner lot. Cantik pulak tu.  Orang book untuk family orang sebelah kalau kenduri kahwin area sini, majlis akad nikah pun ada yang book rumah ni. 

muat 3 biji kereta parking

Jom la masuk rumah, kita tengok macam mana luas dalam rumah. Btw, rumah ni ada 4 bilik tidur, 1 bilik solat, 1 ruang tamu, 1 ruang makan, 1 dapur dan 3 bilik air. Sesuai la untuk kami 11 orang.

Ruang Tamu

kawan mak sekeluarga datang bertandang

Ruang Makan

laluan dari ruang makan ke dapur

Dapur



Bilik Solat


Master Bedroom



Bilik Kedua



Bilik Ketiga


Bilik Keempat



Tuan rumah ada sediakan extra bantal, selimut dan tilam. Tapi tuala kena bawak sendiri ye. Bilik no 2 dan 3 berkongsi toilet. Oh ye, gambar-gambar bilik hakak ambik before kami check out. Tuan rumah kemas lagi lawa la, heheheh.

RM1 

Oh, part yang paling best, rumah ni tak jauh dari padang tempat budak-budak main bola. Dekat dengan padang tu ada gerai-gerai orang berniaga pagi. Korang pergi je dekat gerai yang paling ramai orang tu, Nasi lemak RM1 je sebungkus ye. Sedap pulak tu. Korang tengok la dalam gambar, telur dadar dia camne. Kuih muih ada bermacam-macam. Selain tu ada juga pasaraya, self service dobi dan macam-macam fasiliti basic kemudahan area sini yang korang tak payah keluar jauh. Siapa yang berminat boleh la contact tuan rumah okey?


1st Anniversary

Mr.& Mrs. Ragaman

Alhamdulillah. Selamat jua kakak dan En. Suami melepasi tahun pertama perkahwinan. 17.11.2018 Nikah dan 18.11.2018 Resepsi. Terima kasih atas doa-doa semua orang terutamanya family kami berdua. Terima kasih juga la yang wish kami berdua. Kami pergi dinner je di Tree Steak House.

Kakak doakan semua yang masih single akan bertemu jodoh masing-masing. Ingat, semua orang telah ditetapkan jodohnya, cuma jodoh tu masih sesat sama macam korang atau dia sedang berkahwin dengan orang lain atau pun telah meninggal dunia.

BTW, sempena anniversary kakak yang pertama kalinya ni, kakak nak tinggalkan tips iaitu antara usaha-usaha kakak menjemput jodoh kakak.


1) Tahajud
Kakak bangun tahajud 73 malam sebelum berkenalan dengan suami

2) Sedekah
Kakak dapat tips ni dari seorang blogger dari Indonesia. Sedekah ni bukan yang biasa korang buat harian tu, tapi kita buat khas untuk menjemput jodoh.

3) Puasa 
On birthday dan sekerap boleh on hari Isnin dan Khamis sebab doa orang berpuasa mustajab kan?


Alhamdulillah pilihan Allah adalah terbaik untuk kakak. Doakan jodoh kami kekal sampai syurga tau.




Fabulous 40



Walking away from my 30 series age,
hello 40 and fabulous


BTW, ending my single status later than others taught me so many things are not in the book and I would love to share with you guys


~ Love yourself, respect youself, appreciate youself. Buy a gift for yourself on your own birthday or after achieving any type of success 
~ Love your parent and your siblings, visit them regularly. Nobody will love you unconditionally like they do 
~ Inner peace is so important, stay away from toxic people 
~ Inner beauty is more important than outer beauty but nothing is wrong to take care of your looks 
~ Your emotional state is important too, if you feel that your emotional getting crumble, find activities that can make you feel good 
~ Health is wealth, including your mental & emotional too 
~ Having fewer quality & positive friend better than many fake friends 
~ Dont compete with others, compete with your old self. You are going to be a better person 
~ Earn your own money 
~ Go travel. See the world. Have more experience in life make you richer than others 
~ Choose hobby/ies that make you happy & positive in life 
~ Learn new skills. That new skills may give you happiness or perhaps earn money from it 
~ At any age, it is never too late to start anything new that will make you happier, positive & better person 
~ Try to not too depend on others, one day they will leave you 
~ Never get jealous with what others have. Our lives are different 
~ Never get jealous of what others are showing in social media. They only show parts of their exciting lives. We do not know what the difficulty they are going through 
~ There is a difference between degrading and constructive criticism. Choose not to listen the people who like to belittle us. We've been a level above them 
~ And, choose your own happiness no matter strange it is, as long as it is not contrary to religion, family and no harm of others





Kellie's Castle


Dapat jua kakak ke Kellie's Castle sekali lagi. Ini kali kedua untuk kakak. Husband kakak pun pernah datang masa zaman rempit dulu. Sebagai penggemar istana, bangunan bersejarah dan sejarah, kakak tak kisah berapa banyak kali pergi pun ke sini. Kalau Istana di negara orang gigih hakak redah, inikan pula di negara sendiri. 

NOTA: Parking kereta RM2


Kellie's Castle ni terletak di Batu Gajah, Perak. Tak jauh dari tol Simpang Pulai. Tiket masuk RM5/dewasa dan RM3/kanak-kanak je untuk warganegara. So, sila bawa kad pengenalan ye.

NOTA: Bukan warganegara, RM10/dewasa, RM9/kanak-kanak


Istana ni dibina oleh William Kellie-Smith seorang engineer dari Scotland untuk dia dan keluarga dia tinggal di sini. Tapi belum sempat lagi istana ni siap, beliau meninggal dunia dan warisnya pulang ke Scotland dan enggan teruskan lagi. Istana ni terbengkalai dan ada yang kata tempat ni berhantu. Even ada plak dilekatkan di dinding istana tentang ada orang nampak penampakan di istana ni.

bahagian belakang istana
Kalau korang bijak pandai korang boleh bergambar feeling nampak macam oversea kat sini memandangkan binaan istana ni sendiri gabungan gaya ala Scottish, Moorish, dan Tamilvanan Indian.

NOTA: Istana ni mempunyai 14 buah bilik

serambi berhantu. dikatakan di sini hantu Willam muncul
tingkat atas dari kella's House, tingkat atas menempatkan bilik-bilik tidur.
Di sini juga ada satu ruang yang di tutup dengan grill menunjukkan susunan ruang tamu yang direka yang mungkin menjadi pilihan William Kellie berdasarkan gambar-gambar yang diserahkan oleh warisnya. William Kellie sukakan dekorasi campuran.


Di tingkat atas istana ni ada kawasan lapang yang dikatakan indoor tennis court dan tempat untuk William menganjurkan keraian.

menara kat belakang tu ada ruang untuk lif, tangga, bilik dobi dan bilik lain
William ni juga agak obses dengan keselamatan. Tak tahulah persiapan untuk hadapi perang atau sebab dia banyak musuh. Tapi ada laluan-laluan rahsia ke bilik bawah tanah untuk ahli keluarganya menyelamatkan diri.


Sebelum istana ni dibina, Willam dan keluarganya tinggal di Kella's House dibelakang Kelli's Castle ni. Kiranya antara Kella's House dan Kellie's Castle ni bersambung dengan laluan berbumbung.

Kellas House yang runtuh ketika perang



As for my personal opinion, istana ni wajib dilawat at least pada sesiapa yang datang ke Ipoh. Setengah jam je lebih kurang perjalanan dari Ipoh. Selain kisah disebalik pembikinan istana ni, istana ini juga bukti penempatan di kawasan ni suatu masa dulu. 

NOTA : Professional photoshoot akan dicaj RM50 bagi setiap camera

dari jambatan yang merentasi Sungai Raya


NOTA
1) Sila awasi anak-anak anda. Ada bahagian yang kurang selamat.
2) Ada kedai cenderahati dan kedai makan



7 Days, 7 Favourites