Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Me Amore



Happy Birthday My Love!

Semoga dirimu sentiasa dalam rahmat-Nya. Dipelihara dari segala musibah di langit dan bumi, yang nyata mahupun terlindung. Dimurahkan rezeki dalam segala bentuk. Semoga dirimu semakin matang seiring dengan pertambahan usiamu. You are one of the best thing ever happen in my life.

~ Wifey


 

Green Day

Just like everybody else, kakak menambah hobi time PKP yakni bela indoor plant. Btw, dua pokok dah terkorban yahhhh. Dalam penghujung bulan Julai lepas kakak order pokok from shopee. Bila dapat punya la excited, sekali tgk ehhh.. pokok siapa ni? Contact seller, rupanya staff dia salah letak label, walhal before post siap bagi gambar segala. Seller bagitau boleh pulangkan semula pokok. Which kakak dan En. Suami fikir semula tak mau pulangkan. Kesian kat pokok tu. Lunyai lembik liuk. Makanya minta refund dengan seller pokok yang hakak order dan bayar harga pokok yg diterima. Lepas tu la baru nak google nama pokok. Mujurla jenis senang jaga.

kesiankan?

Lepas tu duk la scroll shopee mencari pot, jumpa jenis self watering pot. Wuhooo ini la yang paling sesuai untuk kakak memandangkan selalu outstation tak boleh nak siram selalu. Bila dah gantung cantik pulak tak sabar nak tunggu tiga beradik tu berjurai. Ni pun dah jadi port selfie before pergi kerja.

Kakak ada post kisah kakak ni dalam grup Indoor Plant Decor. Ramai yang kata kakak untung walau pun seller salah hantar tapi kakak dapat adik beradik Philodendron dan Watermelon Peperomia yang tengah hangat jadi pujaan. Plus daun-daunnya semua sihat gemuk. Kakak pun tak sangka helok kejadiannya sekarang.

Watermelon Peperomia. kakak tak tau pun pokok ni terhangat dipasaran, ramai yang cari
Philodendron Green
Philodendron Brasil & Philodendron Neon

FYI,self watering pot ni ialah 2 layer pot yang bahagian bawahnya tempat letak air, bahagian atas baru la tempat pokok. Dalam tempat pokok ni ada benang tebal. So, dia akan sedut air dari level bawah. Kiranya pokok akan minum sendiri la. Tak de la kakak susah hati bila outstation berhari-hari.


Cinta Pantai Merdeka


Uolssss!!! Pernah tak korang pergi vaccay or jalan mana-mana ikut lirik lagu?  Means korang pergi ke tempat dalam lagu tu? Hakak balik SP gi jalan-jalan ikut lagu Cinta Pantai Merdeka uols. Mampu? Lets sambil karoks

Cinta Pantai Merdeka  

Telah bertahun lama
Tenggelam arus masa
Didalam ingatanku
Masih segar terasa

Terkadang aku sama
Mengatur bunga cinta
Keadaan memaksa
Kita terpisah jua
Andainya aku berdaya
Kan kucoretkan untukmu
Sebagai kenangan kita
Kan ku buktikan untukmu
Akan aku buktikan

Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Di situ Tanjung Dawai terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...

Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka

Lagu/Lirik : Pak Long & Andy Rahman


Gunung Jerai

Dari Sungai Petani ke arah Yan (laluan perjalanan kami) korang akan menikmati pemandangan sawah bendang sepanjang jalan. Kalau nasib baik dapatla pemandangan sawah padi yang menguning. memang cantik ye. Peminat jagung boleh beli jagung di tepi-tepi jalan dekat dengan area jalan masuk ke Gunung Jerai. Sedapnya, corn in cup fresh. Air nira pun ada dijual. 
 

Area Gunung Jerai disebelah bawah ada disediakan parking yang luas, pelbagai kemudahan lain termasuk surau, kedai-kedai makan, tandas dan sebagainya. Nak naik ke puncak tu kena hati-hati, jalan pun macam ular kena palu.

NOTA
1) Pastikan kenderaan dalam keadaan baik dan telah di selenggara termasuk tayar
2) Bunyikan hon di selekoh


Korang boleh menginap di puncak Gunung Jerai ni ye. Ada The Regency Jerai Resort. Boleh la enjoy puas-puas pemandangan indah saujana mata memandang kat sini. Range harga start dari RM250 -+. Nak senang booking je guna aplikasi Booking tau Agoda. Boleh la lepak makan kek dan minum di cafe yang ada.



Selain enjoy pemandangan indah di sini, ada banyak lagi aktiviti yang korang boleh buat. Antaranya boleh hiking, camping, melawat ke Muzium Perhutanan, menjengah Telaga Tok Sheikh serta mandi di air terjun.


Tanjung Dawai

Tanjung Dawai ni sebuah perkampungan nelayan. Iols every time balik SP memang akan pergi sini. Beli ikan bilis, ikan masin, tenggiri jeruk, ehhhh macam-macam di Arked Tanjung Dawai. Nak bawak balik ke Pahang samada kiriman dari emak atau beli untuk rumah sendiri. Tak lupa jajan-jajan untuk makan dalam kereta.

Selain shopping barangan hasil laut, di tingkat bawah arked ni juga ada kedai-kedai makan. Kedai nasi campur ada, kedai seafood pun ada. Pilih je. Makan sambil menikmati pemandangan tepi laut.  

Nota: Nak shopping ikan bilis or ikan masin boleh try kedai no 27. Biasanya meols beli ikan bilis, ikan masin, gelama & tenggiri jeruk.


Mee Udang Rumpun Bambu di Tanjung Dawai ni pun sedap. Kalau musim udang tengah mewah, dapat la korang udang besar penampar dalam kuali weh. Jenuh nak menghabiskannya. Must try.

Pantai Merdeka
Sampai jua ke sini. Selalunya sebut masa karoks je. Pantai Merdeka ni satu-satunya pantai berpasir di Kedah. Pantai Merdeka suatu masa dulu merupakan destinasi popular di kalangan warga utara khasnya Kedah dan Penang.


Pantai Merdeka kurang sesuai untuk mandi memandangkan air laut pun dah tak sebersih dulu. Tapi masa kami datang ada je family yang mandi-manda di sini. Jangan lupa mandi sekali lagi nanti dengan air paip pulak, gatal-gatal pulak badan nanti.


Di sini juga korang boleh duduk santai dengan family menikmati pemandangan indah Gunung Jerai. Fuhhh kalau datang time matahari terbit or terbenam memang cun habis. Yang paling best korang boleh naik bot (RM5) dari Pantai Merdeka ni ke Tanjung Dawai. Senang uols. Tak payah susah-susah bawa kereta.


Selepas jeti ada kawasan berbatu kemerahan di kaki Bukit Penjara. Tak mampu dah hakak nak jalan sampai hujung sebab masa ni panas yang teramat sangat. Katanya fosil yang ditemui di sini menunjukkan usianya 450 juta tahun. Menarikkan?


Korang juga boleh makan-makan di sini, banyak kedai makan dan gerai dibuka untuk kemudahan pengunjung. Cuma, kalau musim cuti faham-faham aje la ye. Bersesak la. Ada gerai-gerai cenderahati. Tandas dan surau juga ada di sediakan. Btw, siapa yang nak bermalam di sini pun boleh . Ada resort.




Nomad


After 3 months stay at home, becoming nomad again quickly drain my energy, my emotional state. Haa begitu la perasaan kakak. Tapi kena bersyukur la, hidup nomad waktu bekerja tanda kakak masih ada job, masih terima gaji. Btw, selepas lama tak drive jauh, kakak juga agak nervous bila drive, nak-nak dekat jalan kampung. Rasa nak terbabas je. Tak tahu la kenapa.




















Or

Actually, I just need good vacation.




Good Virtue & Co


Kakak kononnya nak letak satu set penjagaan wajah kat bilik kakak kat kampung. Tak payah la nak berangkut sana sini. Masa kakak gi Watson terpikat pulak la dengan brand Good Virtue & Co ni (GVC). Tak de survey or baca review apa beli aje. Letak dalam almari memang nampak cantik ye.

Btw, untuk pencuci dan scrub texturenya lembut, kakak suka la part ni. Toner pulak, amboi mudahnya sembur aje. Untuk day cream, texturenya agak ringan. Night moisturizer lebih likat. Walaupun likat untuk kulit kakak yang combination, agak cepat kering di bahagian pipi. Kakak suka both day and night cream punya botol. More hygienic dan practical berbanding banyak brand lain. Untuk pencuci makeup pulak, biasa je. Nothing special.

Tapi brand GVC ni kuat nau letak pewangi dalam produk dia. Tak suka kakak. Lepas tu muka kakak jadi gatal-gatal and naik jerawat seketul besar dalam pipi. Tak masuk jerawat halus-halus lagi. Adess. Tak ingat zaman dah kali terakhir ada jerawat uols. En. Suami terus suruh pangkah and beli yang lain.


Bima Sakti


Miss Comet, bertukar!
(Siapa yang membesar era 90-an tahula siapa Miss Comet ni ye)

Comelkan brush ni? Pertukaran brush menandakan bertukar bulan baru macam biasa la ye. Pastinya dari brand favourite kakak iaitu Docolor. Ehem Docolor, bila nak sponsor? Ihiks

Siapa yang baca dari awal entry kakak yang sendu, ehhh tak sangka since 2016 lagi kan? Iols rasa siapa yang baca since awal mesti perasan banyak perubahan style kakak. Dari style menulis, gambar, watermark, dan lain-lain la.

Sesungguhnya feedback yang hakak terima dari kawan-kawan yang sudi singgah ke blog ni hakak ambil kira dan cuba perbaiki. Harapnya banyak lagi info-info dan cerita berfaedah dapat kakak share dengan korang. 


7 Days, 7 Favourites