Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

My First Messnite


Yeehaaa merasa jua kakak nak attend messnite. Kali pertama encik husband ajak last minute nau. Maklum le jauh, mana boleh buat kerja last minute gitu. 

Kali kedua ni timingnya lebih proper. Kakak dapat buat persiapan dengan sepatutnya ikut rules yang dah ditetapkan. Encik suami dah forward siap-siap do & dont terutamanya bab pakaian. Dan of course la bab pakaian yang kakak risaukan. 


PAKAIAN UNTUK WANITA

DO

1) Baju kurung 
2) Baju kurung moden yg labuh 
3) Kebaya labuh
4) Kalau pregnant pun kena pakai pakaian yang two pieces ye
5) Baju cheongsam labuh sampai tumit, berlengan (pendek or panjang), belahan hanya 12cm
6)  Baju sari, berlengan (pendek or panjang), tutup bahagian perut. 


DON'T

1) Kebaya pendek 
2) Kurung kedah 
3) Kain yang terbelah 
4) Jubah
5) Caftan 
6) Warna putih kepala sampai kaki
7) Warna kuning diRaja
8) Seksi
9) Jarang
10) Terlalu ketat

SELENDANG

Yang free hair or yang pakai turban di kepala je kena pakai selendang lekat dibahu kanan. 


KASUT

DO

1) Court shoe type (hauk la kakak gi dinner pakai kasut pergi court kakak hahaha) 
2) Maksimum tinggi 2.5 inci


DON'T

1) Tinggi melampau
2) Sandal
3) Selipar
4) Tumit tajam (kasut kakak semua tumit tajam! memang kena beli kasut baru) 


HANDBAG/CLUTCH

Yang ni of course la kena pakai clutch bag. Lagi sesuai dengan majlis. Untuk tambahan beli clutch holder, senang nak sangkut beg kita kat meja nanti. Clutch dan holdernya memang kakak dah sedia ada so keluarkan dari gerobok je.


MAKEUP

Walaupun korang seorang MuA tersohor, ko tak payah feeling la nak pakai makeup paling vavavoom 5 batu dah nampak glitter kat kelopak mata. Bak kata encik husband, kita nak pergi makan je pun. 

Pakai la makeup yang natural, tak over. Kena pakai makeup juga la ye, supaya tak nampak pucat dan nampak ceria. Lagi pulak lampu dewan pun bukan terang mana, time makan lagi la, lilin je pasang. Cuba bayangkan kalau tak bermakeup langsung. 

Iols makeup sendirian berhad je. Tu pun 2-3 kali test makeup (before fly) before dapat approval encik husband. Memula ingat nak pakai MuA, mujur tak book, flight delay segala bagai. 5.10 minit petang bagi dapat masuk bilik. Pukul 7 nak kena ada kat dewan uols! 


Dah sampai kat dewan kena berkumpul kat lobi. Masa ni neves la kakak. Pengalaman kali pertama katakan. Tanya encik husband nak buat apa kat lobi nanti? Senang je dia jawab, pergi la cari kawan.

Encik husband kenalkan meols dengan kawan-kawan dia dan pasangan. Terus la kakak statik di situ berborak-borak ringan. Eh, ko jangan ajak membawang mengata orang pulak tau. 

Antara topik yang kami bualkan :-

1) Asal mana
2) Local or fly
3) Pukul berapa sampai ke KK
4) Baju (pompuan sangat) 
5) Kali ke berapa datang messnite
6) Aktiviti BAKAT

Kat lobi ni ada disediakan refreshing drink dan kacang sementara nak masuk dewan. Selain tu korang boleh check kedudukan tempat korang dalam dewan nanti. Plus boleh ajak pasangan bergambar dulu. Sayangnya photobooth kat luar ni agak malap. Gambar tak berapa shantek. 

Lama jugak kena tunggu kat lobi ni, korang memang kena pandai bawa diri dan beramah-tamah sebab suami memasing dah cari geng nak borak. 

Kat sini kita boleh nampak army wives yang dah selalu attend messnite dah ada geng masing-masing. Nampak tak kekok dah. 

Btw, rujuk rules berpakaian kat atas haaaa masa ni juga korang, terutamanya muka-muka baru akan diperhatikan oleh army wives yang senior. Masa kami borak-borak ni kami dihampiri beberapa army wives yang agak senior menegur kami, bersalaman, berkenalan dan memuji baju kurung kami. Impliedly memang penampilan isteri akan diperhatikan ye. Kalau tak ikut aturan yang dah ditetapkan (konon korang rasa rebelious), mungkin korang akan ditegur/dinasihati oleh senior-senior ye. Btw, apa jua tindak tanduk kita akan reflect suami kita. Makanya, ikut je rules yang dah ditetapkan. 


Bila semua dah ready, gong akan dibunyikan sebanyak 3 kali dan akan diumumkan yang makan malam dah sedia. So, boleh masuk dewan dengan pasangan masing-masing. 

Dalam dewan ni ada 4 meja panjang ditanda A, B, C & D. Saya dan encik suami dapat meja B. Kami dapat seat di tengah-tengah. Betul-betul depan lilin. Belum boleh duduk ye sebab VIP belum masuk. Kena berdiri menghadap ke laluan VIP. 

Then VIP dan pasangan akan masuk diiringi bag pipe music menuju ke High Table. Teringat masa kahwin aritu eh. Then ada nyanyi lagu, iols tak tahu lagu apa. Then ada toast kepada YDPA. Air anggur ke ribena ek. Lepas tu ada toast lagi kepada panglima dari orang tak berkhidmat under panglima tu. 

cenderamata yang iols dapat. kalau tak silap, jenis brooch pun ikut ranking hahahahha

Bila VIP duduk baru la kita boleh duduk. Bentang la napkin di riba masing-masing. Kedudukannya lelaki sebelah lelaki dan perempuan sebelah perempuan. So, sebelah kanan saya encik suami dan sebelah kiri saya puan isteri tuan mejar. Kedudukan seat kita ikut ranking.

NOTA : since bawak clutch holder, boleh la pasang pada meja dan sangkut clutch. BTW, tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam dewan ye. Gambar-gambar kakak ni semua sebelum or selepas majlis.


Then diumumkan makanan akan dihidangkan. Maka lampu dewan akan di padam dan lilin akan dinyalakan. Macam candle light dinner. Satu meja, 3 kaki lilin. Muzik live by pancaragam then pramusaji akan masuk. Seorang pramusaji untuk seorang tetamu. 

Eh, korang jangan nak suka hati terus ngap. Kena tengok dulu VIP dah start makan ke belum. Dan, jangan lupa gunakan sudu garfu serta pisau yang bersesuaian dengan menu. Pilih sudu garfu dari luar ke dalam. Or kalau susah sangat tengok dulu orang kiri kanan.

Meols pilih menu ikan dan encik suami pilih ayam. So ada tag pada kad nama kami. Hijau untuk ikan dan merah untuk ayam. Yang tak de tanda warna maknanya pilih steak. 



Haaa korang jugak tak boleh sesedap rasa nak makan ikut suka style korang. Kena makan ikut musik okey. Ada sebab diaorang bagi senarai lagu tu. Kira lagu pertama untuk pramusaji hantar food, lagu kedua start makan. Untuk appetizer dua lagu diperuntukkan sebelum pramusaji datang ambik pinggan. In between lagu korang kena stop makan iye. 

Kakak is so slow sebab sibuk kontrol diri tapi puan sebelah makan laju je, I is nervous. Untuk appetizer je 2 lagu kakak baru dapat habiskan prawn. Sedap tau. 

Then sup dengan roti. Sup yang kakak dapat banyak pulak jadi tukar dengan encik suami. Roti tu jangan ngap macam makan burger, cubit sikit-sikit sapu dengan butter. Tunjukkan kesopanan dan kesusilaanmu walaupun orang keliling makan roti ikut suka dia je. Encik suami siap cakap, awak tak boleh buat macam saya. Huuuuu

Lagi nervous sebab masa main course ada lagu yang kakak sukeeeee...Lagu Zapin Laksamana Raja di Laut. Tak tau nak nyanyi, nak makan or nak gerak-gerak kaki. Untuk main course 3 lagu. Jadi pandai-pandai la korang budget time makan.


ni je la yang dapat snap gambar, yang lain encik suami tak bagi yihhh

Untuk desserts pun kena guna sudu yang disediakan..Emmm memang sedapla dessert yang kami dapat, walaupun ada satu tu rupa macam mercun bola bak kata officer-officer ni. Iols pulak tengok macam rupa limau kasturi je dalam gelap. Tapi bila makan sedap je ada coklat cair kat dalam tu.

Last but not least baru la di hidangkan dengan kopi atau teh dengan 2 keping cookies coklat. I is happy, my tummy is happy. Masa minum kopi ni ada tayangan slide kes perang Lahad Datu dulu tu, sebab kejadian tu le tertubuhnya Medan Timur ni. Then Panglima ada buat ucapan serba sedikit. Lepas tu ada acara potong kek, then penyampaian cenderamata kepada VIP dan selepas tu majlis bersurai sekitar pukul 10.30 malam.

Kami semua bergambar le apa lagi lepas tu. Kalau ikut cerita encik suami, biasanya messnite habis lewat hingga 1-2 pagi. Kadang-kadang ada karaoke, ada poco-poco, tu yang buat jadi lama. Ini julung-julung kali habis awal.  Since habis awal, geng-geng army ni spend time berborak-borak di lobi. Haa masa ni sekali lagi pandai-pandai la ko bawak diri, either nak berdiri tepi laki ko, or nak menyediri di balik tiang, ikut la.

BTW, kakak amat berterima kasih pada semua yang sudi bagi tips dan teguran pada kakak on how bawa diri di majlis rasmi as army wife. Maklum la as civilian kita ingat cara gini sesuai dengan majlis tu, rupanya kena buat cara gitu.

So far, encik suami tak de komplen apa-apa lepas majlis makanya iols anggap telah berjaya bawa diri untuk ke messnite dengan agak cemerlangnya. Katanya kena pandai la bawa diri. Kalau semua benda nak komplen , merungut dan anggap leceh memang kita akan stress la datang event macam tu.

Tapi kakak suka attend messnite heheheh 






7 comments:

  1. saya first time nak gi majlis rejimental , nasib baca yang kakak punya . baru tahu sedikit sebanyak macam ni majlis dia . nervous plak rasa 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time jugak in..to for sharing experience

      Delete
  2. saya first time nak gi majlis rejimental , nasib baca yang kakak punya . baru tahu sedikit sebanyak macam ni majlis dia . nervous plak rasa 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh good luck. harap experience saya dapat membantu

      Delete

  3. majlis ni memang ada dekat Sabah je ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak la.. di merata tempat, bergantung suami @ yg askar tu duti di mana / apa jenis tujuan majlisnya

      Delete

7 Days, 7 Favourites