Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

AKAS Homestay Renai Jelutong


Actually lepas kenduri tak pergi mana-mana pun nak honeymoon. Dua-dua tak berapa fit nak buat perjalanan jauh. So kami lepak homestay dekat Renai Jelutong Shah Alam. Yang berkenan sangat dengan tempat ni sebab privacy. Lagi pulak tak jauh dengan Bandar Shah Alam. Harga pulak affordable. 

NOTA
Book via AirBnB. Owner ni superhost tau!

Master bedroom
toilet dalam master bedroom
bilik no 2
toilet kat luar bilik

Size rumah sesuai sangat dengan kami berdua. Kemudahan yang disediakan tuan rumah pun complete. Ada iron, hair dryer, mesin basuh with dryer, microwave, kuali, pinggan mangkuk. Even ada juga teh dan gula.


Dan part paling win ialah ada swimming pool. Yang paling best of the best, macam tak de manusia kat sini. Petang-petang lepak sini. Husband kata rasa macam dah pergi holiday kat mana tah sebab rasa privacy betul.

view dari unit kami stay
jacuzi

Dekat tepi swimming pool ni ada gym tau. So kalau stay kat sini boleh guna gym. Tak larat uols. Swimming pun penat tau.


Lepas tu ada playground untuk kanak-kanak. Ni memang satu aras dengan swimming pool jugak. Actually hujung swimming pool untuk kanak-kanak je playground ni. Tidak la saya try main.


And then ada bbq place dekat rooftop. Tak de geng tak dapat la nak buat bbq. Cantik. Kalau buat reunion nak bergambar-gambar eh cantik la.


Masjid Bukit Jelutong pun tak jauh. Kira boleh je jalan kaki kalau mau. Merasa la husband solat jumaat kat situ.

google
Selain bersantai-santai apa lagi aktiviti kami? JJCM. Punya la banyak la hai pilihan tempat makan dekat sini. 

Royale Amirah
SOI 55

PRO
1) Privacy
2) Sesuai untuk family holiday, yang nak bawa anak swimming puas-puas
3) Pilihan kedai makan yang banyak (walking distance)
4) Mini market dekat (walking distance)
5) Pelbagai lagi kedai keperluan yang ada within walking distance. Dobi, cuci kereta, bakery, barber etc.
6) Masjid dekat

CONTRA
Kurang public transport




4 comments:

  1. wow dia punya swimming poolll tu ohsem. part xde orang tu paling ohsem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguhhhh. tu la part yg paling best sekali masa stay kat sini

      Delete
  2. Salam sis.. boleh tahu homestay ni harga untuk satu malam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya 250 ke cam tu. tp baru2 ni owner dh sewakan rumah tu rasanya

      Delete

7 Days, 7 Favourites