Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Air Terjun Jerangkang, Maran


Lepas satu,satu projek outdoor. Ko dah kenapa Fariha? Kali ni dah tak kena hasut. Setuju secara jinak. Lagi pulak hari sabtu ada AGM di Kuantan,makanya hari ahad sebulat suara pergi Air Terjun Jerangkang, Maran.

Nak ke sini, kalau lalu LPT susur keluar tol Sri Jaya. Dah cukup korum kami gerak ke Masjid Paya Gelugur. 4x4 yang di booking tunggu kami di sini. Naik 4x4 okey, so ehem pikir-pikir la jalannya macam mana ye.

Feeling adventure konon saya, Anep, Iwan, Tikah & Nasrin pilih nak duduk belakang. Yang 4x4 satu lagi Memei, Paan, Paih, KJ dengan Ayie kat belakang. Huda, Mijah, Mazira, Didie, Min duduk dalam. Haaa kau, kalah naik roller coster. Lintang pukang duduk belakang tu, kaki sape atas riba sape pun tak tau je dah. Tu belum lagi tulang betis asik nak terlanggar periuk nasi lemak cik sue hahahha Janji tak terpelanting sudah.




Sampai dekat kawasan air terjun tu kami turunkan barang. Maklumla trip kali berkonsep pot luck, macam-macam la makanan ada. Dan macam biasa, bacaan doa sikit, kali ni by Ayie sebelum kami mula gerak.

Nak ke air terjun kena jalan sikit la. Kalau tak silap ada 26 tingkat air terjun. Banyak grup lain dah pasang khemah. Dia orang bermalam di sini.





Kami pilih port di air terjun ketiga. Pasang 2 khemah in case nak salin baju ke apa. Yang geng-geng lelaki dah terjun dalam air. Yang team gugurl makan. Yes!! Menu sedap uols. Ada nasi lemak Cik Sue sambal Makcik Memek, mihun goreng, sandwich, sardin roll, karipap, temosa, kacang, biskut, 3 in1 old town pun ada. Tu belum masuk lagi megi bagai. Bawak dapur siap senang nak masak air panas dengan megi.






Apa aktiviti yang korang boleh buat kat sini selain makan bekal sedap bawak dari rumah tu?

Actually, boleh trekking naik ke atas lagi since ada 26 air terjun ye. Sambil trekking sambil mandi manda.







Kalau tak nak trekking buat apa? Jaga tapak khemah cam saya hahahha Betis kanan rasa macam nak cramp je so malas nak trekking. Saya, Min, Memei dan Paih stay kat tapak khemah. apa kami buat? Jeng jeng jeng





Siapa cari sofa bed a.k.a floating sofa ni boleh hubungi Iwan

Ewaahhh indah belaka ye? Takde maknanya. Iwan tergelincir kat batu so tapak kaki dia luka. Berdarah bukan main banyak. Nasib baik KJ bawak first aid kit lengkap habis. Hasil pengalaman lama hidup dengan doktor dan nurse, Mijah transform menjadi doktor dekat tempat kejadian. Ngeri rasa tengok dari jauh Mijah cuci luka. Sampai lupa la nak snap gambar. Nasib baik tak dijahitnya kaki Iwan.

Time balik kami kena naik 4x4 kongsi dengan grup lain. Sudahnya kami pilih duduk belakang. Ye! Sekali lagi duduk belakang hokey! Kali ni saya, Didie, Tikah, Mijah, Ira, Memey, KJ dan Ayie. Anep dengan yang lain naik yang satu lagi. Giler ah driver kami, sengal ubi sungguh saje je bawak laju-laju yang kami kat belakang ni dah nak terpelanting keluar. Rasa macam naik roller coster pun ye, rasa macam pelarian pun ye. Menjerit-jerit tak payah cakap la kami semua. Tak masuk lagi lumpur berterbangan atas kepala dengan badan, muka kena libas dengan daun. Ni KJ, Memei dengan Ayie la kena libas.


Since saya tak trekking naik ke atas, untuk trip kali ni pengalaman naik 4x4 macam pelarian la part paling best sekali walaupun memor badan bak kata orang pahang. Sakit badan woih!

Alhamdulillah, lega semua selamat tak de yang terpelanting keluar

NOTA

1) Banyak sampah ditinggalkan, sampah yang susah lupus pulak tu macam polistrin. Tolong bawa keluar sampah anda ye. Jangan tinggalkan di situ. Bawa siap-siap plastik sampah

2) Ramai yang mandi bersyampu bersabun bagai macam dekat rumah. Harap guna syampu dan sabun organik la ye, yang mesra alam sekitar

3) Ramai yang mandi depan orang ramai langsung tak pandang kiri kanan time bersabun tu, seluk tangan dalam seluar dan menyental celah-celah badan macam dalam bilik air rumah mak korang je. Tolong la kesopanan dan kesusilaan sikit. Baik lelaki baik perempuan sama je.





11 comments:

  1. Replies
    1. Memang best dik...mesti pergi at least sekali!

      Delete
  2. Tompang tanye..berapa kos kne kluar ye kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dari Temerloh je gerak, so memang kos tak banyak habis. Bawah RM100

      Delete
  3. Assalamualaikum kak Fariha, boleh share contact number 4X4 service?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak adlee, sy tak incharge 4x4 tu boleh pm FB Falihin Kamil. kwn saya

      Delete
  4. Kalau naik tanpa 4x4 boleh ke?
    Jauh x perjalananya?
    #sekadar bertanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sesuai pakai kereta biasa sebab masuk jalan ladang tanah merah tu

      Delete
  5. Untuk transporter ke hutan lipur jerangkang boleh hubungi 019-6593626 .. untuk tempahan makanan pun boleh diuruskan

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. boleh, sbb dia jln ladang. tapi kena park jugak kat area yg diaorg sediakan then hike sikit br sampai air terjun

      Delete

7 Days, 7 Favourites