Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Kuala Terengganu


Saya dan Ella baru-baru ni bercuti ke Kuala Terengganu. Kawan-kawan semua budget saya nak ke pulau. Tak de ye. Saya nak jalan-jalan cari makan.

Naik kereta berapa jam? No! Tak mampu nak drive 6 jam dari KL hokay. Naik flight je. RM183 Malaysia Airlines pergi balik. Perjalanan pun setengah jam je hahahha habis makan kacang baru nak minum jus oren dan pengumuman sampai ke Kuala Terengganu.


Untuk jalan-jalan kami sewa kereta je. Myvi auto ye. Kereta tunggu siap-siap di airport. Memang highly reccomand sewa kereta dengan KT Nerus Car Rental ni. Dia orang sampai awal, bagi penerangan rules and regulations sewa kereta, kereta pun bersih.

Dari airport terus kami mencari tempat untuk sarapan. Nasi dagang. Apa barang datang ganu tak pekena nasi dagang. Target kami nak ke atas tol. Nasi dagang famous, sedap dan hidang alas daun pisang lagi katanya.

NOTA
1) Kg Atas Tol merupakan kampung pelakon veteran Eman Manan
2) Ada 2 tanah perkuburan di kampung ini
3) Landmark : depan Dewan Sivik, dekat signboard Klinik Desa
3) Kedai tutup pada hari Isnin
4) Sila datang awal 



Apa yang istimewa sangat nasi dagang di sini? Nasinya guna beras basmathi. Tengok la saiznya. Kuahnya pekat likat kaw umph tak tau nak kata. Sedikit manis, well #thisisterengganu. Harga? RM3 je sepinggan.


Selain nasi dagang, istimewanya di sini ialah teh peng buih ombak rindu. Letops sangat! Ada 3 saiz, kecil (RM3), sedang (RM4) dan besar (RM5). Since Ella bukan peminat air manis kami kongsi je teh peng ni ambik saiz sedang. Untuk tekak saya, tahap kaw teh dan level kemanisan memang kenalah dengan citarasa saya. Sudahnya sepanjang hari teringat-ingat teh peng. Pfftt. Layanan pekerja di sini juga mesra. 



Siap makan kami terus ke area kampung cina. Nak ke lorong warisan dunia. Macam biasa, hunting for wall art. Parking agak mudah disebelah belakang. Berbanding kalau masuk melalui depan pasar payang. Kami mulakan pencarian masuk melalui Turtle Alley


















Tak sah la kalau dah sampai KT tapi tak jejak ke Pasar Payang. Masuk jugak pusing-pusing. Nak tengok sutera, kedai kain banyak yang tak buka (hari jumaat). Makanya survey makanan aje lah. Tapi kami datang semula hari ahad pulak. Beli kain sutera untuk mak saya.

NOTA
1) Hari Jumaat banyak kedai tutup di sini
2) Bawa cash. Walaupun ada kedai yang sediakan mesin kredit kad, kebanyakkannya tidak berfungsi






Cuaca memang panas lengit kat KT ni. Memang dah masuk time tengahari tak larat rasa. Sudahla bangun pagi hari ni nak ke airport, memang ting tong je rasa.

Dari pasar payang kami ke hotel. Baru nak check in uols. Hotel kami menginap ialah Felda Residence. Betul-betul dalam town. Sayangnya tak dapat seaview.

Dah puas rehat kami keluar semula. Kali ni nak minum petang. Harusla cari ICT (ikan celup tepung). Since banyak blog yang kami rujuk menyebut tentang Pok Nong, kami pun nak ke sini la jugak.



Kedai femes ko, orang beratur macam nak beli tiket bas balik raya! Kami ambik ikan, sotong, udang dengan air kelapa total RM50. Jangan berani ambik kalau tak de RM50 dalam tangan. Verdict? Hemmmm biasa-biasa je. As for me overrated lah. Sotongnya tak dipotong siap-siap baru celup tepung baru goreng. Makanya masa kita menggunting sotong time nak makan, tepung tu semua berguguran bunga-bunga cinta layu di pusara. Sotong ngan tepung dah bercerai. Makan asing-asing.


Dah kenyang kami tuju ke Pantai Batu Buruk pulak. Sepanjang hari kami nampak banyak motor besar. Rupanya ada Terengganu Bike Week. Bertempat di Pantai Batu Buruk ni. Saya memang tak paham apa pun pasal motor. Bawak motor pun pernah terjun parit hahaha sudahnya beli pau cendawan dengan pau ayam je.




Keesokkannya kami buat keputusan nak sarapan nasi dagang lagi. Lagi? Yelah ko datang Terengganu kena la makan nasi dagang puas-puas. Kali ni kami ingin cuba Mak Ngah Nasi Dagang yang terletak di Chendering. Dari Kuala Terengganu restoren ni terletak disebelah kiri. Ala,yang ramai orang tu la.

NOTA
1) Kalau datang dari Kuala Terengganu restoren ini terletak di sebelah kiri.
2) Signboard restoren terlindung dek pokok bunga kemboja.
3) Dekat dengan masjid



Macam biasa kalau dah kedai femes haruslah ramai orang. Sudahnya kami kongsi tempat duduk dengan senior couple yang datang menghantar pengantin dekat sini. Tuan rumah kenduri suruh datang ke sini katanya. Kami hanya order air, nasi dagang terus dihantar ke meja. Style ala makan nasi daun pisang. Takde pinggan ye. Verdict, sedap juga. Tapi rasa sedap yang berbeza berbanding dengan di Kg Atas Tol. Pengurus restoren di sini juga sangat ramah dan layan kami dengan mesra

NOTA
Datang awal, nasi atau air agak lambat sampai sebab ramai orang


Siap sarapan, kami cuba hubungi ex-unimate kami, Kak Ummi yang tinggal berdekatan. Selama ni berborak dalam group whatsapp je. Mujur dia ada. Dan tempatnya tak jauh dari restoren. Biasanya sebelah pagi waktu cuti Kak Ummi meneman suaminya berniaga sarapan pagi di Taman Permin Jaya. 

Happy sangat sebenarnya dapat jumpa kawan lama. Habis uni memang tak jumpa lagi dah. Thank you Kak Ummi, bekalkan kami dengan nasi kuning dan tips kedai-kedai keropok untuk kami.


Sesiapa yang tinggal berdekatan boleh beli sarapan dari suami Kak Ummi. Ada nasi dagang, nasi kuning. Tapi kena datang awal tau. Lambat tak merasa. Sambil kami borak-borak tu tiba-tiba je tokey tutup kedai. Dah habis katanya hahahha Nak tempah buat jamuan pun dia orang ni terima. Contact je suami Kak Umi, Pozi 019-9276522

NOTA
Dekat dengan Nor Arfa Batik


Fyi, nasi kuning Kak Ummi ni adalah resepi turun temurun dari keluarga suami dia. Jenuh juga dia belajar dengan mak mertua dia, walaupun ada company sendiri demi nak kekalkan rasa original resepi asal Kak Ummi sendiri yang masak lauk.


Lepas dapat segala tips dari Kak Ummi, terus tuju ke Tok Molor. Mencari keropok crispy. Ala, yang macam jual kat pasar malam, pekan sari tu. Kedai ni tepi jalan dekat dengan lampu isyarat. Dari simpang pandang je ke kanan dah nampak dah.



Suka sangat dengan staff kat KLTM ni. Peramah sangat. Melayan je karenah kami. Siap kami minta sample keropok lekor dengan sample sos. Licin sample kami kerjakan hahaha Verdict, memang sedap. Tak lompong macam kat pasar malam tu ye. Walaupun rangup di luar, kat dalam masih ada isi yang sangat lembut.

NOTA
Nak beli keropok lekor/crispy kena bagitau staff dia ye, bila kita nak balik. So dia akan bagi yang paling baru dalam stok dia orang


Dah gembira borong keropok, kami patah balik ke Noor Arfa Batik. Sempat la beli tudung untuk diri sendiri dan kain untuk mak. Ella pun sempat jugak la beli cenderahati. Kami datang dua round ke sini. Esoknya pun kami datang lagi hahaha

Yang tak boleh lupa masa tengah tunggu Ella siap shopping saya mencari tandas. Last-last tanya pada receptionist mana toilet, dia kata:

"Tandas ada di sana, dekat dengan bank" sambil senyum dan tunjuk arah pada saya.

Wow, hebatnya Noor Arfa nak orang shopping dengan dia siap ada bank kat sini. Lepas 15 saat baru saya realised bank yang dimaksudkan ialah VAN!


Di sini yang bestnya ada bengkel. So, kita boleh tengok dan pelajari teknik mencanting batik or teknik tekap. Malah sejarah penubuhan Noor Arfa juga ada dipaparkan di sini. Noor Arfa juga ada menganjurkan bengkel untuk siapa yang nak belajar even dibuka untuk kanak-kanak mewarna. Of course gambar corak batik ye.


Misi memborong keropok lekor diteruskan lagi. Kali ni kami menuju Kelulut. Ramai yang rekemen cari keropok di sini. On the way ke sana kami singgah di Profesor Cendol. Sepanjang kami berada di Kuala Terengganu banyak outlet PC yang kami jumpa.


Cendol dan colek buat buat hilang dahaga. Verdict? Biasa je. Ada satu jenis cendol aje pun. Kelebihannya boleh refill. Sedap lagi Cendol Gemuk kat Raub ni ha.


Finally sampai jugak dekat Keropok Lekor 008 Kelulut ni. Memang femes. Masa kami sampai stok keropok kering dah tak banyak sangat. Ramai orang borong kot.

Saya beli keropok lekor dengan keropok kering jugak. Sos pun saya ambik. Nak rasa jugak sos kat sini sedap ke tak. Verdict? Sos manis sangat berbanding 2 kedai yang lain.

NOTA
Di sini boleh beli keropok lekor yang dah siap masak


Terjebak beli keropok lekor yang dah siap masak. Fuhh panas-panas uols memang tak tahan. Masuk je dalam kereta terus bukak bungkusan. Makan terus. Ohoiii nikmatnya. Rasa keropok sebenar!


Sudahnya tak jadi balik kuala terus, kami beli sata, air nira terus cari tempat duduk dekat Pantai Kelulut yang sangat cantik ni uols. Pemandangan indah, cuaca cantik, angin menderu, makan keropok lekor, minum pulak air nira. Perfecto!




Air nira ni rasanya masam manis. Tak tau nak terang macam mana. Saya suka je. Ni kali kedua minum. First time minum masa jalan-jalan ke Kelantan lama dulu. Harga sebotol ni RM5-6 camtu.


Dah kenyang kami balik ke hotel. Konon nak rehat je. Tidur pulak sudahnya. Kenyang la katakan. Malam baru ingat lapar kami nak ke Pulau Duyung or Mermaid Islang bak kata kawan kami yang berasal dari sini. Nak makan ikan bakar.


Pilih punya pilih kami tengok restoren ni ramai orang. Macam yakin je nak makan kat sini. Sedap tak sedap tu ikut nasib la kan.


Kami pilih siakap bakar, tomyam, sotong sambal dan sayur campur. Air jus oren dan jus mangga. Sos untuk ikan agak manis. Sambal sotong sedap! Jus mangga dia memang kaw weh. Total damage kat sini dalam RM60+






Lepas makan kami lepak depan art gallery. Rupanya ada pementasan teater malam tu. Mujur la saya dengan Ella sama-sama minat teater. Layan sampai habis.



Dah siap tengok teater baru perasan mak ex-unimate kami duduk dekat bangku sebelah. Bertegur sape pulak dengan mamo. Mamo datang bawak tetamu yang menginap dekat chalet dia.


Hari terakhir di KT kami ke Kg Atas Tol lagi. Saya bagitau Ella saya mesti minum sekali lagi teh peng buih ombak rindu sebelum balik KL.  Tak mau balik nanti teringat-ingat. Mana nak cari? Pagi lagi kami dah sampai tapi manusia ya habibi ya maulana!!!! Macam semut dalam sarang!!


Memang beratur panjang la. Tengah beratur boleh pulak pembantu kedai bagitau nasi dagang dah habis!! Baru pukul 8.30 pagi uols!! Tapi nasi lemak ada, dia kata. Huh nasi lemak pun tak pe la. Saya nak teh peng je yang pentingnya. 


Saya mintak teh peng saiz paling besar tak nak kongsi dengan Ella hahhaha nak minum puas-puas. Ella budget saya tak boleh habis agaknya, siap suruh saya minum sampai habis. Bila bagitau dah habis tinggal buih je, tak percaya pulak. Siap cek gelas. Sabo je.



Nasi lemak di sini rupanya dimakan juga dengan ikan. First time cuba. Verdict nasi lemak? Sambal manis sangat. Langsung tak de rasa pedas. Tak rekemen untuk penggemar nasi lemak. Untuk yang terdesak macam kami ni? Makan aje apa yang ada. Dari tak de langsung.


Selain nasi lemak dan nasi dagang ada juga keropok lekor. Ni Ella kena tunggu tepi tray. Manusia menunggu keropok siap bergoreng macam piranha! Curah je dalam tray terus lesap sekelip mata!


Masa kami tengah makan, tiba-tiba ada makcik datang bawa bekas. Dia kata dia jual kuih tepung gomak. Terus beli RM2. Dapat 7 biji. Sedap pulak tu.


senarai harga

Dah kenyang, apalagi kami teruskan misi cari keropok. Keropok lagi? Yup, lagi-lagi keropok. Kali ni kami ke Bukit Tok Beng. Yang best kat sini ada restoren sekali. So, korang boleh terus makan minum di sini. Segar dari dapur.




Apa yang lainnya di BTB ni ialah mereka ni ada jual keropok lekor cheese! Hipster sangat. Saya tak berapa gemar. Tekak old school katakan. But, still worth to try. Eh, lupa nak bagitau, antara tiga kedai keropok yang kami pergi, sos di sini paling sedap ikut tekak saya la. Lain orang lain citarasakan?


Dah siap borong keropok, bergegas-gegas balik hotel kemas barang. Satu beg saje dah penuh dengan keropok. Sabar aje la. Kami plan nak makan dekat dengan area airport aje. Senang. Dalam perjalanan kami terjumpa dengan Kawa Coffee. Tepi jalan kiri kanan rumah orang tiba-tiba ada cafe hispter pulak. Since suasananya yang menarik dan nampak cantik je, kami singgah la nak try.






Selain ada kopi dan kek, cafe ni juga menyediakan sandwich. Kek kat sini sedap tau.




Yang paling saya suka cafe ini mengamalkan sistem kemas sendiri ye. Cuba baca notis dari management ni, baguskan?



Oleh kerana memikirkan sampai KL nanti dah malam, mesti lapar nak tunggu beg dah sekian baik kami makan siap-siap. Kami singgah di NR Cafe. Restoren terletak tak jauh dari airport.



Dekorasi dalam restoren ni memang menarik. Restoren juga luas dan besar. Malah menyediakan tempat parking yang selesa.




Since kami nak cepat, tak de nak pikir menu dah. Terus aje mintak pakej sejoli walaupun kami bukan couple. Adess.

NOTA
Kalau datang beramai-ramai lebih baik booking dulu.



Apa yang boleh dapat dengan pakej sejoli ni? Banyak uols! Nak pecah perut menghabiskan. Dalam gambar ni tak de telur bungkus aje. Last sekali dapat dessert. Ingatkan kongsi satu bekas, rupanya 3 scoop seorang! Fuhhh. Total damage tak lebih RM70 pun.




Rasa macam tak puas JJCM Kuala Terengganu. Tiga hari dua malam macam singkat sangat. Tu pun langsung tak berjalan-jalan pun masuk Taman Tamadun Islam dan lain-lain tempat menarik. Memang target makan je semata-mata. Hasilnya? Balik dari KT naik 2 kg! Mampu?

NOTA
Banyak kedai tutup hari isnin. Rancang perjalanan anda.



8 comments:

  1. #kamibukanlasbian

    ReplyDelete
  2. Awak, boleh saya tau rate sewa myvi sehari berapa? Nak ke sana 2 minggu lg. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. awk, boleh hubungi KT Nerus tu terus ye..sy dh linkkan fb dia. harganya sgt berpatutan dengan kualiti & kebersihan kereta. Harga sbnr sy tak boleh nak reveal atas request

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

7 Days, 7 Favourites