Monday, 11 June 2018

VR Talk To My Hand 2018


Kali ni mendaftar virtual run under Beestorm pulak. Macam biasa kena buat akaun dulu di laman web dia orang. Tengok gambar medal dia teringat Iron Man pulak. By the way cabarannya memang 50KM dalam tempoh sebulan dari 1 April 2018 hingga 30 April 2018. Settle pendaftaran dan bayaran kita akan terima E-Bib. Boleh download dari akaun kita di laman web Beestorm.

E-Bib

Dalam nak completekan Talk To My Hand ni 2 kali Strava buat hal. Sekali terus tetiba hilang, kali ke dua dah tekan on, after 4 km baru sedar dia tak gerak pun. Adesssss. Apa pun yang penting berjaya selesaikan juga.


Yang dinanti-nantikan. Medal dan t-shirt Talk To My Hand 50km. Akhirnya sampai jua setelah delay akibat cuti panjang (pilihanraya).


Yang paling unik tentang medal ni ialah dia ada lampu led. So kalau tetiba black out ke boleh la guna medal ni



T-shirt dia ala military pulak. Warna ijau tu pun memang hijau askar tu la. Siap ada corak camouflage dekat bahu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...