Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Selera Patin Bangau


Korang... entry ni khas untuk korang yang singgah blog kakak. Kakak tidak akan share entry ini hatta ke FB kakak sekalipun. Sebab apa? Sebab tak nak ramai sangat orang luar datang sini hahahah. Tapi-tapi-tapi sebab korang sudi baca blog kakak maka dapat la info ini. Iaitu tempat makan patin masak tempoyak yang best kat Temerloh.



Mana yang singgah ke Temerloh for whatever reasons pasti akan mencari kedai untuk makan patin tempoyak. Betul tak? Kedai yang ni letaknya di Kampung Bangau. Kalau korang dari Bandar Temerloh, korang ambik jalan menghala ke Hotel Seri Malaysia. Terus je dan menyusur tepi Sungai Pahang sampai korang jumpa signboard Selera Patin Bangau.(kat jalan ni ada banyak restoren ikan patin) Ikut je signboard tu masuk simpang ke kiri. Ke kanan terjun sungai. Korang akan lalu celah kebun getah. Jangan panik. Terus je ke depan. Restoren ni di celah-celah rumah orang. Hakak aritu pun parking bawah pokok manggis jah.

lauk pauk lain serta ulaman. Lupa nak ambik gambar rak sambal.
kaunter air

Konsep di sini layan diri ye termasuk untuk order air. Korang boleh terus ke kaunter dapur minta gulai patin idaman korang. Nak bahagian apa? Kepala? Badan? Ekor? Bagitau je. Then boleh ambik nasi serta lauk lain yang korang nak. Untuk kakak kalau nak betul-betul  nak enjoy makan gulai patin, kakak prefer makan dengan sambal dan ulam je as tambahan. Sambal korang boleh pilih either sambal tempoyak or sambal belimbing hitam. Dua-dua sedap! Dan dah di pack dalam bekas kecik-kecik. Senang nak ambil atau pun nak tapau.


Now masa untuk makan. Korang tengok la gambar ni. Renung betul-betul. Gulai patin tempoyak Pahang kuah dia kuning macam ni. Kalau warna oren or kemerahan tu memang bukan original style Pahang ye. Walaupun kedainya dalam negeri Pahang. Okey gulai patin tempoyak kat sini memang kaw amat kuahnya weyyhhhh pekat likat melekat. Adoi terliur pulak sambil menaip ni. Kuahnya sedikit pedas, better pedas dari manis. Mak kakak biasa buat tak berapa pedas, sebab akan partnerkan dengan sambal.

Satu lagi korang boleh try pais patin. Pais dia pun sedap wey. Tapi korang jangan makan serentak. Dua-dua sedap tapi nanti korang tak boleh beza pulak perasaan sedapnya tu. Kira pinggan pertama korang makan dengan gulai, lepas tu pinggan kedua makan dengan pais. Mevelous.


Since semua kami makan gulai patin, menu tambahan pun ala-ala sajork yang diambil. Ada sayur, pajeri, ulam, bergedil, sambal. Total damage untuk 7 orang lebih kurang RM122.




No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites