Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Movement Control Order


Never in a million years kakak membayangkan tahun 2020 seperti ini. Dimulai dengan isu politik hingga berlaku pertukaran Perdana Menteri berterusan dengan Covid-19. Dan akhirnya Movement Control Order dikeluarkan untuk seluruh rakyat Malaysia. Macam dalam movie. Tapi yang sebenarnya, macam dalam Al Quran, kisah-kisah kaum terdahulu yang melampaui batas hingga Allah turunkan bala bagi peringatan pada semua.

Kakak pun tak de buat pembelian panik. Apa yang ada je. Beras, roti, biskut, ikan bilis, sosej, telur, megi, semua ada. Harap semuanya cepat berlalu, nervous pulak kena restriction ni. 

Kakak sebenarnya sangat emosi kerana terpaksa masuk office day 1-3 MCO. Kakak tak kisah kalau urgent matter sangat, but bila majikan bagi alasan "belum kritikal" so semua kena masuk office, kakak memang upset. Kalau tak kritikal PM tak akan keluar order. Kakak malas nak melawan since dah paham sangat peel majikan kakak. Yang suffer nanti staff bawahan. Kakak sedaya upaya cuba bagi reasonable excuses pada staff kakak supaya mereka bersabar dan bertenang. Cawangan lain hilang sabar asyik urge majikan kami untuk let us go home to obey #stayathomeorder.

Kakak sangat thankful pada public yang massively buat PSA. Thank you police dan majlis daerah yang meronda. Akhirnya dengan terpaksa rela, on day 3, our majikan letting us go home to follow the order.

Btw, mulai tengah malam ini suami kakak dan rakan-rakan seceloreng akan mula bertugas pula. Doakan suami kakak serta semua petugas samada dalam bidang perubatan mahupun keselamatan akan terpelihara dari jangkitan wabak ini. 

Diharapnya suami kakak dapat bertugas dengan tenang bila kakak dah stay at home ni. Stay safe Capt! 


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites