Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Danke


Di Vienna , selain menginap di hotel satu malam akibat salah beli tiket bas, kami juga menginap melalui AirBnB sperti di negara-negara yang sebelum ini. The best part rumah ni betul-betul dalam town seberang jalan Opera House!

Terletak dalam bangunan lama dan saya perasan sebahagiannya di gunakan sebagai pejabat. Rumah ni memang besar dan terdapat beberapa bilik lain yang turut di sewa traveller lain. Kos menginap di sini dah saya nyatakan dalam entry terdahulu.

1st Floor 
Annagasse 3 
1010 Wien 
Austria






pinu masuk rumah
pintu masuk bilik

Bilik kami pilih agak besar dan luas. Memang luaslah. Lambat heater nak hangatkan bilik. Sempat jugaklah menggigil.





luaskan bilik kami?

Jom kita jenguk bahagian dapur pula. Oleh kerana bahagian dapur merupakan common area, maka kena take turn jugalah menggunakan dapur kalau nak masak. Even hanya ada satu meja kecil dan 2 kerusi di dapur. Makan kat bilik aje la uols. Bilik kami pun ada meja kerusi bagai.



salah stau bilik mandi terletak di dapur

Di rumah ini juga kelengkapan dapur yang disediakan paling complete sepanjang kami travel. I mean dari segi kuali periuk, pinggan mangkuk, cawan gelas, sudu garfu, pisau dan sebagainya.

NOTA
1) Gunakan common sense dalam menggunakan kemudahan di common area. 

2) Ambil giliran, jangan potong giliran orang, jangan ambil air yang orang lain masak, pulangkan semula alatan ke tempat yang sepatutnya, jangan lupa cuci peralatan yang kita guna dan sebagainya, 


Jom tengok pulak bilik air utama. Terletak dihujung sekali selang beberapa bilik dari bilik kami. Di sini juga ada mesin basuh yang boleh penghuni gunakan. Lega. Dapatlah kami mendobi di sini.




Sepanjang kami menginap di sini, kami tidak pernah bertemu muka dengan Sara tuan rumah. Sepanjang masa kami di layan oleh rakan beliau. Tapi, Sara sangat mudah dihubungi, dan bertindak segera bila kami ada apa-apa keperluan.

Pro

1) Dalam town, depan opera house & Schoter Hotel
2) Dekat dengan Stephanplatz
3) Dekat dengan metro & tram
4) Dekat dengan Starbucks tertua di Eropah
5) Dekat dengan restoren Nordsee
6) Tuan rumah sangat attentive
7) Boleh mendobi di rumah
8) Bilik yang luas dan selesa
9) Peralatan rumah yang lengkap
10) Ada 2 toilet/bilik air

Contra

1) Apartment seperti hostel, ada penyewa lain
2) Owner bagi instruction macam tentera
3) Waktu check in yang tak flexible, mesti check in on time
4) Banyak instruction remeh yang perlu dipatuhi (contoh: tak boleh berdiri belakang pintu utama di bawah)
5) Bagi muslimah perlu sentiasa jaga aurat bila nak ke toilet dan dapur

***kos euro trip


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites