Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

VR Panda 2018


Sekali lagi mendaftar virtual run di bawah 42ace.Kali ni Panda Run. Ala comey-comey. Terpikat nak join sebab medal dia. Penyertaannya RM29.90 sahaja. Saya ambil kategori 5KM sebab penganjur hanya bagi masa 3 hari sahaja dan mesti complete dalam satu larian sahaja. Once siap daftar, kita akan terima E-Bib untuk rujukan.


Once larian dah complete boleh la kita submit dan badge kita pun bertukar warna menunjukkan kita dah selesai task. Email juga akan dihantar mengesahkan rekod larian diterima.
Then just tunggu SMS dari penganjur menyatakan medal dalam proses penghantaran. Cepat juga dari tarikh settle larian dan ke tarikh terima medal. Comel tak? Lanyard dia satu side corak panda satu side corak buluh. Medal ni pun boleh gerak-gerak di bahagian tengah. Umpama panda tu main buai pulak.

No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites