Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Berkahwin Dengan Bukan Warganegara


Kakak ada menerima soalan dari salah seorang pembaca blog kakak, yang pada kakak sangat menarik untuk dibincangkan. Kakak juga telah menjawab seringkas dan semudah mungkin agar yang bertanya mahupun yang membacanya mudah faham.

Soalan:

Salam Kak saya nak tnya sikit harap kak dapat bg jawapan untuk saya...dan soalan ni xberkaitan dengan list2 yang di atas..cuma saya masih ragu2 dan telah hampir smua blogger dan platform di caru tp xjumpa jawapan....Adakah seorang Anggota Tentera(Darat/Laut/Udara) boleh berkahwin dengan Orang Warga Asing(Bukan Rakyat Tempatan)...dan kalau boleh boleh tak tak bagi keburukan dngn kebaikan An Army bila nak berkahwin dngn Orang Asing ni...salah 1 nya KAGAT/JAIM TAK LULUSKAN PERMOHONAN...masih ragu dan daya masih lg mncari jawapan...Sekian Terima Kasih


Jawapan :

Salam. Tentera juga warganegara Malaysia seperti yang lain, juga berhak untuk berkahwin dengan bukan warganegara, sekiranya itu adalah pilihannya. Tentera tersebut tetap perlu ikut permohonan lebih kurang seperti yang di atas, manakala pasangannya yang bukan warga negara perlu buat prosedur yang berbeza, serta melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara, Kedutaan Negara berkenaan serta Jabatan Imigresen. 

Dan sekiranya tentera tersebut adalah wanita, prosedur pasangannya lelaki bukan warganegara akan jadi lebih rumit, berbanding dengan tentera lelaki berkahwin dengan wanita bukan warganegara (keadaan ini terpakai untuk semua warga Malaysia yang ingin berkahwin dengan bukan warganegara) 

Kesan perkahwinan dengan pasangan bukan warganegara (terpakai kepada semua warga Malaysia yang ingin berkahwin dengan bukan warganegara):- 


Dari sudut UNDANG-UNDANG 

1) Visa pasangan perlu sentiasa diperbaharui mengikut tempoh dan syarat yang telah ditetapkan undang-undang 

2) Sekiranya bertugas di luar Negara, melahirkan anak di luar Negara, bagi lelaki Malaysia, boleh dapatkan taraf warganegara anak dengan membuat pendaftaran di Kedutaan Malaysia menggunakan borang tertentu. Manakala bagi wanita Malaysia pula perlu pulang ke Malaysia jika ingin anaknya mempunyai kewarganegaraan Malaysia 

3) Sekiranya berlaku perceraian, dan mempunyai anak bawah 18 tahun, pasangan bukan warga negara mungkin ingin membawa anak pulang ke negara asal. 

4) Sekiranya berlaku perceraian, mempunyai anak usia bawah 18, bekas isteri atau bekas suami mungkin ingin bertukar semula kepada agama asal, serta ingin menukarkan agama anak 

5) Pasangan bukan warganegara terutama lelaki boleh meninggalkan isteri serta mengabaikan tanggungjawab pada isteri atau anak dengan pulang ke negara asal begitu sahaja 

6) Sekiranya berlaku kematian pada warganegara Malaysia tersebut, pasangannya yang bukan warga Negara tetap berhak menuntut harta si mati walaupun tidak boleh memiliki tanah (terpakai kepada muslim & non muslim) 


Dari sudut SOSIAL 

1) Perbezaan agama 

2) Perbezaan budaya 

3) Kemungkinan pasangan enggan belajar budaya Malaysia, (sekiranya dari agama yang berbeza pasangan mungkin enggan belajar agama yang baru) 

4) Kemungkinan tidak mahu bergaul/bersosial dengan ahli keluarga yang lain (dalam kes tentera, tidak mahu terlibat dengan apa-apa program yang ditetapkan) 

5) Pasangan bukan warganegara bukan semuanya ingin kekal tinggal di Malaysia 

6) Kos perbelanjaan yang tinggi untuk pulang menjenguk keluarga pasangan di luar negara 


Ini adalah antara sebahagian ringkasan kesan-kesan berkahwin dengan bukan warganegara dari sudut undang-undang mahupun sosial. Sekira anda ingin berkahwin dengan bukan warganegara, bolehlah pertimbangkan kesan-kesan di atas, sebelum membuat keputusan. Harap dapat membantu





No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites