Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Hari Malaysia, Hari Bertanjak


16 September 2019 baru-baru ni juga di war-warkan sebagai Hari Bertanjak Malaysia. Alhamdulillah, Kelab Raden antara 20 NGO Melayu di Raub Pahang bersama-sama memeriahkan sambutan program Raub Bertanjak bertempat di Restoren Anak Raub. Macam-macam aktiviti ada, ada silat, buskers lagu rakyat, demo guna parang, demo tiup tetuang, demo memanah traditional dan lain-lain. Kami tak hantar team menari, tapi wakil kami Nas, membacakan sajak patriotik. 

Nak ceritanya, hakak ni macam biasala. Kalau ada event bertema, memang akan diusahakan juga mengikut tema. Gigih la kakak gi Kamdar beli kain. Terus la paksa tailor buat baju. Dua hari je aunty boleh siapkan. Siap pesan jangan buat baju orang lain sebelum baju hakak siap.


Lawa dak? Kakak buat baju kurung Pahang berleher cekak musang. Kakak malas nak tebuk lubang cam baju melayu tu. Lambat nanti bersiap. So, letak butang ketap. Yang bling-bling tu brooch aje. Istimewa kurung Pahang ni lebar di hujung baju. Kalau ada masalah pinggul lebar tu memang sesuai dan sangat manis dipakai. Evergreen gittew. Tapi kali ni sebab nak nampak klasik makanya kakak pakai style kerudung guna songket mak kakak, then letak belt besi di pinggang. Belt pun sendiri punya, senang bila-bila nak pakai dengan kain lepas.


Untuk makeup pulak sebab klasik katanya, eyeshadow pilih gabungan gold dengan brown je la. Blusher ala-ala peachy sikit. Lepas tu lipstick merah bata. Done.


Selain kakak dan Nas, ada empat orang lagi ahli kelab yang join hadir ke program Raub bertanjak ni. Of course la kami semua pakai ikut tema. Letops tak? Haaa mana tau ada yang mencari idea untuk Hari Merdeka atau Hari Malaysia tahun depan. Boleh la cuba.


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites