Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

My Influencer


Bersempena minggu ni kakak akan bervaccay bersama family ke Ipoh (yayyyyy!!! lompat bintang), izinkan kakak bercerita tentang parent kakak serta pengaruh mereka pada anak-anak hingga semuanya jadi kaki berjalan.

Parent kakak orang biasa-biasa, bukan Dato Datin mahupun YB. Cikgu pencen je dua-duanya. Sekarang duduk di kampung yang 10 langkah dari rumah dah boleh terjun ke dalam Sungai Pahang.

Masa kakak kecik dulu setiap cuti sekolah parent kakak akan bawa holiday. Kadang tu sampai berminggu siap singgah rumah adik beradik or sepupu sepapat mak abah. 

Sekarang baru kakak sedar how diaorang menabung jimat duit untuk bawa anak-anak berjalan. Gaji masa tu berapa la sangat. But, sebab nak bagi anak-anak kenal dunia tak jadi katak bawah tempurung, gigih la jua

Kakak pula start travel oversea masa zaman universiti lagi. Kakak penari untuk uni kakak. Every year kakak dapat pergi oversea wakil uni program pertukaran budaya. Masa tu kakak sempat ke Beijing, Bali, Bandung dan Jakarta.

Selain titipan doa, mak kakak every year akan tabungkan sedikit duit untuk kakak buat duit poket. Tiket, penginapan & makan universiti uruskan.

Kali pertama fly ialah ke Beijing. Tahun 2000. 19 tahun lampau. Masa tu takde smart phone. Roaming jauh sekali mampu. Pakai prepaid katakan. Sampai Beijing kena guna land line untuk call mak bagitau dah selamat sampai. Masa tu kalau call, lepas satu minit diam baru orang sana reply apa kita cakap.

Kalau berjalan dekat-dekat memang tak payah cerita la ligat every semester dengan Ahli Kelab. Geng zaman uni. Berterusan sampai zaman kerja.

High peak sekali ialah masa kakak buat Autumn Trip dengan Ella end of 2016 aritu. 3 minggu. Just bagitau kakak nak pergi vaccay, my parent cuma tanya nak pergi mana, pergi dengan siapa dan date pergi balik. Itu je. Simple. 

Mak kakak bagitau niat berjalan adalah untuk ilmu baru lah perjalanan jadi berkat. Mak kakak memang encourage anak-anak untuk buat apa yang kami suka as long as tak susahkan sesiapa. 

Abah siap pesan pada kakak bacaan zikir yang bersesuaian untuk baca bila kakak ada perasaan kagum tengok satu-satu perkara, bangunan ke, pemandangan ke. So, boleh dapat pahala time travel. 

Of course la as parent diaorang mesti risaukan keselamatan kakak. So, everytime gerak dari satu-satu bandar or negara kakak akan check in dalam group whatsapp family.

Sekarang dah pencen mak abah spend time berjalan sana sini. Pergi rumah kawan-kawan timur barat utara selatan Semenanjung Malaysia. Kadang-kadang kena tanya dulu diaorang ada kat rumah tak kalau nak balik kampung. 

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? 


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites