Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Kellie's Castle


Dapat jua kakak ke Kellie's Castle sekali lagi. Ini kali kedua untuk kakak. Husband kakak pun pernah datang masa zaman rempit dulu. Sebagai penggemar istana, bangunan bersejarah dan sejarah, kakak tak kisah berapa banyak kali pergi pun ke sini. Kalau Istana di negara orang gigih hakak redah, inikan pula di negara sendiri. 

NOTA: Parking kereta RM2


Kellie's Castle ni terletak di Batu Gajah, Perak. Tak jauh dari tol Simpang Pulai. Tiket masuk RM5/dewasa dan RM3/kanak-kanak je untuk warganegara. So, sila bawa kad pengenalan ye.

NOTA: Bukan warganegara, RM10/dewasa, RM9/kanak-kanak


Istana ni dibina oleh William Kellie-Smith seorang engineer dari Scotland untuk dia dan keluarga dia tinggal di sini. Tapi belum sempat lagi istana ni siap, beliau meninggal dunia dan warisnya pulang ke Scotland dan enggan teruskan lagi. Istana ni terbengkalai dan ada yang kata tempat ni berhantu. Even ada plak dilekatkan di dinding istana tentang ada orang nampak penampakan di istana ni.

bahagian belakang istana
Kalau korang bijak pandai korang boleh bergambar feeling nampak macam oversea kat sini memandangkan binaan istana ni sendiri gabungan gaya ala Scottish, Moorish, dan Tamilvanan Indian.

NOTA: Istana ni mempunyai 14 buah bilik

serambi berhantu. dikatakan di sini hantu Willam muncul
tingkat atas dari kella's House, tingkat atas menempatkan bilik-bilik tidur.
Di sini juga ada satu ruang yang di tutup dengan grill menunjukkan susunan ruang tamu yang direka yang mungkin menjadi pilihan William Kellie berdasarkan gambar-gambar yang diserahkan oleh warisnya. William Kellie sukakan dekorasi campuran.


Di tingkat atas istana ni ada kawasan lapang yang dikatakan indoor tennis court dan tempat untuk William menganjurkan keraian.

menara kat belakang tu ada ruang untuk lif, tangga, bilik dobi dan bilik lain
William ni juga agak obses dengan keselamatan. Tak tahulah persiapan untuk hadapi perang atau sebab dia banyak musuh. Tapi ada laluan-laluan rahsia ke bilik bawah tanah untuk ahli keluarganya menyelamatkan diri.


Sebelum istana ni dibina, Willam dan keluarganya tinggal di Kella's House dibelakang Kelli's Castle ni. Kiranya antara Kella's House dan Kellie's Castle ni bersambung dengan laluan berbumbung.

Kellas House yang runtuh ketika perang



As for my personal opinion, istana ni wajib dilawat at least pada sesiapa yang datang ke Ipoh. Setengah jam je lebih kurang perjalanan dari Ipoh. Selain kisah disebalik pembikinan istana ni, istana ini juga bukti penempatan di kawasan ni suatu masa dulu. 

NOTA : Professional photoshoot akan dicaj RM50 bagi setiap camera

dari jambatan yang merentasi Sungai Raya


NOTA
1) Sila awasi anak-anak anda. Ada bahagian yang kurang selamat.
2) Ada kedai cenderahati dan kedai makan



No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites