welcome to Istanbul |
Seminggu lebih kurang selepas pulang dari umrah pada akhir Februari 2013, adik saya menghubungi saya dan memaklumkan dia berada di Matta Fair. Beliau mengajak saya untuk ke Turki dan ingin meletakkan deposit pada salah satu pakej yang dia minati. Kata saya, "Apa yang ada di Turki? Best sangat ke? Bolehlah"
Kami akhirnya memilih pakej ke Turki bersama syarikat Poto Travel memandangkan tarikh yang paling akhir yang ditawarkan oleh syarikat ini untuk ke Turki pada tahun 2013 adalah bertolak pada 28/12/2013 dan pulang pada tahun 2014. Kami berdua pula sudah hampir kehabisan cuti tahunan dan tarikh ini adalah yang terbaik untuk kami berdua.
Walaupun saya ke Turki melalui agensi pelancongan, tetapi saya tetap mengambil inisiatif untuk membuat bacaan serba sedikit mengenai Turki khasnya sejarah penaklukan Kota Constantinople. Seorang teman pula meminjamkan saya CD filem Istanbul Aku Datang untuk saya tonton.
Di lapangan terbang kami menunggu seperti arahan melalui email dan wakil Poto Travel yang bersama kami adalah Cik Fiena. Masih muda orangnya. Kami diberikan dengan tag dan jadual perjalanan serta taklimat ringkas sebelum penerbangan. Penerbangan Kuala Lumpur-Istanbul-Kuala Lumpur antara 9-11 jam perjalanan.
Tiba di Lapangan Terbang Ataturk hari masih awal pagi. Kami menaiki bas persiaran yang disediakan khas untuk kami. Menariknya bas persiaran di sini disediakan dengan Wifi, dan pemandu yang dilantik turut menguruskan beg-beg kami. Dari sini wakil Poto Travel di Turki, Mr Levent ambil alih.
Tempat pertama yang akan kami tuju adalah Bursa maka kami bersama bas menaiki feri dari Eskihisar merentasi Laut Marmara. Apabila tiba di tengah laut Mr Levent meminta kami semua turun dari bas untuk menikmati pemandangan mahupun untuk mendapatkan minuman panas dari cafe yang ada di dalam feri. Musim sejuk di sini menjadikan pemandangan dari tengah laut sangat indah. Indah-indah juga ye, sejuk sampai ke tulang.
Kami seterusnya tiba di Yalova dan meneruskan perjalanan melalui Orhangazi dan Gemlik sebelum tiba di Bursa. Bursa ini terkenal kerana suteranya. Tempat pertama yang kami kunjungi adalah Koza Han.
Mr Levent sedang bagi taklimat |
air pancur di luar bangunan Koza Han |
di pintu masuk Koza Han |
penerangan tentang sejarah Koza Han |
me & my sis |
NOTA
Sekiranya berminat untuk kumpul fridge magnets (FM) mengikut tempat yang anda singgah seperti di Bursa, beli terus jangan bertangguh dan beranggapan boleh beli FM Bursa di Istanbul. Tidak ada.
Koza Han ini mempunyai senibina yang indah sekali. Terletak di tengah kawasan bazar ini adalah laman yang luas yang pada masa kini diletakkan dengan kerusi meja cafe-cafe yang berada di tingkat bawah. Masjid kecil yang terletak di tengah-tengah laman memang menggamit pandangan kerana di bawah masjid ini terdapat air pancur.
Kami kemudian dibawa ke Masjid Ulu atau Ulu Cami dalam bahasa Turki, untuk kami menunaikan solat. Masjid ini telah di bina pada tahun 1399.
Ulucami 1399 |
Saya tidak lepaskan peluang untuk menghayati dekorasi di dalam masjid yang dihiasi dengan tulisan-tulisan khat pelbagai saiz terletak di dinding juga tiang masjid. Apa yang menariknya di masjid ini, tempat ambil wudhuknya berada di tengah-tengah masjid secara terbuka. Melihat kepada hiasan tempat wudhuk sudah pasti ianya telah dibina sejak lama dahulu lagi.
dalam masjid |
salah satu pintu dari dalam masjid |
seni khat |
tempat wudhuk. airnya sejuk sekali |
Usai solat, kami dibawa pula ke tempat makan tengahari di sebuah restoren bernama Daruzziyate. Menu makanan Turki adalah berunsur mediterranean. Sihat sungguh rasa. Salad wajib dihidangkan. Di restoren ini selain salad, kami juga dihidangkan dengan sup dan roti serta makanan berat yang dikenali sebagai Hünkar Beğendi.
Hünkar Beğendi ataupun diterjemah sebagai Kegemaran Sultan (Sultan's Delight/Sultan's favourite) merupakan daging kambing yang dimasak di dalam sos tomato di hidang atas puri terung penuh krim. Cili tu hiasan semata. Tak pedas langsung. Sesiapa yang datang ke Turki mesti cuba menu ini. Sangat enak walaupun tidak pedas.
Selesai menjamu selera kami menuju pula ke Yesil Carsi atau Pasar Hijau. Dalam perjalanan untuk menaiki bas kami melalui muzium dan juga kawasan rumah penghuni di sini. Teringat pula movie Istanbul Aku Datang saat Lisa Surihani mencari rumah untuk di sewa.
Di Yesil Carsi aksesori dari silver banyak di jual di sini selain pelbagai cenderahati dan t-shirt. Di bangunan bazar ini saya tertarik dengan tangkal yang di letakkan pada bangunan yang dikenali sebagai Kem Gözler atau evil eye.
Masyarakat setempat percaya bahawa tangkal ini dapat mengelakkan seseorang daripada terkena pandangan evil eye yang boleh membawa akibat buruk atau kecelakaan ke atas seseorang. Seperti biasa saya mendapatkan fridge magnet berbentuk evil eye. Saya juga membeli t-shirt untuk diri sendiri serta keluarga di sini, memandangkan harga yang ditawarkan adalah munasabah. Tak perlu lagi saya memikirkan cenderahati untuk keluarga.
Dari Pasar Hijau kami terus ke Yesil Turbe iaitu Makam Hijau. Kenapa ianya di panggil Makam Hijau? Kerana ianya di hiasi dengan marmar yang berwarna kehijauan. Makam ini telah dibina sejak tahun 1421 lagi menempatkan Sultan Empayar Uthmaniah Ke-5, Mehmed I.
Dari makam, kami ke Yesil Cami yang terletak berhampiran. Yesil Cami atau Masjid Hijau juga mendapat nama dari binaannya yang menggunakan marmar berwarna kehijauan. Air pancur yang keluar dari ukiran batu marmar di dalam kolam berbentuk oktagon dalam masjid menambah keindahan senibina masjid ini.
Lawatan kami berakhir di sini dan kami daftar masuk hotel dan seterusnya makan malam. Seperti biasa. Salad dihidangkan bersama makanan berat. Tak sabar rasa nak ke Pamukkale pula.
salad. hidangan wajib di sini |
roti dan sup juga disediakan |
Hunkar Begendi |
Selesai menjamu selera kami menuju pula ke Yesil Carsi atau Pasar Hijau. Dalam perjalanan untuk menaiki bas kami melalui muzium dan juga kawasan rumah penghuni di sini. Teringat pula movie Istanbul Aku Datang saat Lisa Surihani mencari rumah untuk di sewa.
bangunan ini terletak berhampiran dengan restoren rupanya suatu masa dahulu digunakan sebagai tempat untuk memberi makan kepada orang miskin |
Ottoman Folk Costumes & Jewellery Museum |
kononnya |
Di Yesil Carsi aksesori dari silver banyak di jual di sini selain pelbagai cenderahati dan t-shirt. Di bangunan bazar ini saya tertarik dengan tangkal yang di letakkan pada bangunan yang dikenali sebagai Kem Gözler atau evil eye.
Masyarakat setempat percaya bahawa tangkal ini dapat mengelakkan seseorang daripada terkena pandangan evil eye yang boleh membawa akibat buruk atau kecelakaan ke atas seseorang. Seperti biasa saya mendapatkan fridge magnet berbentuk evil eye. Saya juga membeli t-shirt untuk diri sendiri serta keluarga di sini, memandangkan harga yang ditawarkan adalah munasabah. Tak perlu lagi saya memikirkan cenderahati untuk keluarga.
Shawl & fm Koza Han yang di beli di Koza Han, serta tshirt & fm Evil Eye dari Yesil Carsi |
NOTA
T-shirt yang dijual di Yesil Carsi mempunyai kualiti yang lebih baik malah banyak corak yang kami temui di sini agak unik berbanding di Grand Bazaar, Istanbul
Dari Pasar Hijau kami terus ke Yesil Turbe iaitu Makam Hijau. Kenapa ianya di panggil Makam Hijau? Kerana ianya di hiasi dengan marmar yang berwarna kehijauan. Makam ini telah dibina sejak tahun 1421 lagi menempatkan Sultan Empayar Uthmaniah Ke-5, Mehmed I.
pintu masuk |
dinding di bahagian luar |
dalam makam |
Dari makam, kami ke Yesil Cami yang terletak berhampiran. Yesil Cami atau Masjid Hijau juga mendapat nama dari binaannya yang menggunakan marmar berwarna kehijauan. Air pancur yang keluar dari ukiran batu marmar di dalam kolam berbentuk oktagon dalam masjid menambah keindahan senibina masjid ini.
berlatarbelakang ukiran khat di pintu masuk |
ukiran indah di atas pintu masuk |
ruang solat |
dinding dalam masjid yang berwarna hijau |
ruang solat |
air pancur dalam kolam berbentuk oktagon |
Lawatan kami berakhir di sini dan kami daftar masuk hotel dan seterusnya makan malam. Seperti biasa. Salad dihidangkan bersama makanan berat. Tak sabar rasa nak ke Pamukkale pula.
di luar masjid |
pemandangan indah musim sejuk |
menu makan malam kami |
salad |
Perkongsian yg sgt baik dgn foto2 yg memberi gambaran secara langsung seolah 2 turut berada di Turki. Kian bertambah azam dan tekad utk turut menjejakkan kaki ke bumi bersejarah ini suatu waktu nanti. Lebih dr segalanya suka lihat gaya penulis yg memang Stylo....
ReplyDeletePerkongsian yg sgt baik dgn foto2 yg memberi gambaran secara langsung seolah 2 turut berada di Turki. Kian bertambah azam dan tekad utk turut menjejakkan kaki ke bumi bersejarah ini suatu waktu nanti. Lebih dr segalanya suka lihat gaya penulis yg memang Stylo....
ReplyDeleteTerima kasih kak sudi baca cerita saya
Deletesuka cerita ko nih.... penulisan bersahaja.. mmg dpt rasa seolah2 di sana
ReplyDeleteTQVM sudi baca
Deletesonoknye rase mmg nak g
ReplyDeletesori mori ler..baru jumpe blog ni mggu lps..bloggersnya tak reply pun x po
ReplyDeleteAhai sorry sangat..bulan 3 busy sampai xberapa sempat nak check blog. Turkey memang tempat yg sy highly recommend utk pergi. Nak² musim bunga & luruh.
Delete