Hah Tomyam |
Kalau ke Kuala Lumpur saya paling gemar singgah ke Hah Tomyam yang terletak di Lorong Damai 13, Kampung Datuk Keramat. Restoren ini beroperasi dari sebelah petang hingga lewat tengah malam. Dekat mana tu? Landmarknya ialah di belakang Masjid Datuk Keramat. Ada banyak kedai makan di situ, tapi restoren ini yang nampak paling meriah.
depan kedai |
Restoren ini menghidangkan menu ala thai. Yang paling menarik, pekerjanya kebanyakan datang dari Thailand dan sudah semestinya boleh bertutur dalam bahasa siam. Oleh kerana restoren ini menghidangkan masakan Thailand dan pekerjanya boleh bertutur dalam bahasa siam, ramai juga pelancong dari Thailand yang makan di sini. Perasaannya kita pula yang melancong ke Thailand.
menu 1 |
menu 2 |
Saya dan keluarga memang gemar makan di sini. Ada pelbagai menu yang menarik seperti pulut ayam, pulut mangga, nasi kerabu, daging bakar, somtam, bubur kosong dengan pelbagai hidangan sampingan dan juga masakan panas. Selain rasa yang enak, harga yang dikenakan juga berpatutan.
Pro
1) Ada kawasan parking
2) Setelah renovate restoren lebih luas dan teratur
3) Terdapat pertambahan menu baru
4) Pelbagai menu yang enak
5) Harga munasabah
Contra
1) Kadangkala pekerja yang datang dari Thailand kurang memahami soalan yang kita tanya.
2) Kali terakhir makan daging bakar, sosnya terlebih masin
No comments:
Post a Comment