Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Good Virtue & Co


Kakak kononnya nak letak satu set penjagaan wajah kat bilik kakak kat kampung. Tak payah la nak berangkut sana sini. Masa kakak gi Watson terpikat pulak la dengan brand Good Virtue & Co ni (GVC). Tak de survey or baca review apa beli aje. Letak dalam almari memang nampak cantik ye.

Btw, untuk pencuci dan scrub texturenya lembut, kakak suka la part ni. Toner pulak, amboi mudahnya sembur aje. Untuk day cream, texturenya agak ringan. Night moisturizer lebih likat. Walaupun likat untuk kulit kakak yang combination, agak cepat kering di bahagian pipi. Kakak suka both day and night cream punya botol. More hygienic dan practical berbanding banyak brand lain. Untuk pencuci makeup pulak, biasa je. Nothing special.

Tapi brand GVC ni kuat nau letak pewangi dalam produk dia. Tak suka kakak. Lepas tu muka kakak jadi gatal-gatal and naik jerawat seketul besar dalam pipi. Tak masuk jerawat halus-halus lagi. Adess. Tak ingat zaman dah kali terakhir ada jerawat uols. En. Suami terus suruh pangkah and beli yang lain.


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites