Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

The Mask

Dah macam anggota taliban pulak buat B&W gambar ni. Btw, butterfly pada mask tu kakak jahit sendiri ye.

Siapa sangka pelitup muka/mask akhirnya menjadi kewajipan untuk kita pakai. Kiranya mask dah macam kad pengenalan. Semua orang kena ada dan pakai. Kalau tak pakai kena denda.

yang ni kakak beli di farmasi.agak ketat. berbirat hidung kakak 

Kakak jua menyahut seruan kerajaan untuk memakai mask di tempat awam. Di pejabat pun kakak dan kakitangan lain pakai mask, sebab tak tahu la clients kami datang dari mana kan? Better safe than sorry. 

Uols, kakak suka mask jenama Medicos ni. Bukan sahaja buatan tempatan tapi company ni mengeluarkan mask yang ada macam-macam warna. Cantik tau. Bengkek je En. Suami dengan adik kakak bila time pakai mask sama dengan tudung. Usually mask ni di jual dengan harga RM75 sekotak. Ada 50 keping mask. Kat bawah ni kakak show off ngan korang okey, warna-warna mask medicos yang kakak ada.

Pink
Orange
Lime Green
Lavender
Yellow
Maroon

Cantik tak warna-warna dia? Cuba korang recommend mask lain yang lawa-lawa.


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites