Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Swab Test

 

beria ko...bercantik-cantik la kakak ini, last-last masa doctor swab, meleleh air mata, terus cair eyeshadow kakak. herghhh

Akibat dari PKPD kawasan perumahan kakak, maka pihak berkuasa telah menambah SOP iaitu perlu buat swab test selain kena ada surat dari majikan, serta surat MITI. Maka, ini adalah kali pertama untuk kakak buat swab test sejak pandemik melanda.   


Kakak berat hati nak ke klinik/hospital kerajaan. Ada pihak yang lebih memerlukan slot di perkhidmatan perubatan kerajaan plus seram mengenangkan ramai umat manusia. Bila tau terdapat sebuah klinik swasta yang menawarkan service swab test, terus call. Ingat nak walk in aje. Full house ko. Terpaksa la tunggu 2 hari lagi untuk dapatkan slot. Tak kisah la. Janji ada slot.


Beria ye doktor pusing-pusing cotton bud tu dalam tekak. Apa rasa masa masa kena swab? Rasa geli-geli perit cam ko minum tersedak air masuk ke hidung. Haaaa cam tu la rasa. Caj yang klinik ni kenakan adalah RM110 dan keputusan keluar lepas satu jam. So kakak masuk opis dulu la jawabnya.


Walau pun kakak yakin keputusannya negatif, tapi bila perkataan NEGATIF tu print atas paper, seronok je rasa. Alhamdulillah. Nikmat kesihatan, adalah antara nikmat yang paling mahal yang Allah kurniakan. Dapatla kakak kepilkan bersama surat majikan dan surat MITI.




No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites