Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

The Nightmare Before Chrismas

Dari kiri : Eyeshadow, lipstick, eyeliner & highligter

Actually banyak lagi koleksi cerita hantu yang kakak alami tapi malas nak taip. Penat. So, kakak share sini koleksi make up kakak yang bertema Halloween dan juga Christmas. Korang pernah dengar atau tengok movie The Nightmare Before Christmas? Kakak share koleksi makeup inspirasi movie ni yang kakak ada.


Movie ni tak lain tak bukan sebuah animasi dari Tim Burton jua. Animasi ni dari tahun 1993. Zaman purba dah uols. Tapi hanya dalam beberapa tahun ni la kakak dapat tengok pun. Kalau tak, tahu tajuk je.

Movie ni mengisahkan Jack Skellington yang dah rasa bosan dengan party Halloween yang setiap tahun dia anjurkan dengan success. Masa Jack masuk dalam hutan dia jumpa pokok-pokok yang terukir dengan pelbagai tema perayaan yang dia tak familiar. Masuk ke dalam Bandar Christmas Jack terpesona dengan tema perayaan tersebut dan ambil keputusan akan take over Bandar Christmas. Keputusan Jack ini telah menimbulkan 1001 kekecohan.

NOTA
Kakak suka betul lagu tema movie ni, This Is Halloween. Surprisingly lagu asal dinyanyikan Marilyn Manson.

Btw, koleksi makeup kakak dari dua jenama yang berbeza iaitu Revolution Beauty dan Colourpop. Kakak tak beli pun whole koleksi kalau tak berkenan or itemnya kakak tak pakai. Dari jenama Revolution Beauty kakak beli Jack Eyeshadow dan Misfit Love Highlighter. Dari jenama Colourpop pulak kakak ada Oogie Boogie Lipstick, Sally Lipstick & Scream Queen Black Liner.
eyeshadow
highlight
lipstick
eyeliner

No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites