Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Roller-Coster Feeling


Korang, bulan Mei hingga Jun baru-baru ni  salah seorang bff kakak, Cik Qon from Ahli Kelab jatuh sakit. Actually masa tu Cik Qon dan beberapa hari warded akibat demam yang tak kebah. Kakak tak boleh lupa lagi hari tu hari Jumaat 3 Jun 2022 lebih kurang 12 tengahari, kakak dapat panggilan telefon dari kawan kakak yang kerja sama daerah dengan dia. Panggilan telefon dengan suara sebak dan esak tangis si Aznie memberitahu Cik Qon kritikal dan kakaknya mencari iols. Wajiblah iols menangis sekali. Terus meols call kakak Cik Qon dan dimaklumkan dia kena blood infection.



Kakak tak mampu nak masuk opis dah. Menunggu En. Suami habis kerja nak bertolak menjenguk Cik Qon rasa terpaling sengsara. Detik saat bergerak terlalu perlahan. Iye, walaupun tak boleh buat apa, setidaknya kakak akan dekat dengan hospital in case boleh melawat. 

hari pertama visit
hari kedua

Alhamdulillah dua hari berturut dapat melawat Cik Qon. Hari pertama dia masih blur-blur dan lemah. On that day, partner kakak Nery dengan suaminya Man pun datang visit. Kami semua sama kelas masa study dulu. Hari kedua hakak dan another Ahli Kelab, Che Mala yang datang visit, sempat kami bergosip sebelum kami kena halau dengan mak guard. Balik visit kami cari tempat boleh minum, sambil meluahkan emosi kami yang dah beberapa hari risau dan masing-masing pun asyik menangis.


Cik Qon akhirnya dijadualkan menjalani massive operation on 16 Jun 2022. Sebelum Cik Qon start puasa kami buat last video call. Nanti dah puasa dia penat pulak. Walaupun kami ni masing-masing hiba, tapi semua buat-buat ceria. Tak nak tuan badan rasa takut, panik untuk operate.
 

Malam sebelum pembedahan Aznie anjurkan bacaan Surah Yassin online buat siapa yang lapang. Allahu, sedih masa Hajah Rafidah bacakan doa. Terima kasih Aznie atas penganjuran. Siang tu, berdebarnya tunggu di opis masing-masing turn Cik Qon masuk OT. Dia patient kedua untuk hari tu masuk dewan bedah.


Finally Cik Qon masuk dewan bedah pukul 2 petang dan pembedahan berakhir pada pukul 2 pagi. Salute pada semua doktor. 12 jam ye menghadap. Hakak memang tau nak tido aje dah pukul 2 pagi. Syukur pembedahan berjaya walaupun ada beberapa situasi mencemaskan berlaku in between.

Tiada yang dapat kami semua ucapkan melainkan syukur Alhamdulillah. Seminggu lepas dia operate, another Ahli Kelab, Akak Chench ada rezeki visit Cik Qon sambil menyampaikan sumbangan kawan-kawan. Dapat la kami update terkini secara direct, selain info dari keluarga dan Aznie. Reader blog kakak tolong doakan kawan kakak cepat sembuhnya. Saat post ini di postkan, beliau masih berehat di rumah dan masih perlu berjumpa doktor untuk pemantauan lanjut.

Korang, kakak sudah masuk fasa menerima berita rakan kenalan yang sakit dan meninggal, sebelum ini fasa terima berita sahabat dan kawan yang berkahwin dan menimang cahaya mata. Tua dah kakak.

No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites