Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.
Showing posts with label trip to german. Show all posts
Showing posts with label trip to german. Show all posts

Fussen, Germany



Siapa peminat fairytales angkat tangan!

Korang mesti pernah tengok cerita Sleeping Beauty kan? Ala, Princess Aurora yang tertidur sebab jari dia kena jarum tu? Lepas tu, siapa yang pernah ke mana-mana Disneyland korang perasan tak rekaan istana Puteri Aurora? Haaa istana tu diilhamkan dari Istana Neuschwanstein dekat dengan Fussen ni la.

Nak datang sini tak payah pakai tour guide pun boleh tau. Lagi jimat. Janji korang rajin buat homework. Kalau korang gerak dari Munich macam saya, bolehlah ikut style kami. 

Sebelum bertolak ke Eropah kami telah pun membeli siap-siap Prince Ticket iaitu gabungan tiket masuk ke Neuschwanstein Castle dan King of Bayern Museum yang berharga €21.50. Masuk je laman web istana tu dan pilih tiket yang korang minat nak masuk. Bukan apa senang hati sikit kalau dah beli tiket dan boleh kami rancang perjalanan untuk bertolak ke sana. Tiket-tiket masuk boleh dibeli secara online selewat-lewatnya tiga hari sebelum ke sana. 

Perkara pertama yang korang kena buat ialah bangun pagi. Kenapa? Train ke Fussen iaitu pekan di mana letaknya istana-istana tu hanya beroperasi di sebelah pagi sebanyak 3 trip. Iaitu pukul 7.53 pagi, 8.04 pagi dan 9.53 pagi.

NOTA
Sila double cek jadual keretapi kerana kami dapat naik train ke Fussen pukul 8.40 pagi

Makesure korang beli ÖBB Bayern tiket ye, kerana tiket ni dapat cover perjalanan korang ke Fussen ni even dari stesen berdekatan dengan penginapan korang ke Hauptbahnof (HBF). Even Bayern tiket ni juga valid digunakan untuk menaiki bas dari stesen keretapi Fussen ke Hohenschwangau Village. Harga tiket adalah €28 untuk dua orang. Dah sampai HBF pergi ke arah OBB platform.



Kami sendiri sangat huru-hara masa sampai di HBF. Bukan apa, tak tau nak naik di platform mana. Mana arah nak tuju. Dah la masa tu dah nak pukul 8 pagi. Ikut carian kami ada keretapi ke Fussen yang akan gerak pada pukul 8.04 pagi. Mau tak kecut perut memikirkan takut terlepas keretapi sebab kami dah beli tiket masuk istana awal-awal lagi dah! Takut burn je. Tiket masuk istana kami pukul 11.50 pagi! Mujur la mulut ni jenis rajin nak tanya orang dan dapat pula tanya dengan orang yang betul. Dia pun hari sebelumnya ada masalah macam kami dan minta kami ke kaunter untuk print jadual perjalanan. 

NOTA
Jangan lupa ke kaunter pertanyaan dan dapatkan jadual perjalanan keretapi.

pandai-pandai la nak baca jadual ye

Lepas print jadual perjalanan, barulah hati rasa lega sangat ada keretapi akan gerak pada pukul 8.40 pagi, dan perjalanan mengambil masa hampir 2 jam. Keretapi untuk ke Fussen terletak di platform No 31. Sebelah kanan bahagian luar kalau dari pintu masuk utama ÖBB.



Tiba di stesen keretapi Fussen, ikut je semua orang keluar dari stesen tu. Semua nak ke istana pun. Di sebelah stesen keretapi dah nampak 2 bas warna merah sedang menunggu. Bas no 78 arah Hohenschwangau Castle. 


Bas akan turunkan kita di hentian Hohenschwangau Castle dan kita kena jalan sikit ke kaunter tiket. Di sana ambil "reserve lane" dan tunjukkan pada kaunter bukti pembelian tiket secara online dan petugas akan print tiket-tiket kita. Saya sangat galakkan beli tiket masuk istana awal-awal kerana macam kami sendiri terkena datang musim Octoberfest, manusia tak payah cakap punyalah ramai. Mujur sangat dah siap beli. Yang datang walk ini berbaris tak ingat punya panjang.  

NOTA
Pastikan selewatnya kita ambil tiket tidak kurang dari satu jam dari time masuk ke istana.

ni dah petang. lengang je. kalau tak...
senarai tiket dan jadual tour

Dah ambil tiket kena jalan lagi ke depan. Kita akan lalui Hotel Muller Cafe di sebelah kanan. Untuk ke istana kalau korang gagah boleh jalan kaki je ikut laluan pejalan kaki. Since saya tak berapa gagah, ambil bas je la. Harga tiket bas pergi balik ialah €2.60. Boleh juga nak naik kereta kuda kalau teringin sangat. Harganya mahal sikitlah.

Hotel Muller Cafe

Masa tengah terhegeh-hegeh nak ke tempat tunggu bas naik ke istana tiba-tiba saya dengar orang bagi salam kuat sangat hahahha cepat je mulut jawab salam dan mata melilau mencari arah salam. Rupanya ada lelaki dalam kereta yang mengangkat tangan pada saya. Saya senyum dan angkat tangan juga. Mungkin dari Malaysia atau Indonesia berdasarkan rupa parasnya. Since sejak saya tiba di German ini kali pertama saya di sapa oleh orang Islam juga. Gembira sangat perasaan ye, bila kita tengah berada di tempat asing dan ada yang memberi salam kepada kita. Tak sempat berkenalan lanjut kerana dia berada di seberang jalan. 

tempat menunggu bas berlatar belakang Istana Hohenschwangau

Bas akan turunkan kita di hentian berhampiran dengan Marienbrucke (Jambatan Maria). Ikut je signboard dan orang ramai. Di jambatan ini kita akan dapt saksikan pemandangan indah Istana Neuschwanstein. Jangan haraplah kita je atas jambatan tu. Ramai ye. Pandai-pandailah nak cari port berposing. Jangan selfish dengan pengunjung lain nak posing kat situ 100 kali snap gambar.

signboard ke jambatan & istana
sejarah jambatan

Ni la jambatannya
Neuschewanstein Castle
jangan jelous!

Dari Marienbrucke, jalan kaki je ke arah Istana Neuschwanstein. Dalam perjalanan ke arah istana tu, kita akan dapat saksikan pemandangan yang sangat indah perkampungan Hohenschwangau. So, kaki bergambar jangan sesekali lepaskan peluang ambil gambar di sini.



Sampai di istana, masuk ke bahagian dalam dan tunggu di situ. Kemasukan bukan sesuka hati tau. Kita kena tunggu ikut masa yang tertera pada tiket. Kalau terlepas kira burn jelah tiket tu. 

masuk dari pintu ni
masing-masing menunggu turn ikut tiket 
sempat lagi posing before masuk

NOTA
Sekiranya masih ada masa yang panjang sebelum masuk ke istana, boleh jalan ke bawah sikit dan ada platform untuk bergambar berlatarbelakangkan istana.

Di istana ini, disediakan tour guidenya tersendiri yang akan bercerita tentang sejarah istana ini. Waktu yang kami pilih adalah waktu untuk tour guide berbahasa Inggeris. Masa yang diambil untuk tour adalah lebih kurang setengah jam. 

NOTA
Tidak dibenarkan ambil gambar di dalam istana ini. Jangan buat degil pulak, kena rampas tak tau.

Istana ini sangat-sangat cantik tau. Memang fairytales sangat! Berusia 130 tahun, cat, langsir, perabot adalah original dari zaman pembinaan istana ini. Masa kami tour di sini, dikhabarkan akan dibuat satu proses baik pulih yang pertama selepas pembinaannya. Korang bayangkan warna asal cat 130 tahun dulu masih terang. Warna emas yang digunakan masih bersinar. Langsir corak baroque masih cantik sepertimana digantung untuk kali pertama! Kisah raja yang membina istana ini juga agak pelik dan kematiannya masih misteri hingga kini. Nak tahu apa yang pelik, apa yang misteri? Korang kena pergi sendirilah ye. Anti-klimaks pula kalau saya cerita.



dapur istana. original ni tau dari mula istana ni bina
model istana

NOTA
Pastikan pakai kasut yang sesuai kerana banyak anak tangga yang dinaiki dan dituruni.

Ludwig II of Bavaria. Tuan punya asal istana ni

Keluar dari istana kami ingin ke Hohenschwangau Village semula untuk ke muzium. Dalam perjalanan turun kami singgah di satu stall depan sebuah restoren yang menjual doughnut ball. €2.50 untuk 3 biji. Jadilah untuk alas perut. 



Jalan depan lagi kami jumpa kawasan rehat. Ada beberapa gerai menjual cenderahati dan juga makanan. Maklumlah cuaca sejuk ni asyik lapar je saya. Beli pula pretzal yang merupakan makanan traditional negara German ni. €3.50 untuk satu pretzal. Harga istana tau. Kalau tempat lain murah sikit. Sambil tunggu pretzel siap, penjual pretzal siap beramah tamah dengan kami dan cuba meneka dari mana kami datang. 

perisa epal & almond

Siap makan kami ke tasik yang terletak dekat dengan muzium. Tenang sangat tasik yang dikenali sebagai Schwansee atau Swan Lake. Kelihatan angsa dan itik berenang-renang dalam tasik. Sudah biasa dengan pengunjung nampaknya. Boleh juga nak berjalan disekitar tasik. Kami malas. Duduk lepak ambik cahaya matahari dan enjoy permandangan dari tempat kami duduk je sebelum ke muzium.

tenang dan cantik sangat

Muzium ini menghimpunkan kisah raja-raja Bavaria khasnya yang menghuni Istana Hohenschwangau dan Istana Neuschewanstein. Banyak kisah menarik keluarga di raja Bavaria diceritakan di sini. Tapi beg tidak dibenarkan di bawa masuk tau. Kena simpan dalam locker yang disediakan. Ada bayaran locker €1 ke? Tak ingat pulak.


Dari Muzium kami terus menunggu bas untuk pulang semula ke Munich. Harapan hati ingin kejar keretapi 4.04 petang. Malangnya bas lambat sangat kami terlepas keretapi tu bersama ramai lagi orang lain. Jadi kena tunggu keretapi berikutnya yang akan datang sekitar 6.06 minit petang.

Kami buat keputusan untuk berjalan-jalan di pekan Fussen, instead of menunggu di stesen keretapi. Tak mampu nak tunggu sampai pukul 6, sejuk yang teramat. Bukan main sejuk angin musim luruh di sini. Pekan Fussen merupakan sebuah pekan yang kecil dan sangat indah, sangat romantik.








Kami pulang semula ke Munich menaiki keretapi pukul 6.06 minit petang. Tak lambat tak cepat ye keretapi di Eropah. Kalau kata 6.06 memang 6.06 lah dia akan gerak semula. Pastikan kita tepat waktu. Lagi awal lagi bagus. Kami tiba di Munich sekitar 8 malam dan bergegas pulang ke rumah untuk ambik beg-beg kami dan kejar bas untuk ke Ljubljana pula!

Munich, Germany




Kami hanya ada satu hari sahaja di Munich. Makanya kami putuskan untuk untuk menyertai Free Walking Tour bersama Sandemans. Selain ingin jimatkan masa, kami juga ingin dapatkan info-info menarik yang mungkin tidak dapat dengan meng-google. Eh, walaupun namanya free tapi kita perlu bayar tip berdasarkan kepuasan hati kita dengan apa yang mereka berikan, macam cara mereka bercerita dan juga info yang kita dapat.


Handsome kan english tour guide-ku? Leander namanya. Siap pakai bavarian suite lagi. Mentang-mentang la musim octoberfest 

Tempat berkumpul haruslah di Marienplatz. Apa yang menarik sangat di Marienplatz ni? Yang paling menonjol haruslah Town Hall-nya. Binaan ala gothic. Sebenarnya ini adalah Townhall yang baru, tapi rekaannya nampak lagi lama daripada town hall lama.


Marienplatz
New Townhall


Selain binaan bangunannya New Townhall yang gothic, yang sentiasa menarik perhatian pengunjung adalah The Glockenspiel. Iaitu patung-patung kecil dari Menara Jam di bangunan yang sama. Persembahan hanya berlangsung selama 12 minit.



NOTA
Persembahan dari patung-patung ini pada pukul 11 pagi, 1 tengahari dan 5 petang setiap hari.


The Glockenspiel. Yang warna hijau tu



Yang manarik perhatian di dataran ini juga ialah Mary's Column. Kalau perhatikan pada pangkal tiang tu terdapat 4 patung pahlawan comel yang menentang 4 jenis makhluk yang melambangkan 4 jenis malapetaka yang telah berjaya di atasi.


Mary's Column
Old Townhall

Menarikkan? Tapi menurut si Leander , Marienplatz adalah tourist spot yang di overratingkan je sebenarnya tapi kalau peminat bangunan bersejarah macam saya, okey je kot. Jom kita tengok bahagian laman dalam pula.

pintu masuk ke bahagian dalam



Since Munich dari pagi hujan memanjang makanya kami berkumpul di sebelah dalam New Town Hall ni untuk dengar sejarah dan fakta tentang Bavaria dari Leander.

Duduk ramai-ramai kat tangga ni je uols
Gigih ye? Siap berlakon jadi sungai!

Malangnya hujan tak berhenti di Munich, laman dalam gambar bawah ni bukan main menarik tapi cuaca sangatlah tidak mengizinkan.


Gothic

Tempat menarik seterusnya ialah Frauenkirche Church. Masuk church? Ya. Saya masuk dalam gereja. Bukan saya sembahyang dalam gereja or bertukar agama ye. Saya menghayati akal bijak yang dikurniakan oleh Allah kepada arkitek dan jurutera zaman dulu melalui rekaan-rekaan gothic di sini. Gereja ini juga merupakan merupakan bangunan tertinggi di Munich dengan 2 menara berkubah hijau.

Apa yang menarik di gereja ini ialah rekaan dalamannya yang berunsur gothic serta di sini terdapat makam Emperor Ludwig IV. Actually saya sibuk mencari kesan tapak kaki syaitan yang di katakan ada dekat dengan pintu masuk. Tak jumpa la pula, dah lah tengah ada upacara so sebenarnya tidak dibenarkan ambil gambar dan kami diminta datang semula. Tak pelah. 

tomb of the Emperor Ludwig IV

Haaaa tempat seterusnya menarik pun ye kesian pun ye. Ini adalah tugu Orlande de Lassus. Seorang komposer era renaissance. Kenapa ada gambar Michael Jackson pulak? Yang ni la yang kesiannya. Tugu ni terletak di depan Hotel Bayersicher Hof. Michael Jackson pernah menginap di sini dan ramai peminat fanatik berkumpul di sini menunggu mendiang keluar di balkoni dan melambai. Eh...bukan yang dia duk pegang anak dia berjuntai kat balkoni tu. Itu di Berlin. Selepas kematian beliau peminat fanatiknya meletak bunga dan gambar di kawasan ini termasuklah pada tugu komposer ni. Tugu ni pun orang dah start panggil tugu Michael Jackson!

beria Leander bercerita

Cuba tengok gambar bawah ni. Nampak tak line warna keemasan (the Golden Linie) atas jalan tu? Line ni dibuat bagi mengelakkan dari melalui memorial yang di bina oleh Hitler bagi mengenang komradnya yang terkorban. Sesiapa yang melalui memorial tu kena bagi salute nazi tau! So untuk avoid daripada lalu dekat memorial tu, ikut line warna emas ni. Walaupun hari kita tidak akan di tangkap kerana tak bagi salute nazi kalau lalu dekat memorial tu, tapi mungkin ada antara "peminat" tegar Nazi di situ akan membuat komen-komen yang kurang enak kepada kita.


the Golden Linie

Kami di bawa leander untuk singgah di Odeonplatz dan berehat sekejap di sini. Kat sini hujan macam tak nak berhenti.





Ini pula Max-Joseph-Platz. Bangunan di belakang tu ialah National Theater Munich. Sebenarnya King Maximilian Joseph ni tak suka kalau patung dia diabadikan dalam keadaan duduk. Tapi since dia dah tak de kan.....  

King Maximilian Joseph memorial

Tempat yang terakhir kami di bawa ke Viktualienmarkt. Pasar paling sibuk di Munich. menjadi tarikan kepada penduduk tempatan dan pelancong. Hari kami datang pasar ni tak beroperasi. Hari pulak hujan bukan main. Hanya restoren dan kedai makan yang buka. Maypole yang ada di tengah-tengah pasar ni menunjukkan aktiviti warga Munich serta daerah-daerah atau kampung yang terlibat dalam aktiviti perniagaan.

Na
the maypole

Ahaiii sebelum lupa, ni ha ada patung Juliet dekat dengan Old Town Hall. Patung asalnya ada di Italy tau. Korang tau tak kenapa breast dia sebelah warna gold? Sebab ramai sangat orang pegang. Kononnya untuk dapatkan tuah nak dapat cinta sejati sampai mati! 

Juliet. Cinta hati Shakespeare

Of course la saya pun tak lepas peluang ahahhahah jangankecam 

semoga mendapat cinta sejati sampai mati katanya!

Sesiapa peminat tegar Hard Rock Cafe macam partner in crime saya tu, korang bolehlah datang ke Platzl. Selain ada Hard Rock, di sini letaknya Hofbrauhaus. Hofbrauhaus ni merupakan pengeluar beer terbesar di dunia dan dah tentulah untuk Octoberfest jenama ini merupakan pembekal yang paling popular di Munich. 


pengunjung beratur untuk masuk ke restoren

Kalau korang bukan peminum beer macam saya (hahahah), still berbaloi untuk masuk ke restoren di Hofbrauhaus ni tau. Ala-ala mini Bavarian wonderland gitu. Paling cantik mestilah lukisan pada siling. Ada juga pemuzik lengkap berpakaian bavaria memainkan lagu-lagu bavarian. Wonderful! Memang terasa sangat ada di Munich. Biasanya scene macam ni dapat tengok dalam tv je.

pemuzik-pemuzik sedang bersedia untuk memainkan lagu
cantik sangat!

Next destination ialah ke Allienz Arena. Yaahooooo!! Naik train yang boleh turun di Frottmaning tau. Dan turun di station ni memang terang-terangan ada signboard yang tunjuk jalan ke stadium. Kalau korang keluar arah lain tak tau la nak kata, siap ada gambar bola dah tu.

ikut je signboard

Stadium nampak lengang. Bukan musim bola kot dan jugak faktor cuaca yang sangat tidak mengizinkan. Dari jauh nampak stadium ni dah. Sekali pandang macam tayar pun ye. Mentang-mentang German negara pengeluar kereta ye.

NOTA
Kalau datang lewat petang atau malam, stadium akan menyalakan warna merah (warna rasmi Bayern Munich) atau pun warna Bavaria (putih-biru).



kasi chance la wey
macam tak de manusia lain je kat stadium ni kan

Since saya pun bukanlah peminat tegar bola sepak, saya tak ambil stadium tour tapi terus ke Megastore. Macam biasa cari fridge magnet untuk koleksi sendiri.


pintu masuk FC Bayern Megastore

sape hilang anak ni?

macam-macam ada





Dari stadium kami nak ke BMW Welt dan Olympia Park. Dua-dua tempat ni turun di station yang sama iaitu Olympiazentrum. BMW Welt tu betul-betul dekat dengan bahn station.



Willkommen, selamat datang, semua jenis ucapan pun ada. Memang sangat-sangat mengalu-alukan kedatangan semua orang ye. Yang lone ranger boleh, dengan family boleh, dengan pet pun boleh, yang tercangak-cangak macam tudung biru tu pun boleh! Masuk pun percuma.


Selain kemasukan percuma, kita pun boleh feeling-feeling kaya nak test duduk dalam kereta. Feeling pegang stereng sambil berangan-angan. Tapinya manusia punya la ramai, tak mampu nak tunggu lepas sorang, sorang. Penangan Octoberfest agaknya.





Dari BMW Welt ni jalan kaki je ke Olympia Park. Tak jauh pun. Olympic Tower dari BWM Welt dah nampak tersergam. 

Olympic Tower
feeling tepi pantai ke?

kalau gigih boleh cuba panjat bukit ni, mesti boleh dapat pemandangan cantik Olympia Park

Untuk masuk ke Olympia stadium kena la bayar tiket ye. Boleh pilih nak enjoy sendiri, dapatkan khidmat tour guide dan korang juga boleh ambik pakej naik bumbung stadium. Tak mampu!!!! Gayat!



Boleh cek jenis-jenis tiket masuk yang di tawarkan
waktu operasi

Ni la stadium yang gah tu. Tempat berlangsungnya acara balapan dan bola sepak. Di sini jugalah kali pertama dan kali terakhir pasukan bola sepak Malaysia beraksi di peringkat Olimpik! Tahun 1972. Bangga.

Kat atas bumbung tu ada sekumpulan manusia tengah tour!

Balik dari Olympia Park tak nak balik rumah lagi. Memang tegar betul berjalan. Kami terus ke Octoberfest. Teruja tau walaupun ini adalah beer festival sebab pernah tengok acara ni dapat liputan dalam AFC. Alang-alang datang Munich masa Octoberfest kenapa mesti lepaskan peluang betul tak? Actually dari pagi rasa teruja sangat sebab ramai warga Munich dan pengunjung dari serata dunia berpakaian Bavaria. 

Octoberfest berlangsung dari 17.9.2016-3.10.2016

Untuk Octoberfest kali ini rules telah diperketatkan lagi oleh penganjur. Bagi keselamatan handbag tidak dibenarkan dibawa masuk. Mesti guna beg size kecil atau pun wristlet. Nasib baik memang ada bawak wristlet dalam beg. Handbag boleh di simpan dalam laci. Sewa tau. Bukan free.

bilik laci tempat simpan handbag

Selain rumah-rumah tempat peminat beer berpesta, banyak restoren, kedai-kedai cenderahati ada di sini. Macam funfair pun ye juga. Walaupun rumah-rumah ni nampak teguh dan cantik, bangunan ni tidak dibiarkan sepanjang tahun di sini ye. Di bina khas untuk tujuan Octoberfest je. Lepas habis, diruntuhkanlah semula. 





Ramai yang tanya tentang orang-orang yang mabuk di festival ni. Ya, memang ada yang mabuk dan menyapa kami. Mengajak kami bergambar bersama dengan dia. Hahah biarkan saja. Boleh katakan sebenarnya mereka langsung tidak mengganggu orang lain. 


Selain beer dan sosej, pretzel atau brezn ikut sebutan German adalah makanan paling popular di sini. Maklumlah asal usul pretzel dari German. Wajib makan pretzal tau kalau datang ke German.

ikan bakar pun ada. harga ikut gram
Benda paling menarik perhatian saya ialah cookies bentuk "love" yang bermacam-macam saiz. Banyak sangat di jual di festival ni. Pada cookies ni ditulis ucapan-ucapan menarik. Siap diletakkan tali sebab mereka guna cookies ni untuk buat hiasan atau beli buat cenderahati. Nama cookies ni ialah lebkuchenherz.


I heart You

Last but not least puas hati dapat dapat bergambar dengan bavarian boys and girls hahahha bukan senang nak cari yang tak mabuk or bukan tengah berasmaradana tau tak? Kenala cari budak-budak.


Dah puas memusing area Octoberfest barulah insaf ingat dah balik rumah. Itu pun sebab cuaca dah makin sejuk. Di bahn station nampak ramai petugas berdiri berhampiran line train, berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini. Maklumlah dah ramai yang mabuk. Rasa macam balik ke zaman silam pun ada sebab 90% manusia di situ pakai pakaian traditional bavarian! 

Tak sabar nak ke Fussen pula, nak tengok sendiri istana yang menjadi inspirasi Sleeping Beauty! Ini kos tiket pengangkutan, entrance, sewa loker dan juga tip sepanjang seharian di Munich. 


7 Days, 7 Favourites