Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Den Haag, Netherland


Untuk ke Den Haag juga kami bertolak awal dari Amsterdam, part yang paling suspen masa melalui Haarlem, train berhenti dalam 5-10 minit. Dah la masa tu tengah nak ambil gambar hentian Haarlem, tiba-tiba ada lelaki cakap Dutch dengan saya sambil tunjuk ke arah gerabak depan. Apa pun tak faham. Rupanya tak semua gerabak akan berlepas ke Den Haag. Hanya gerabak depan je. Tak pasal pagi-pagi dah kena berlari. Mujur tak kena tinggal.


Since awal pagi sangat sampai di station kami nak breakfast la dulu. Cari cafe dalam station ni jugak. Namanya Stations Huiskamer. Tengok dekat dengan kaunter, ada set kek dengan kopi Euro 5 je. Terus on. Malas nak pikir dah. Tinggal nak pilih jenis kek je.


Dari situ kami masuk ke OV Servicewinkel. Di sini korang boleh beli tiket. Ada juga screen untuk kita tengok laluan kita. Satu la yang buat kami berdua kagum yang teramat sangat ialah kemudahan tunjuk arah di sini. Pergi je kat meja yang disediakan, korang klik je hala tuju korang, mesin tu akan print route perjalanan korang dari Den Haag Central ke situ, lengkap dengan nombor tram, nombor bas dan station untuk korang turun! I'm impressed!

tengah print route perjalanan kami

Kami turun di Spui, yang ruang bawah tanah area train sangat la cantik. Dari situ rupanya dekat dengan Primark la sesangat. Siapa kaki Primark angkat tangan! Me too! Kami jalan kaki perlahan-lahan dari situ, enjoy view.


Den Haag ni adalah kota pentadbiran bagi Netherland. Kedutaan-kedutaan juga ada di sini termasuk Malaysia. Dan tak hairanlah bangunan parlimen bagi negara Netherland pun letaknya di sini iaitu Binnenhof.


Binnenhof ni mula di bina sekitar tahun 1248 (oh wow!) untuk dijadikan kediaman ketika berburu oleh Count pada masa tu. Pembinaan disambung oleh anaknya yang menjadikan tempat ini sebagai istana.

NOTA
Dalam kawasan Binnehof ni ada Ridderzaal (Knight's Hall) yang sangat lawa.

boleh nampak bangunan pencakar langit dari sini

Bangunan Parlimen ni letaknya betul-betul tepi tasik yang dikenali sebagai Hofvijner. Disebabkan tasik ni la Count tu nak bina kediaman di sini. Ditengah-tengah tasik ni ada pulau kecil yang tak bernama ditumbuhi pokok-pokok. Cantikkan pemandangan?


Dekat tepi Binnenhof ni ada dataran yang dikenali sebagai Buitenhof, ada patung lelaki berkuda, iaitu King William II. King William II ni yang menyiapkan pembinaan Binnenhof dan merupakan Raja ketika itu. Catatan pada tugu King William II:-

To 
King William II 
the Dutch people 
1853 
This statue 
was erected in 
1924 
to replace the 
original that was transferred to 
Tilburg 



Masih dalam kawasan Buitenhof kami menyeberang jalan dan dekat sini kami jumpa satu lagi statue. Johan de Witt. Johan de Witt ni ada adik, Cornelis de Witt yang merupakan pesalah paling popular di penjara Gevangenpoort di sini, beliau di tuduh berkomplot untuk membunuh pegawai kerajaan. Kedua-duanya digantung di sini, di kawasan patung ni didirikan. Dah kenapa patung pesalah pulak yang dibina di sini? Sebab tuduhan tu semua konpirasi disebabkan kebencian pada dua beradik ni.


Di sebelah patung Johan tadi tu letaknya Gevangenpoort (Prisoner's Gate) yang menempatkan Cornelis de Witt. Penjara ni dulu menempatkan mereka yang dituduh dengan kesalahan-kesalahan yang berat.


Walaubagaimanapun, penjara ni sudah tak digunakan sejak 1882 dan terus dijadikan muzium dan bersebelahan pula dengan Prince William V Gallery yang ditubuhkan pada tahun 1774. Kami pilih untuk masuk ke Museum de Gevangenpoort.

luar bangunan
pandangan dari pintu masuk

Kami dibawa masuk ke kawasan sama level dengan pintu masuk. Dibawa ke bilik tempat tahanan di siksa. Bilik yang sengaja dibuat kecil dan sempit dengan siling yang rendah bagi mengganggu emosi pesalah. Dinding dan lantai di tile supaya senang untuk membersihkan darah.

aras bawah. bilik belakang tu tempat pesalah disiksa

Kami juga explore pelbagai ruang yang menempatkan pelbagai jenis alat penyeksaan/hukuman, hunger attic iaitu tempat pesalah dibiarkan kebuluran, tempat mereka seksa pesalah dengan cara tarik kaki tangan mereka. Korang bayangkanlah scene yang kita tengok dalam cerita Merlin, Dungeon & Dragon ke, dalam movie berkisar era mediaval la, tapi cara seksaan ni semua memang dibuat masa era tu.


Kami juga dibawa ke bilik yang pernah menempatkan Cornelis de Witt ditempatkan. Biliknya memang besar. Maklumlah Cornelis ni pun bukan calang-calang orang. Kemudahan basic dalam biliknya lengkap, termasuk tandas.

gambar bilik yang menempatkan Cornelis de Witt dari laman web Museum de Gevangenpoort

Kami juga dibawa masuk ke bilik gelap. Bilik menempatkan pesalah beramai-ramai berhimpit tinggal dibilik ni. BEST PART. Masuk je kami semua dalam bilik ni, pegawai dekat situ pun tutup lampu! Bergelap gelita kami semua dalam ni. Lepas tu barulah dia bagi penerangan dalam gelap tu. Hadoi. 

bilik gelap. pesalah korek dinding kat belakang tu

Saya dan Ella sangat happy dapat peluang melawat muzium penjara ni walaupun join group Spanish hoccay! Since mereka satu family pilih spanish language, kami berdua choose english dan hanya kami berdua dan mereka je yang ada, makanya bergabung tour aje la, tapi ada pegawai untuk english speaking yang follow kami. Highly recommended!  

boleh dapatkan cenderahati

Keluar je dari penjara kami terus menuju ke Groenmarkt. Suatu masa dulu kawasan pasar utama di Den Haag. Sekarang ni jadi kawasan shopping serta banyak cafe dan restoren. Memang meriah dan ramai orang la area sini.

Stork, emblem of Den Haag

Di area Groenmarkt ni juga letaknya Grotekerk (the Great Church). Mula-mula dulu dibina menggunakan kayu, kemudiannya dalam abad ke 15 barulah digantikan dengan binaan seperti sekarang.


Di sini juga ada Town Hall. Dululah fungsinya sebagai Town Hall, sekarang digunakan untuk adakan majlis perkahwinan je.


Kami kemudiannya menuju ke Istana, Palace Noordeinde pula. Di jalanan banyak lampu bentuk mahkota menghala ke istana.


Malangnya istana ni dalam proses baik pulih di lamannya, dan tidak dibenarkan masuk ye. Istana ni masih berfungsi sebagai tempat kerja King Williem Alexander dan kakitangannya. Tempat ni dah dibina lama sangat dulu tapi mula jadi istana sekitar tahun 1800-an.


Betul-betul setentang dengan pintu istana ada tugu patung Prince William I. Prince William I merupakan leader kepada orang Belanda menentang Sepanyol dalam Eighty Year's War. 


Tak jauh dari tugu Prince William I letaknya tugu peringatan Queen Wilhelmina. Tugu peringatan ni melibatkan 3 item iaitu patung Queen Wilhelmina di depan dinding bentuk 3 segi, kompas besar atas jalan depan patung dan satu lagi dinding kecil tertulis "1880-1962 Wilhelmina."


Di sebelah tugu peringatan Queen Wilhelmina, letaknya Gotische Zaal (Gothic Hall). Dibina pada abad ke 19 untuk meletakkan koleksi lukisan King William II. Sekarang ni dah jadi sebahagian dari Council of State, dan dewan ni pun tempat buat persembahan muzik.


Gothic Hall ni juga adalah sebahagian dari Kneuterdijk Palace. Istana ni pun memang dah jadi sebahagian Council of State. Dan dah jadi harta kerajaan. National Monument.


Kneuterdijk Palace ni ada tamannya sendiri, French Garden. Kemas dan cantik je. Taman ni terbuka pada orang awam.


Masuk penjara sudah, melawat istana sudah, lepak taman pun sudah. Next destination yang sangat mengujakan adalah Peace Palace. Mahkamah.


Di sinilah letaknya International Court of Justice. Badan kehakiman bagi United Nation, selain dari tu merupakan Permanent Court of Arbitration, Hague Academy of International Law dan Peace Palace Library. Court ni wujud since 1913 lagi. I wish we have more time in Den Haag so that we can join the tour.


Di depan kawasan Peace Palace, disebelah kanan ada World Peace Flame. Api dari 5 benua di satukan di sini sebagai tanda persetujuan menyokong keamanan dunia.


Sebanyak 196 negara menyertai pemasangan World Peace Flame dengan menyumbang meletakkan batu membentuk laluan menuju World Peace Flame ni.


Nampak tak batu-batu pelbagai bentuk dan warna tu? Itulah sumbangan dari setiap negara sebagai tanda menyokong dan berusaha demi keamanan sedunia. Nampak tak plaque hitam tu? Atas plaque tu ada catatan kisah tentang api serta batu-batu yang disumbangkan, dan part paling sayu, pada plaque tu juga ada catatan meminta pengunjung mendoakan seamanan sejagat.


Di bahagian tengah-tengah letaknya taman mini bunga, yang di pasang tile keliling. Juga dipasang dengan tempat duduk, juga dari tile. Pada tempat duduk tu semua ada ukiran perkataan "Keamanan/Peace" dalam pelbagai bahasa.


Di sebelah kiri pula ada Imagine Peace Wish Tree. Inspired dari Yoko Ono wishing tree. Kita boleh tulis ucapan dan harapan kita (tentang keamanan la of course) dan ikat pada pokok ni.


Di seberang jalan pula, ada memorial yang berbentuk batu bersusun dan 4 tiang. The Hague Resistance and Liberation Memorial. 4 tiang tu sebagai simbol 4 kumpulan masyarakat Belanda ketika era Perang Dunia II.


Dari situ kami ambil tram balik semula ke area Binnenhof. Actually nak turun dekat Primark tapi salah pit stop pulak.


Blessing disguise kami nampak gerai ni, Haringkraam Buitenhof. Perut pun dah lapar sangat. Nak kena makan. Gerainya menyediakan hidangan traditional dan wajib makan kalau datang ke Netherland, iaitu Haring dan juga Kibbeling. Boleh take away atau makan ala santai je di situ.


Masa tanya tukang masaknya, what is Kibbeling? Dia jawab, "ikan bakar". Hahaha okey bukan bakar sebenarnya deep fry and tukang masak bukan orang Malaysia/Indonesia/Asia Tenggara ye, memang orang sana. As i said before macam mana ramainya orang Malaysia di London macam tu la ramainya orang Indonesia di Netherland. Jadi tak hairan kalau orang tempatan boleh bertutur sedikit sebanyak dalam bahasa melayu/Indonesia.


And the best part, one of the customer siap bagi Ella rasa ikan haring yang dia beli. Sporting sungguh. Saya order kibbeling, Ella order haring. Okey rasa nak menangis masa makan kibbeling. Bukannya tak sedap, sedap sangat! Makan dengan mayonis. Di Den Haag walaupun tak hujan angin kuat sangat dan memang sangat sejuk. Dapat makan kibbeling panas-panas tu rasa heaven sangat. Nyaris lupa offer Ella suruh rasa hahahha

kibbeling Euro 4.50. makan dengan mayonis.
Euro 2.20. makan dengan apalah lagi kalau bukan bawang holland!

Siap makan kami jalan kaki ke Primark dan bershopping dengan kelajuan kilat. Nak balik ke Amsterdam pulak nak cari space cake. Pengalaman paling tak boleh lupa kami naik train terduduk dekat koc kelas 2 yang agak berbeza banding dengan koc kami datang. Pintunya bertutup kaca. Pada tingkapnya ada tulisan "SILENCE [S] STILTE". Still blur tak faham, what is the meaning of "silence stilte" kami just borak on how our plan turun nanti. Then tetiba ada sorang lady datang menerpa kami dan bercakap dalam dutch kami berdua lagi la bertambah blur. Baru la dia tanya english speaking or dutch. Then terus la dia bagitau yang koc tu untuk orang yang need silence dan kalau nak bercakap sila pergi ke koc lain! Wow very dramatic. Well tak kuasa nak cari koc lain dah kami borak guna whatsapp je.Mampu??? Duduk depan-depan each other borak guna whatsapp. Then dekat station mana entah ada naik 2 orang remaja yang very loud. The same lady terpa dia orang then kena sound yang sama. Remaja dua orang tu memang rebel betul lagi dibuatnya borak dan gelak kuat-kuat. Kesian jugak that lady sampai tantrum dia hahaha after that lady turun elok aje budak berdua tu senyap. Kami turun di Amsterdam terus non stop gelak dan keep on ajuk gaya that lady sampai la balik rumah. Pengalaman sungguh. Kalau tak lalui sendiri tak tau. Lepas ni kena fully aware.


Haarlem, Netherland


Kami bertolak seawal yang boleh dari Amsterdam ke Haarlem. Perjalanannya singkat lebih kurang setengah jam je dan tiket boleh je dibeli hari nak pergi. Harga tiket €8.40 pergi balik.


Sampainya di station Haarlem, saya rasa terpukau dengan interior station yang masih lagi mengekalkan rekaan lama dulu. Dibina pada tahun 1906 dan merupakan antara stesen keretapi yang tertua di Netherland.

bilik menunggu untuk penumpang kelas 1
sejarah pengangkutan dari Amsterdam ke Haarlem
Stesen keretapi dari side belakang

Di luar (sebelah belakang) train station ni letaknya parking lot dan tak jauh dari station ni ada patung Wigbolt Ripperda and Kenau Simonsdochter Hasselaer. Mereka berdua ni hero ketika Eighty Years War's menentang penjajahan Spain ke atas Haarlem.

Ripperda & Kenau

Kami jalan kaki je dari train station menghala ke town. Singgah satu kedai cenderahati, nak belek-belek fridge magnet. Sekali owner kedai yang peramah siap bagi map pada kami. Maps tempat-tempat yang kami boleh lawat di sini. Haish memang langkah kanan sungguh.

life insurance company building. dibina tahun 1918 

Antara bangunan yang menyerlah yang kami jumpa ialah Butik Pauw, sebuah butik lama sejak 1960. Terletak di bangunan bersejarah sebuah farmasi yang dikenali sebagai Nolf yang menggunakan motto "beginnen can ick volharden will ick volbringhen sal ick" 


Masa tengah jalan-jalan terjumpa satu plag atas jalan yang tertulis Kuispoort. Kruispoort rupanya suatu masa dulu adalah pintu masuk ke Haarlem yang telah dirobohkan untuk membangunkan Haarlem sendiri.


Tujuan utama kami ke Haarlem adalah untuk menyaksikan sendiri kincir angin antara yang tertua di Netherland, Molen de Adriaan. Kincir asal dibina pada tahun 1779. Malangnya terbakar pada tahun 1932 sebelum dibina semula.


Actually kincir angin ni masih boleh berfungsi untuk mengisar gandum tapi sekarang lebih kepada tarikan pelancong sahaja. Hujung minggu kincir angin ni dibuka untuk lawatan. Ada mini muzium dalamnya.



Kami terus berjalan disekitar kejiranan di sini. Mungkin disebabkan oleh faktor cuaca, tak ramai orang tempatan yang kami jumpa. Suasana sangat tenang.


Kami tiba di berdekatan dengan Sungai Spaarne. Nampak satu bangunan kecil ada patung kaki atasnya. Ini rupanya bilik mandi awam untuk kegunaan pelancong dan juga mereka yang terlibat dalam sukan air. Patung kaki ni namanya Apollo's Foot. Bukan main unik design public shower pun.

Spaarne river

Dekat sini juga ada jambatan yang dinamakan sebagai Gravestenenbrug. Jambatan ni dibina pada tahun 1950. Yang menarik sangat tentang jambatan ni sebab ia boleh di angkat untuk beri laluan kepada kapal.

 
 

Berdekatan dengan jambatan ni ada dua bangunan berkembar yang rekaannya memang menonjol berbanding dengan bangunan-bangunan disebelahnya. De Olyphant namanya. Merupakan kilang bir sebelum diambil alih menjadikannya premis perniagaan.   


Dekat sini juga ada muzium yang dibina tahun 1778! Teylers Museum. Muzium ni menyimpan pelbagai koleksi seni, sejarah dan sains. Kalau siapa yang stay di Haarlem memang highly recommend untuk ke muzium ni.


Kami melalui Dam Street dan sampai dekat dengan Grote Kerk. Bukan dari depannya, tapi di sebelah selatan gereja. Rekaannya berasaskan gothic dan merupakan gereja utama di sini sejak abad ke 15.


Kami menyusur tepi gereja yang sangatlah besar ni dan terjumpa dengan satu ukiran agak unik rekaannya. Namanya "Steekspel opt Haarlems sant" a.k.a The Tournament Rider. Ukiran dua orang pahlawan berkuda masa pertandingan zaman pertengahan dulu, rekaan Eric Claus.


Dari statue tu kami rupanya sampai dah ke Grote Markt, dataran di Haarlem ni. Di sambut oleh ukiran yang agak pelik dinamakan "Zonnevechter" a.k.a The Solar Fighter. Ukiran yang dibuat oleh Athur Spronken. Tujuan utama binaannya adalah sebagai air pancur.


Actually banyak aktiviti yang boleh di buat di area ni. Ada Ten Boom Museum, muzium yang dulunya rumah tempat disembunyikan orang yahudi masa Perang Dunia II. Ada juga De Hallen Haarlem,  muzium seni. Ada Vleeshal, dulunya dewan tempat orang berjual daging tapi kami masuk mall, Ella nak beli lipstik hahaha.

dari kanan : De Hallen (bangunan putih), Ten Boom Museum, Vleeshal, Grotekerk & The Zonnevechter
depan ni ada cafe dan mall

Di Grote Mark area ni juga, dekat dengan Grote Kerk ada satu statue warna hijau. Patung Laurens Janszoon Coster. Dia adalah pengasas teknik percetakan di sini. 

Dan yang tak kurang outstanding, City Hall! Dibina sekitar abad 14 menggantikan istana Count di sini. Asalnya ianya adalah untuk kegunaan tempat pertemuan orang ada-ada. Tapi sekarang ni hanya digunakan untuk majlis perkahwinan. 

pintu dan balkoni rekaan dari tahun 1630, tempat pengantin turun  

Dah tak tahan dengan cuaca yang sangat sejuk, air hujan merembas dan angin yang menderu-deru sudahnya kami berjalan je ikut langkah kaki sampai jumpa Coffee Date Cafe. Terus masuk uols. Dah la memang tengah lapar.


Saya order coklat kek dan air coklat panas. Memang kick memang sedap. Owner cafe sangat peramah dan datang sendiri melayan kami, dan tanya feedback kami tentang menu yang kami pilih. 



Chocolate cake €3.50 & hot italian choc with banana flavour €3.90. Murah kan? Murah banding dengan kebanyakkan cafe yang kami pergi dalam trip ni.

Lepas memanaskan badan kami decide untuk sambung berjalan malangnya cuaca sangat tidak mengizinkan. Hujan makin lebat. Tak tahu berapa kali kami berhenti cari tempat berteduh, dari kedai buku sampailah ke panggung wayang.

dulunya ialah Brakenhoff Broodbakker, kedai roti. sekarang kedai wine
pemandangan dari kedai buku tempat kami berteduh

End up kami jumpa satu kedai menjual barangan untuk pet. Masuk aje. Maklumla hujan. Sudahnya Ella beli toys untuk kucing-kucing dia. Saya? Main dengan kucing owner kedai. Bella nama kucing ni. Comel sangat walaupun mukanya grumpy, fluffy!


Since tak de nampak gaya hujan nak reda kami decide untuk balik aje ke Amsterdam. Tak boleh nak buat apa. Cuaca tidak menyebelahi kami. Sebelum balik tu sempat jugak singgah di kedai fries, Friethoes. Fries ni yang organik punya ye, dan kedai ni memang jual fries semata-mata.  

senarai harga

Ada macam-macam size untuk kita beli dan juga pilihan sos. Saya minta mayonis je. Cuaca sejuk makan pulak fries panas-panas, ehhh memang heaven la. Dah siap makan baru kami tinggalkan Haarlem balik ke Amsterdam dan sambung jalan-jalan di sana pulak.


7 Days, 7 Favourites