Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

VR World Challenge 2018 : Japan


Haish konsep virtual run tema macam-macam negara under Move-On ni memang saya suka sangatlah. Sambung lagi kali ni Jepun pulak. 20KM juga saya pilih. Sama Macam VR China, VR Jepun saya pilih medal sahaja.


Lagi seminggu nak raya baru berjaya settlekan. Adoiyai, seksa nak menghabiskan VR bulan puasa gini. Banding dengan dua VR under MO sebelum ni, yang ini paling ambil masa nak habiskan.

Depan medal
belakang

VR Recharge Run 2018


Terpikat dengan medal dia tak pasal mendaftar juga dengan Running Station. VR Recharge Run 2018 sempena Ramadan. 21KM perlu dihabiskan dalam sebulan. Diberikan juga E-Bib untuk rujukan


Last larian, lari ker? Buat dekat kampung. Ya habibi ya maulana. Panasnya. Taman awam ni agak baru so tak de sangat pokok-pokok. Sunburn iols. Berjaya submit juga.


Haa rare ke rare medal dia? Lain dari yang lain kan? menarik tertarik kau memang the bomb! Selain medal ku ambik t-shirt-nya juga.

VR Sushi 2018


Again under 42Race. Pendaftaran percuma makanya cabaran 3KM sahaja. Jatuh pada hari raya uols.


Ingatkan burn aje dah run yang ni sebab macam tak yakin je boleh menyelit nak walking for 3KM masa raya. Dapat juga. 

SO CUTE!!

The Third Letter


Sis tak lupakan aktiviti jimbaan cari makan sis. apalagi dengan travel partner sis. Ella. JJCM lepas tu bergambar-gambar. Hobi katanya. Kali ni kami ke The Third Letter. Cafe Hipster yang terletak di Bukit Jelutong Shah Alam. Landmarknya ialah di sebelah Balai Bomba.


Cafe ni interiornya ala-ala raw gitu. Macam rumah tak siap cat bak kata Ella. Dan ambik order di kaunter ye. Taknye datang ke meja nak ambik order. Cuma part yang kurengnya, kad menu dia orang ni kurang gambar, so bila tanya macam mana rupa food jenis A, staffnya having difficulty to explain.


Lets tengok apa yang sis berdua order. Ella pilih air nama Mean Green. Minuman kesihatan gitu, dan sis sendiri pilih Citrus Trio. Kiranya ada 3 jenis limau. Air masak disediakan percuma. Boleh ambil sendiri.

Citrus Trio & Mean Green

Then food kami pulak ialah Lamb Baked Eggs untuk Ella dan saya sendiri pilih Butter Fish. Nyum-nyum.

Butter Fish
Lamb Baked Eggs

Sedap ye makanan dia orang. Dah sudah makan terliur pulak tengok orang order toasted. Order jugak la kami. Kongsi je.


Dia orang pun ada jual kek ye untuk desserts. Nama-nama kek fuhh kemain lagi rare. Tapi sis tak terliur so idak la mencuba.


Cafe ni agak luas dan kawasan parking sangat selesa. Boleh duduk di dalam cafe atau pun di luar. So siapa yang nak mencuba tempat baru untuk makan-makan boleh lah ke sini.

VR Coffee Run 2018


VR Coffe Run adalah yang pertama saya daftar dengan Any Race. Larian sejauh 20KM perlu disudahkan dalam bulan Jun 2018. Bulan puasa uols. Penganjur sertakan E-Bib untuk rujukan kita.


Once selesai larian, bolehlah upload result di laman web Any Race. Jangan lupa nombor E-Bib. Now, masa untuk menunggu ganjaran.

boleh tahan besar medal
depan t-shirt
belakang t-shirt

VR Never Say Never 2018


Haruslah iols mendaftar dengan My C'mon Run ni sebab medalnya cute. My Come On Run ada website sendiri. So mudah je nak mendaftar VR under MCOR ni. Untuk Never Say Never Run ni run hanya untuk 12KM je dalam tempoh sebulan, bulan Jun. Ceria betul E-bib dia.


Me lari hari sabtu. Mujur la cuaca ala-ala nak hujan and ada time renyai sikit. Lagi pulak sejuk sebab semalaman dah hujan. Memang best nak walking. Running? Tak larat. Puasa la.


Dalam pada menunggu medal dengan t-shirt tu baru iols perasan, tersenarai di Hall of Fame Never Say Never! Peserta No. 2 paling pantas selesaikan task. Tak sangka uols. By the way, penganjur juga bagi free key-chain yang cute tau selain dapat medal dan t-shirt.

depan t-shirt
belakang t-shirt

Shah Alam Breakfast Run 2018


Me and geng iols since matriks, Maler mendaftar berjemaah untuk Shah Alam Breakfast Run 2018. Bukan apa, sebab dekat rumah adik iols, plus tempat mula pun senang nak cari ye. Di Stadium Melawati.

Larian start pukul 7 pagi so iols keluar rumah dalam 6.15 pagi macam tu. By 6.40 pagi dh settle parking kereta. Elok aje sampai tak lama lepas tu sesi warm up senam seni pun mula dengan lagu zapin.

Settle warm up yang masuk kategori 10km terus je ke tempat permulaan. Oh ye, ada kategori 5km dan jugak 2.5km Color Run untuk kanak-kanak.

see...membawang dari mula

Me and Maler berlari 3km je. 7km lagi membawang dengan jayanya hahahha maklumla lama tak membawang secara live. Selalunya dalam whatsapp grup aje.


Run ni juga dengan kerjasama Mc D and Milo so dah 10km ko try turunkan berat, makanya kita makan Mc D and minum milo. Kau rase?



7 Days, 7 Favourites