Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Bangi Dong BBQ



Asalnya tengah memikir nak makan di mana, dapat je parking terus nampak restoren ni, apa lagi, teringin terus nak cuba. Terletak di Bangi Sentral. Landmarknya ialah bangunan sebelah butik Nora Danish & Shawl by Vsnow.

senarai menu


Saya pilih set bbq combo no 2 untuk dua orang. Air kena order asing. Mula-mula pilih air aloe vera dalam botol out of stok pula. Makanya staff mencadangkan kami ambil je air aloe vera panas, mereka akan bagi ais.


So, jom tengok apa yang kita boleh dapat dengan combo ni.

side dish
nasi goreng
sup taufu

daging untuk di grill

Grill daging ni guna arang tau. Bukan pakai eletronik punya alatan.



As for me yang suka makan, set ni tak mencukupi. Tak puas makan. Kena tambah order kalau nak betul-betul kenyang. Total damage makan di sini untuk dua orang ialah RM90. Kira okey la kan?

Pro

1) Makan di ruang terbuka
2) Feeling macam makan dekat korea macam dalam cerita Runningman
3) Kimchi agak sedap (maaf saya bukan peminat kimchi, tapi yang di sini agak okey)
4) Daging lembut aje bila makan bungkus dalam daun salad tu

Contra

1) Nasi goreng tiada perasaan
2) Air aloe vera (hot) yang diganti pada pesanan kami untuk yang dalam botol dah habis, rasa macam air masak je

Khap Kun Ka


Setiap kali melancong saya suka sungguh kalau dapat buat entri pasal makan. Makanan dan diriku berpisah tiada. Kali ni kita jalan-jalan cari makan di Bangkok pula okey. Kalau nak tau di Bangkok agak sukar mendapatkan makanan halal. Restoren halal ada tapi terletak agak jauh dan harga sedikit mahal. Tapi apa salahnya kan? Macam biasa keutamaan pilihan makanan adalah dimulakan dengan halal-kosher-makanan laut-vegetarian. Ikutlah mana yang ditemui. 

Ketika kami sampai di Bangkok hari dah petang. Menunggu turn nak dapat teksi dah sekian. Jem lagi dari airport nak sampai hotel sekian hal. Malamnya kami keluar juga. Kalau tak, kebuluran jawabnya. Tak seperti di Eropah. Di Bangkok agak sukar mendapatkan wifi melainkan di restoren atau di hotel. Nak mudah beli sim kad mereka la ye.

Malamnya kami keluar juga untuk cari dinner sambil cuci mata. Kami singgah di Siam Paragon. Kononnya mencari wifi. Sambil jalan-jalan dalam mall dan mengenangkan badan sudah kepenatan kami cuba cari tempat makan dalam mall dan akhirnya terjumpa dengan restoren makanan laut. Alhamdulillah!

Cafe Fish

Cafe Fish ni terletak di Siam Paragon. Tak larat dah nak fikir dan nak cari, masuk je lah restoren ni. Kos paling mahal sepanjang cari makan di Bangkok di sini lah. BTH1000+








Jus Nenas

Indian Vegetarian Restaurant

Terletak di Si Lom. Sebenarnya kami ingin makan di Restoren Ibu, malangnya tutup pula. Letih , penat, lapar semua ada. Last-last masuk aje restoren masakan india yang terletak satu laluan dengan restoren ibu. 

Saya pilih Padthai dan mango lasi je. Itu pun tak habis. Portion memang besar. Since ini restoren vegie memang sayur jela penuh dalam kuey teow. 




Restoren Halal

Dalam perjalanan dari Lop Buri ke Nakhon Ratchasima untuk ke Jim Thompson Farm, kami minta driver kami bawa sarapan di restoren halal. Alhamdulillah di bawa ke restoren ini. Malangnya tak tahu nak sebut nama restoren ni kerana semuanya dalam bahasa siam.


senarai menu yang ada

Yang paling happening sorang pun pekerja di restoren ni tak boleh cakap bahasa melayu or bahasa inggeris. Pengsan! Main bahasa insyarat aje. Sudahnya pekerja tu bawa kami ke kaunter nasi dan tunjuk jenis nasi yang ada dan lauk yang boleh dipadankan hahaha habis cerita. Selain dari nasi briyani dan nasi putih, ada juga kaunter menyediakan murtabak.



kaunter air
kaunter murtabak


Murah sangat makan dekat restoren ni. Makan sampai licin uols. Sebab tak tau lagi apa nasib nak dapat makanan halal lepas balik dari Jim Thompson Farm nanti.

BTH 40
BTH 50
BTH 20

Yana Restaurant

Siapa ke Bangkok mesti restoren inilah yang di cari. Terletak di MBK Shopping Mall. Senang je nak mencarinya. Malah di hadapan Restoren Yana pun dah ada satu lagi restoren halal.


Menu pilihan kami mestilah tomyam, sayur campur dan juga ayam halia. Air mineral je. Nak air buah sedap baik beli kat foyer bawah je. BTH20 dah dapat sebekas air limau yang sedap ya ampun!



Hello Kitty House

Balik dari Hard Rock Cafe, kami singgah di sini untuk membasahkan tekak. Restoren ini letaknya di Siam Square. Dari tepi jalan dah nampak. Saya pilih coklat panas je. Minum sambil menyejukkan badan. Kebanyakan yang masuk ke restoren ni budak sekolah je.







Muslim Friendly Street Food


Sepanjang jalan menuju ke hotel kami banyak gerai jualan makanan oleh penduduk tempatan. Terliur uols. Tapi status halalnya di ragui. Telan air liur je. Pergi gerai somtam pun nampak ketam dua alam. Tak dapat la nak tolong. Mujur ada gerai jual mangga. Mangga dan pulut dijual berasingan. Mangga BTH60 dan pulut BTH20

pulut mangga

Kami juga terjumpa dengan gerai kakak yang jual roti manis ni atau penkek la senang kata. Buka gerai tepi tangga train. Penkek pisang yang dijirus dengan susu dan coklat. Manis uols. Kerap makan boleh potong kaki ni. Harganya cuma BTH40

penkek pisang
Kalau nak tau di MBK Mall di foyer depan tu ada buat macam mini food street gitu. Tak tahulah dibuat sempena event tertentu atau memang ada sepanjang masa. Tapi memang bersyukur yang teramat sangat. Senang dapat makanan. Siap bungkus bawa balik hotel.

ayam bakar
sotong kurita
sotong salut tepung
telur sotong
Somtam telur masin
kerabu mangga
kerabu mihun

Di Old Siam Mall pula susahnya nak dapat makanan halal. Muslim friendly pun ala-ala je. Sudahnya ini je yang kami makan. Janji dapat alas perut.

Khanom Bueng/Sweet Crepe
Tuna Roll

Di Chatuchak market juga terdapat beberapa gerai halal. Boleh cari berdekatan dengan tower. Ada satu kedai makan halal di situ. Kami tidak singgah makan kerana masih awal pagi dan memilih untuk mencuba jenis manisan je di sini.

aiskrim kelapa
red ruby


Galleria 12


Masa ke Bangkok hari tu kami stay di Galleria 12 Hotel Bangkok yang terletak di  83 Sukhumvit Soi 12 Sukhumvit Road Khet Khlong Toei, Krung Thep Maha Nakhon 10110, Thailand. Yang best hotel ni terletak dekat dengan Hentian Asok Sky Train. Memang mudah sangat untuk kami rancang perjalanan nak ke mana-mana pun. Kos penginapan untuk 5 malam dalam RM600 seorang. (RM mohon naik semula!)

Kami disambut ramah oleh kakitangan hotel dan selesai check in kami diberikan dengan gula kapas! So sweet..


Jom tinjau keadaan bilik kami. Bilik saiz okey la kan. Katil masih boleh tolak ke tepi untuk buat ruangan solat.


Dari segi room service memang suka sangat. Kaki iron tegar macam saya ni memang apa-apa hal mintak iron dulu. 5 malam iron board (cum meja makan cum tempat letak barang) dalam bilik kami.


Bilik air dinding kaca transparent kau mampu?! Tak de maknanya. Turunkan jelah tirai tu.


Safety first!

Untuk makluman, hotel ni tidak menyediakan menu halal tau untuk sarapan atau pun room service. Masa sarapan tu pandai-pandailah pilih makanan. Tapi yang bestnya mereka sediakan menu vegetarian. Makan ajelah salad, mi dengan sayur je, sayur grill, buah-buahan, roti atau pun cereal. Janji tak lapar.

ruang cafe di malam hari

Galleria 12 juga menyediakan khidmat tuk-tuk ke jalan besar untuk mereka yang menginap. Kalau rajin, jalan je kaki, tak jauh pun hotel ke jalan besar. Ada kejadian lucu berlaku ketika kami baru turun train , masa tu dah malam, tiba-tiba tuk-tuk hotel berhenti ambil kami. Aish..apa lagi naik aje lah. Dah penat merambu satu hari. Rupanya bukan tuk-tuk hotel kami!! Mujur tuk-tuk hotel depan je hahaha nasib la. Janji tak payah jalan kaki. 


Pro

1) Dekat dengan Hentian Asok Sky Train
2) Pilihan sarapan vegetarian di hotel
3) Khidmat tuk-tuk ke jalan besar

Contra

1) Jauh dari sumber makanan halal


7 Days, 7 Favourites