Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

VR I Care Run



Hari tu kan dan buat Guardian Union Run. Haa ni le sambungannya I Care Run 2018. Still the same penganjur iaitu Ulta V Runner. Larian ni yang menariknya menawarkan dua pakej yang berbeza. Pakej Meow & Pakej Doggie. Of course saya pilih Meow.
  


E-Bibnya sangat cute dan lariannya hanya sejauh 18KM sahaja. Dan boleh larian boleh dibuat secara kolektif ye. Sis tak mampu nak berlari straight 18KM!



Bila medalnya sampai teruja sangat rasa sebab memang comel. Menariknya pada lanyardnya ada tertulis "Dear, I Will Never Leave You". 



Selain medal ada t-shirtnya yang designnya sama dengan medal. So comel. Warna kuning memang oustanding lah! 

depan t-shirt
belakang t-shirt

VR Shutter Speed 2018


Anjuran BeeStorm virtual run sejumlah 55KM. Sis dedikasikan larian ni kepada hobi sis. Ambik gambar dan bergambar.


Untuk menghabiskan larian ni hazab uols. Sebab 2 minggu skip berlari ada intensif latihan tarian, makanya sangat la kelam kabut menghabiskan larian di saat-saat akhir bulan. Mujur berjaya.



Kalau korang pandai adak-agak inspirasi kamera model apa medal ni?

VR World Challenge 2018 : Thailand



Another series dalam World Challenge Run, Thailand! Pendaftaran di bawah anjuran Move On Run. Macam biasa rekod larian di aplikasi mereka. Yang kali ni pun sis ambik medal je. Bulan Julai memang huru-hara menamatkan larian sampai lupa nak print screen record tamat larian. Pfftt. 



Medalnya cantik bercorak gajah dan juga headgear pakaian diraja Thailand (kalau silap tolong betulkan saya). Di bahagian belakangnya pula corak teratai. Very the Thailand. Larian under MoveOn ni buat saya feeling travel around the world pulak.


VR Run In The Sun


Tema yang Any Race bawa kali ni buat sis terbayang Hawaii je. Tak beragak ko kan... Duduk kat kampung terbayang Hawaii. Laut terdekat pun still kategori jauh dari tempat sis.


Larian yang ni pun hujung-hujung bulan sangat dah baru dapat menghabiskannnya. Hazab! Yang penting selesai tidak burn ye. Dan medalnya sangat rare. Haaa


T-shirtnya warna oren striking. 5 batu orang boleh nampak ni. Bukan warna sis, tapi design t-shirt yang menarik.

My Own Bakes


Calling all sweet tooth like me! Ni ha ada tempat makan kek yang best ni. My Own Bakes yang letaknya di Eight Kinrara Puchong. Everyday buka tau. 10 pagi hingga 10 malam kecuali Ahad buka dari 12 tengahari sampai 8 malam je.


Suasana dalam dia selesa sangat. Santai je. Masa kami datang tu tak ramai orang. Bukan peak hour kot.


Di sini banyak pilihan kek dan pelbagai jenis minuman. Ahhh senang kata korang pilih aje la ikut kesesuaian tekak.


Untuk saya sendiri, saya pilih pandan gula melaka kek. My JJCM partner pulak pilik scone set dengan americano.


Ohhh cookies ni dapat masa order coffee. Harga kek-kek di sini affordable dan keknya pun sedap! Must try siapa yang tengah mencari tempat-tempat untuk hilangkan craving makan kek.

VR Run For A Better Malaysia 2018


Proudly mendaftar untuk larian ni mendaftar di bawah anjuran Running Station. Larian sejauh 50.9KM kolektif ye. Sempena hari piliharaya 9 Mei 2018


Tapi sis tak ambik t-shirt dia. Tak berkenan pulak dengan designnya. Berkenan dengan medalnya je. Berjaya menyelesaikan larian di saat-saat akhir bulan okey. Medalnya agak cepat penghantarannya. Bravo!


Cantik dan ceria sangat medalnya. Bentuk belon panas. Warna bendera Malaysia. Berat boleh tahan juga. Padu.

VR Danang International Marathon Warm Up 2018


Bersempena dengan Danang Intenational Marathon. 42Race menganjurkan virtual run warm up dengan kerjasama Manulife. Sis ambik 5KM je. Macam biasa kita dapat E-bib.



Kena selesaikan larian dalam satu run, sis berjaya menamatkannya dengan jayanya. Bukan buat kerja last minit. Serik okey.

Medalnya tiba seminggu lepas larian. Fierce okey. Warna gold dengan naga sebagai karektor utama


Dan bahagian belakang medal ada gambar menunjukkan mercu tanda Danang, Vietnam. Sis belum sampai lagi ke Danang. Macam menarik pula. Okey, masuk wish list la.

7 Days, 7 Favourites