Another day another run. Gitulah. Again under Move On Run. Kali ni ke Singapura kita. Tak dapat berjalan-jalan ke Singapore, running tema Singapore pun okey juga. Sama macam larian yang lepas, kali ni pun saya pilih 20 KM, medal sahaja. Larian berjaya di selesaikan dalam 3 kali larian. Okey le tu.
Penafian
SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.
VR Donut Worry 2018
Sis teruja nak join under Running Station yang yang ni sebabnya medalnya cute sangat. Bentuk panda mutan donut! Larian perlu di buat sebanyak 33KM ye.
Berjaya juga selesaikan task macam biasa la ala-ala last minit gittew. Masa dapat medal terkejut jugak sebab boleh tahan besar medalnya penuh tapak tangan.
![]() |
| t-shirt |
VR Jurassic Run
Jurassic pun boleh. Haa tu yang geram sokmo mendaftar under 42Race ni. Memang tema dia kiut miut semuanya. Yang ini gigih la konon nak ambik 10KM. Aje ke giler terkena minggu sabtu kena kerja.
Demi sekotak cheesetart ku gagahkan jua menghabiskan 10KM! Mujurlah berjaya tanpa sebarang sakit kaki or sengal-sengal badan.
Macam biasala trademark 42Race, mesti dia bagi poskad tema sama dengan run yang kita join.
![]() |
| depan medal |
![]() |
| belakang |
VR Qixi 2018
Tak tau erti Qixi tapi macam sis terpikat dengan tema yang dibawa oleh 42Race ni. Daftar untuk 5km je. Since daftar awal dapat la free engrave nama pada medal. Sama macam larian-larian anjuran 42Race sebelum ni.
Nak jadikan cerita minggu larian Qixi ni sis demam la pulak. Demam on off pakej dengan selsema batuk tonsil. Lagi pulak dah lama tak berlari sebab ada training tarian. Makanya ala-ala berjalan aje la. Janji complete task.
Auntie Aini
Asalnya nak merayau ke Nilai 3. Lepas tu nak draw duit la, lapar la pulak lagi. Makanya masuk aje la pekan Nilai. Google tempat makan naik nama Auntie Aini Cafe. Tak pasal-pasal. Nampak pulak review kata si Gordon Ramsay dengan Anthony Bourdain pun pernah makan kat sini, maka marilah kita.
Cafe ni menyediakan parking yang selesa untuk pengunjungnya selain boleh parking di birai jalan.
Dan waktu operasinya kena perhatikan betul-betul ye. Kami memang bernasib baik sebab datang tepat pukul satu, dapat parking dan terus dapat tempat duduk since datang berdua je.
Haaa...ada buktikan orang berdua tu pernah datang ke sini. Well, cafe ni juga dapat certificate of excellence dari trip advisor. Ko hado? So, memang jadi tarikan pelancong dari luar la kalau dah dapat remark dari trip advisor.
Dan part yang paling best sekali, cafe ni dapat A dari segi tahap kebersihannya dari Majlis Perbandaran Nilai.
Jom la kita order. Agak-agak apa yang sis order?
First sekali haruslah order air. Haus giler. Cuaca pulak panas. Macam biasa, ice lemon tea for me & peach tea kot for my sis. Actually my sis order 2 gelas air yang sama hahaha
Kalau dah ke Negeri Sembilan, wajiblah makan masak lemak cili api. Kami pilih daging salai yang dicampur dengan pisang. As for orang pantai timur,masak lemak cili api di sini sedap dan tidak melampau pedas. Sis pernah makan masak lemak cili api di sebuah restoren popular di Seremban, tapi tahap kepedasannya perut tak boleh tahan terus cherry berry
Nextnya, mestilah sayur, pilih kangkung goreng belacan. Okey yang ni lulus cemerlang sebab kangkungnya tak terlampau layu dan masih rangup lagi.
Telur dadar is a must since lauk lain tidak la kami teruja sangat mengingatkan kat rumah mak masak gulai baung masak lemak (rupanya bila balik rumah tinggal kuah je! sedeyyyy)
Last sekali, desserts. Ingatkan nak try sago gula melaka, sekali tak de la pulak. Ambik la tapai ais krim. Tapai memang salah satu favourite sis. Makan pulak dengan ais krim time cuaca panas. Ya aulah, sedapnyaaaaa
Total damage kat sini ialah RM44.++. Lupa berapa sen tah. Jangan lupa bergambar-gambar kat sini, macam pergi Bali dah pulak rasa.
VR Jom Nasi Lemak
Demi sebungkus nasi lemak uols. Dah kenapa si Hippo tu pakai beg jenama H? Jeng jeng jeng...Well larian ni hanya sejauh 5.09 KM sahaja. Kenapa? Rasanya sempena pilihanraya lepas yang jatuh pada 9 Mei 2018. Larian di bawah Another Running Club. Penganjur yang suka buat tema-tema cute.
Lama tak lari. But mengenangkan perlunya turunkan berat badan dan fit, gagahkan diri la berpagi-pagian berlari separuh, berjalan sambil membawang separuh. Yang penting, done!
Another Running Club bagi E-Cert untuk larian ni. Makanya bertambahlah E-Cert sistur. Konon macam aktif sangatla bila ada sijil ni kan? Then its medal time. medal pun bentuk bungkusan nasi lemak la. Dah nama pun Nasi Lemak Run.
Selain medal. sis ambil t-shirtnya juga. Designnya cute. Bertambah koleksi t-shirt.
Subscribe to:
Posts (Atom)
7 Days, 7 Favourites
-
Sis kahwin dengan tentera. Sis asal dari pantai timur dan En. Husband dari utara. Both of us tak bermastautin di tempat asal masing-ma...
-
scene from video by Plan A Film Untuk nikah sis, buat di KL walhal kampung sis bukan di KL pun. Venue nikah yang di pilih ialah Mas...
-
Ada particular reason ke suka berjalan time autumn? Entah la Tapi kalau berjalan time summer baik berjalan dalam Malaysia je wey. Panas. K...
-
Yeehaaa merasa jua kakak nak attend messnite. Kali pertama encik husband ajak last minute nau. Maklum le jauh, mana boleh buat kerja la...
-
welcome to Istanbul Seminggu lebih kurang selepas pulang dari umrah pada akhir Februari 2013, adik saya menghubungi saya dan memaklumk...
-
Lama betul tak bersiaran ye. Bersawang blog hakak. Thank you yang masih sudi singgah dan ambil manfaat dari blog ni.Berita baiknya hakak bar...
-
Kuala Lipis. Salah satu daerah yang ada dalam negeri Pahang. Famous disebabkan oleh penyanyi pujaan ramai Siti Nurhaliza yang berasal ...












