Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Guten Tag!



Di Munich kami menyewa bilik di apartment Ms. Aglaia di 3rd Floor, Rupprechtstraße 1, München, Bayern 80636 Germany. Macam mana dapat sewa bilik di apartment ni? AirBnB la apa lagi. Kos menginap untuk dua malam ialah RM578 seorang. Mahal? Memang pun mahal sikit dari kebiasaan. Sebabnya kami datang masa Octoberfest! Tak perasan masa beli tiket kapal terbang. Youth Hostel yang terkenal tu pun letak harga berganda.

Kami tiba di Munich waktu malam. Menaiki subway dan turun di Station Mailingerstreet. Part paling sengal ialah bila kami nampak escalator tu dah off, dengan tegar angkat hand carry beg naik tangga. Nasib baik tak tinggi. Rupanya bila takde orang guna memang auto off. Tak pasal bersenam malam-malam. 

Dah keluar dari station subway tak tahu pula nak ke arah mana (walaupun ada map, maklumlah malam, letih pula tu). Nasib baiklah masa kami sampai tu tak sejuk sangat. Tanya orang kat station minyak pun dia tak tahu. Last-last masa tengah berdiri bawah lampu jalan, ada seorang awek German lalu. Terus tanya dia. Rupanya satu laluan jalan dengan dia. Follow ajelah.

Sampai depan apartment tak tahu pintu mana satu pula. Drama betul. Jumpa pintu tak tahu nak tekan butang mana. Terpaksa hubungi host. Macam biasa, tekan butang rumah yang berkenaan barulah pintu utama akan dibuka (kalau tiada kunci). Dah masuk bahagian dalam baru perasan apartment ni tiada lif. Huwaaaa tingkat 3!

NOTA
Jangan sesekali tekan butang sebarangan rumah kalau tak yakin rumah yang mana satu. Hubungi host.

Sambil gagah pikul begpack dan handcarry beg kami redha jelah naik tangga. Terdengar bunyi orang turun tangga dari atas. Rupanya host turun untuk tolong kami bawa beg. Sampai di rumah, host kami offer untuk buatkan kami air teh panas. Kami minta air kosong je. Penat! Kering tekak! 

Dah tarik nafas host kami menyerahkan kunci rumah dan memberikan beberapa pamplet. Menunjukkan tempat-tempat menarik yang boleh kami pergi serta nota berkaitan maklumat rumah. Semuanya telah tersusun kemas atas meja.

Selepas bertenang kami berbual dengan host dan katanya dia mengutamakan penyewa perempuan. Penyewa sebelum dan yang akan datang selepas kami juga perempuan. Bahagian paling menarik rupanya host kami ini juga traveller dan hiker. Siang sebelum kami sampai rupanya dia hiking di Banjaran Alps. Mau tak rasa jealous bila dia tunjuk gambar-gambar dia, dan rakan-rakannya di Alps. Cantik sangat weh. 

katil kami. comforter yang fluffy sangat 
rak untuk meletakkan barang dan cermin panjang. bilik gugurl sangat kan? yang bertutup putih tu tingkap
sofa pun ada
tv pun ada

rak untuk gantung baju
kerusi yang akhirnya jadi tempat letak barang
luaskan?

Okey tadi dah tengok macam mana dalam bilik kami kan? Jom tengok dapur pula. Apartment di sini agak kecil jadi dari pintu masuk hanya ada hall laluan. Di sebelah kanan adalah bilik kami dan host. di sebelah kiri tandas dan dapur. Walaupun tak de gambar bilik air di sini, nak cerita jugak yang bilik air di rumah ni luas dan selesa.

meja makan
sofa untuk duduk

Since dapur agak luas, host kami juga menjadikan dapur sebagai ruang tamu dan tempat makan. Yang saya perasan kalau di Eropah masyarakat di sini gemar kepada sparkling water. Host kami siap ada mesin lagi. So boleh minum air gas di rumah. Air kosong boleh diambil terus dari paip. Panas atau pun sejuk.

dapur. mesin tinggi yang dekat dengan cerek merah tu lah untuk letak gas dalam air 
dekorasi di dinding

Paginya bila kami keluar baru perasan kejiranan di sini memang sedikit sunyi. Host pun ada bercerita yang kejiranan di sini selamat. Jiran-jiran juga baik. Kalau tak silap ingatan, host turut menyenaraikan nama jiran tetangga untuk kami sapa jika terserempak.

pemandangan dari bilik. bangunan apartment kami lebih kurang macam ni

Kami tinggal di sini hanya dua malam sahaja iaitu malam sampai dan esoknya. Hari seterusnya kami check out tetapi minta izin host untuk tinggalkan beg-beg di rumahnya kerana kami akan ke Fussen dan mungkin balik lambat.

NOTA
Sekiranya host izinkan untuk check out lewat atau izin tinggalkan beg, pastikan telah kemas bilik dan kemas beg sebelum ditinggalkan. Mungkin ada penyewa lain yang patut masuk selepas kita check out. Setidaknya host boleh ketepikan barang kita tanpa bersusah payah.

Kami tiba di rumah dari Fussen lebih kurang pukul 8.30 malam untuk ambil beg dan gerak ke stesyen bas untuk ke Ljubljana, Slovania. Fair enough, ada penyewa yang akan tiba malam itu. Nasib baik kami memang dah kemas bilik dan beg kami pagi sebelum keluar rumah. Host kami pindahkan beg-beg ke dapur dan dia memang baik hati benarkan kami berehat, bersiap di dapur (siap kunci pintu lagi) dan buat air bagai. 

Host juga sempat bagitahu kami supaya naik tram untuk ke station bas kerana hentiannya lebih dekat. Memang pun, ada la 150 meter dari tempat turun tram ke Munich Central Bus Station.

wefie dengan host kami sebelum gerak ke Ljubljana

Pro
1) Sesuai untuk traveller perempuan.
2) Hanya kita yang menyewa bilik dalam satu masa.
3) Host bertimbangrasa, boleh tinggal beg di rumah walaupun dah sepatutnya check out (bas kami tengah malam)
4) Dekat dengan subway station
5) Dekat dengan tramp stop 
6) Tak jauh dari Munich Central Bus Station

Contra
1) Tiada lif

Recommend?
Kalau korang adalah traveller berjantina perempuan dan tiada masalah lutut, saya sangat syorkan untuk menginap di sini. Selain host sangat attentive kepada kami, kejiranan juga tenteram sangat.

Komen dari host


***detail kos euro trip 

3 comments:

7 Days, 7 Favourites