Macam mana nak sebut Ljubljana? Ada ke tempat nama macam tu kat peta dunia? haaa gitu la feedback yang saya dapat bila bagitau kawan-kawan saya nak pergi ke tempat nama Ljubljana.
Ljubljana adalah ibu negara Slovenia. Slovenia pernah dengarkan? Ljubljana di sebut sebagai Liubliana. Lee-yub-lee-yana. Trust me, orang-orang Ljubljana ni cantik-cantik dan handsome-hansome! Masing-masing macam turun dari runaway fashion show. Maybe tak ramai pendatang di sini, so kita boleh tengok rupa paras or feature mereka yang belum bercampur. Nah bukti hahahaha
Kami tiba di Ljubljana dari Munich awal pagi gelap buta dalam pukul 4 pagi lebih kurang. Since masih terlalu awal pagi, kami bercadang untuk berehat dulu sebelum gerak ke apartment kami. Dari stesen bas di seberang jalan kami nampak beberapa kedai makan yang masih beroperasi. Kami pilih untuk minum dan sarapan (or lebih tepat sahur?) di Restoren Ajda.
senarai menu yang ada |
close up sikit senarai menu |
Kami pilih burek, rasanya macam sesuai aje nak makan time waktu sahur macam ni. Harga pun murah je €2. Burek yang ni berperisa keju. Rasa burek seperti roti canai yang gebu dimakan dengan keju. Keju di Slovania disebut sebagai Syr (siir). Burek juga merupakan makanan tempatan paling popular di negara-negara Balkan.
Burek |
Kebanyakan negara-negara yang saya jejak kaki, kita yang makan, kitalah yang kena bersihkan sisa makan kita. Tray perlu diletakkan dalam raknya dan pekerja di restoren akan membuat pembersihan dari situ. Jangan kita tunjuk lagak diva ye. Amalan yang baik kita contohi dan boleh amalkan di tempat kita sendiri pulak.
rak untuk letak tray |
Sama seperti di Munich, di sini kami juga memilih untuk mendapatkan khidmat Free Walking Tour. Tempat berkumpul adalah di Preseren Square. Dataran yang merupakan landmark bagi Ljubljana.
Di sini jugalah letaknya Triple Bridge yang menjadi mercu tanda bandar ini. Mampu? Tiga jambatan sekaligus letak berderet. Semualah nak guna jambatan ni. Yang jalan kaki, bas, naik basikal, performer pun ada jugak atas jambatan ni.
Preseren Square atau Dataran Preseren merupakan tempat paling ramai orang berkumpul. Apa yang ada di dataran ni? Antaranya adalah Franciscan Church yang berwarna salmon pink. Tapi, yang paling menonjol haruslah patung penyair terkenal di sini France Preseren bersama musenya.
Peliknya patung ni, gadis yang ada bersama France Preseren ni bukanlah kekasih dia. Mana awek dia? Nun jauh di sana, bangunan yang terletak bersetentangan dengan patung penyair ini letaknya wajah Julija Primic. Pujaan hati sebenar, dan juga wanita yang menjadi sumber inspirasi puisi-puisi France Preseren. Cinta terhalang uols. Mak Julija tak berkenan dekat France.
France Preseren & his muse |
Julija Primic |
Selain dari dua perkara tadi tu, ada juga Hauptman House, bangunan lama yang mempunyai rekaan unik dan menarik.
Di Ljubljana ni banyak betul jambatan. Jambatan-jambatannya popular pulak tu. Jambatan pertama yang kami singgah ialah The Butcher Bridge. Jambatan ini terletak berdekatan dengan pasar. Pada suatu ketika merupakan laluan dan juga tempat berjual penjual-penjual daging.
Sekarang banyak perkara menarik berlaku atas jambatan ini. Sebahagian lantai jambatan ini adalah telus pandang. Jambatan ini jadi tempat letak "love locks", malah terdapat patung-patung unik ada di sini.
Adam & Eve. Dua-dua bangunan putih tu pasar |
atas jambatan. tengoklah lantai dia |
kerang-kerangan dan ikan berlatar belakangkan pasar |
satyr |
Jambatan seterusnya adalah jambatan yang mempopularkan Ljubljana dengan lagenda naga iaitu Dragon Bridge. Banyak versi kisah naga dan Ljubljana tapi yang paling popular ialah terdapatnya pertarungan sengit di atas jambatan ini di antara naga dan juga Jason. Kisah mitos yang paling popular kiranya.
nak ke dragon bridge laluan ni nampak belakang pasar |
dragon bridge dari jauh |
Dari Dragon Bridge kami gerak pula ke pasar. Di sini kami diberi peluang mencuba lobak dan lobak putih jeruk. Makanan warga Ljubljana di musim sejuk suatu masa dahulu (masih di makan hingga kini).
tour guide kami sedang dapatkan jeruk dari peniaga pasar |
Masa jalan kaki ke Cathedral St Nicholas, saya terpikat sungguh dengan bunga-bunga yang dijual. Gubahan pun ala musim sejuklah. Mode jiwang on.
Apa yang menyebabkan gereja ini menarik ialah rekaannya. Kubah hijau, dengan pintu masuk yang mempunyai 1001 kisah tersendiri serta dalamnya di reka dengan rekaan baroque.
Cathedral of St Nicholas |
pintu masuk dengan 1001 kisah di Ljubljana |
siling gereja |
Dari gereja ni kami gerak lagi ke Town Hall. Tak tahulah kenapa sepanjang trip ni saya suka benar mencari Town Hall. Di setiap negara pulak tu. Landmark yang paling senang cari agaknya.
Berdekatan dengan Town Hall Ljubljana ni ada satu air pancur yang dikenali sebagai Robba Fountain atau pun The Fountain of Three Carniolan Rivers. Pada air pancur ni terdapat ukiran dewa-dewa sungai yang mewakili 3 sungai iaitu the Sava, the Ljublijanica dan the Krka.
close up Robba Fountain |
Lepas ni jambatan lagi. Lagi? Ye lagi ada jambatan. Dah kata tadi banyak jambatan di Ljubljana ni. Kali ni Cobbler's Bridge pula. Dulu-dulu mereka akan baling kasut biar tergantung pada wayar berdekatan dengan jambatan. Untuk luck katanya. Tapi masa saya di sini tak de pun. Mungkin telah dibersihkan.
Walaupun Ljubljana ni sebuah kota kecil yang merdeka sekitar tahun 1990-an tapi tidak menidakkan peluang pendidikan yang ditawarkan di sini. Okey, saya memang berkenan sungguh bangunan dengan rekabentuk lama. Macam dalam cerita fairytales la senang kata. Contohnya macam University of Ljubljana ni. Telah di tubuhkan tahun 1909 ye.
depan universiti. takde pagar pun ye |
National & University Library |
Cuaca tak berapa cantik di Ljubljana. Sebelah paginya kemain matahari memancar,langit biru. Naik tengahari hujan non stop sampai dah nak petang. nasib la ye. Dah musim luruh itulah adatnya.
Apa-apahal baik cari makan. Iye tak? Tak jauh dari Dragon's Bridge saya terjumpa dengan satu restoren halal. Itu pun ada local girl yang tunjuk. Seherezada. Yang menarik perhatian saya ialah menu Horse Burger. Burger kuda.
Teruslah saya tanya pada pengurus restoren tentang status halal burger kuda. Katanya "horse (sambil buat gaya sembelih di leher dia sendiri) but no Bismillah". Hahaha tak dapat makan burger kuda. Dia suruh makan burger lain je yang memang sah halal. Sudahnya saya pilih falafel. Eh, falafel kat restoren ni yang tersedap saya makan sepanjang trip ni.
Restoren ni kecil je. Ada la 3-4 meja. Biasanya orang take away atau di eropah mereka sebut to-go sahaja. Pengurus dan seorang lagi pekerja ramah sangat berbual dengan saya. Wifi pun ada di sini.
falafel dengan air anggur €4.5 |
Siap makan kita sambung aktiviti berjalan. Nak naik ke Ljubljana Castle pulak. Sambil jalan-jalan tu terjumpa dengan satu statue "WOW Ljubljana". Kalau tengok dalam IG Ljubljana, statue WOW ni agak baru diletak di sini.
Ljubljana Castle dari jauh |
Macam biasa, istana biasanya terletak atas bukit. Untuk naik ke istana ni kena naik furnicular dengan bayaran €4.
Nampak kangaroo? |
dalam funicular |
Tak ramai pengunjung di istana. Mungkin hari sudah lewat petang. Tak lama lagi waktu lawatan pun nak habis. Ljubljana Castle ni ringkas je rekaannya. Actually ada juga muzium dan restoren di sini.
Balik dari istana kami singgah disebuah cafe berhampiran dengan tempat tinggal kami sebelum balik ke rumah. CENIK nama cafe ni. Banyak cafe yang kami jumpa sepanjang berjalan-jalan di Ljubljana. Warga tempatan gemar minum kopi. Saya pun nak juga. Tak tahu nak pilih apa, saya ambil jalan selamat pilih kopi je untuk diri sendiri.
NOTA
Kopi o di kenali sebagai kava. Kopi pula kava z mlekom.
kava z mlekom. coffee with milk |
Sedap tau kava z mlekom di Ljubljana. Memang kaw. Dua kali la merasa saya order di dua cafe yang berbeza. Jenis air je sama. Siapa datang ke Ljubljana mesti cuba okey? Dah malam kami sampai ke rumah teruja untuk ke Bled pula!
No comments:
Post a Comment