Menginap di hotel ni memang betul-betul nasib. Boleh pulak tersalah beli tiket bas dari Ljubljana ke Vienna. Sudahnya memang salah book penginapan la kan. Tak pasal. Mujur boleh return semula bayaran. Dapat beli tiket bas baru. Yang problemnya penginapan. Nasib baik dapat hotel ni. Mahal pun mahal lah. RM248 seorang semalam. Kira satu bilik RM496. Nak buat macam mana. Dah tersilap.
Starlight Suiten ni merupakan hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Renngasse, 01. Innere Stadt, Vienna, Austria 1010. Sepelaung je dari Wien University. Station UBahn yang terdekat adalah Schottentor.
Kami tiba awal pagi jadi tak boleh check in lagi. Yang paling best staff hotel benarkan kami tinggalkan beg terlebih dahulu sementara kami pergi berjalan-jalan habiskan masa tunggu waktu check in. Manager hotel juga sangat peramah bagi tip dan bagi info tempat-tempat terdekat yang kami boleh spend time.
Antara tarikan yang terdekat dengan ialah Anker Uhr (stunning clock) dan Romermuseum (Roman Museum). Saya tak masuk pun muzium tapi terus pergi sarapan di Aida's Bakery. Hard Rock Cafe dan Starbuck juga berada berdekatan. Bukan tahap dekat lagi dah, HRC depan Aida's ni, Starbucks pulak selang satu kedai.
Sampai waktu check in balik la semula kami ni ke hotel. Jom tengok bilik kami yang besar, luas lagi superb tu.
gula |
Kalau ada budget lebih saya memang rekemen korang menginap di hotel ni.
Pro
1) Tengah bandar
2) Dekat dengan restoren seafood (Nordsee)
3) Dekat dengan Stephanplatz, Strabucks & Hard Rock Vienna
4) Dekat dengan pelbagai bakery
5) Berdekatan dengan tram dan train
6) Dekat dengan Wien University
7) Manager & staff sangat peramah & helpfull
8) Pihak hotel benarkan kami tinggalkan beg sebelum check in & selepas check out
Contra
1) Pricey
***kos euro trip
No comments:
Post a Comment