Hey orang-orang Temerloh, yang balik ke Temerloh, yang makan angin ke Temerloh, yang jjcm di Temerloh, siapa yang teringin nak makan boat noodle tu apa kata pergi ke Nazan's Corner. Landmarknya yang amat la senangnya. Betul-betul depan hospital. Kena masuk simpang hala ke hospital tu la. Dibuka dari pukul 6 petang sampai 11 malam. Dari hari Ahad sampai Jumaat. Air masak disediakan percuma.
Harganya pun munasabah. RM1.50/mangkuk. Boleh pilih either nak mee atau mihun. Bebola ayam atau daging. Saya sendiri cuba dua-dua jenis bebola. 4 mangkuk tau. Punyala lapar. Mangkuk kecik ye, bukan mangkuk besar. Saya lebih suka bebola daging. Nyummmsss
Selain dari mee dan mihun, menu lain di Nazan's Corner ni ialah char kuey teow. Biasa RM5 dan special RM7. Char kuey teow pulak saya cuba yang special. Sedap boleh tahan wey. Bukan saya makan sorang tau. Yang ni share dengan Didie. Jom makan.
good food great company |
No comments:
Post a Comment