Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

From Raub to Ipoh

baru pasang I ❤️ Cameron Highlands uols (side ke Raub)

Hari tu kakak dan family pergi vaccay.Kira macam family day sebab semua dapat attend kali ni, termasuk husband kakak. Kami gerak 3 kereta. Parent kakak gerak dari kampung dan bergabung dengan kami gerak dari Raub, satu gerak dari Shah Alam dan satu lagi gerak dari KL. Hala tuju kami ialah Ipoh. Kami gerak melalui Cameron dan akan jumpa dengan dua group yang lain di homestay.


1) Kea Farm & Puku Cafe


First pit stop sampai di Cameron ialah Kea Farm. Sebab mak yang nak pergi holiday so kita pun pergi tempat yang dia nak singgah la. Kat sini mak cari kacang pool. Bukan Kacang Pool Haji tu tau. Ni raw kacang pool. Rebus, makan macam kacang tanah. Tapi kat sini diaorang letak nama kacang tanah Cameron.

Tu aktiviti mak. Untuk hakak pula, singgah ke Puku Cafe, tepi jalan je uols kat area Kea Farm tu. Beli aiskrim. Homemade. Tempat sejuk ko beli aiskrim kan? RM5/sebatang. Hakak pilih perisa strawberry je. Matching dengan tema kakak on that day. 

Btw, punya la sejuk Cameron masa hari kami sampai ni. Dari dekat sign yang gambar atas sekali tu pun dah sejuk. Padahal kira dalam +-15 minit lagi nak sampai Ringlet. Angin tak payah cakap la. Menderu. Merah la telinga husband hakak menahan sejuk. Kabusnya lagi. Betul-betul feeling Cameron. Kalau tak, hmmm sendu.

NOTA : keledek manis lagi murah dekat gerai baru yang dekat parking lot tu


2) Ladang Teh

Apa barang datang Cameron tak jejak kaki ladang teh kan? Memandangkan kami nak ke Ipoh, so kami pilih untuk stop di Bharat Tea House #3. Yang dekat Kuala Terla. Yang ni lebih mesra pengguna. Ladangnya tepi tempat parking kereta, dan masuk tu terus je bahagian ladang yang landai. Tak payah turun naik bukit kalau tak nak or tak mampu.

Selain feeling shantek berposing di ladang teh yang kehijauan kontra dengan kakak yang bertema pink, kakak juga paksa husband kakak yang tak minat bergambar tu, berposing jua dengan kakak. Parent kakak awal-awal pergi cari meja kerusi nak lepak minum. 



3) Scone

RM16/set


Kat sini hakak order set strawberry scone dengan teh tarik. Hmmm...sedap sangat bau dia. Wangi baunya lebih dari scone yang biasa. Size pun lagi besar. Hangat-hangat camtu makan dengan butter, jem strawberry dan krim, wallahhh. Ni makan kongsi je. Hala balik singgah jugak lagi kat sini, abah mintak scone biasa pulak. Regular scone RM14/set. Pun besar, abah mampu makan seketul je. Lagi satu hakak dan hubby kena habiskan.



4) Kellie's Castle


Keesokkan harinya kami ke Kellie's Castle. Dalam 20 minit je dari rumah. Ini second time untuk kakak dengan husband. Ada ruang parking dengan bayaran RM2 je dan tiket berharga RM5 untuk warganegara. Bawa IC okey? Alhamdulillah cuaca cantik.

Kalau tak nak explore istana nak buat apa? Ada tempat duduk korang boleh tonton video tentang Kelli's Castle ni, kedai jual makan minum, kedai cenderahati, tempah lukisan karikatur, ada buskers. Parent hakak memang tak naik la istana, faktor usia. Tapi dia orang berdua sangat la enjoy duduk dekat bawah, sambil minum tengok video sambil layan busker.



5) Adily Catering 


Keluar dari Kellis Castle pun hari dah betul-betul tengahari. Kami terus ke Adily Catering. Lunch. Restoren ni dekat kawasan perindustrian Gopeng. Tak jauh la dari Kellies Castle pun.


Ya ampunnnn....banyaknya pilihan makanan kat sini. Hakak sampai lupa nak ambik gambar sebab terliur sangat dengan tak tau nak pilih lauk apa. Kerabu kat sini macam-macam jenis. Kerabu mangga, kerabu tougeh, sayur, segala ulaman, lauk jenis bakar, berkuah, ehhhh pendek kata memang tak keruan la kami semua. Yang penting sedap ye. Total hangus kat sini RM97 satu family.


6) Stesyen Keretapi Ipoh


Akak memang teruja bila mak ajak pergi ke stesyen keretapi sebab kakak tak pernah pergi tau. Tengok kawan-kawan kat Ipoh berposing time raya, time wedding, tengok dalam movie cerita "Rock" Mamat Khalid tu je la. Memang cantik uols. Memang bangunan bersejarah. 


Rasanya Majestic Hotel ni dalam renovation nak buka semula. Uish kalau la dia buat decor style zaman-zaman dulu jugak. Perghhhh memang letops la. Nostalgia habis.


paksa all my sibling catwalk berjemaah hahahah


7) Dewan Bandaran Ipoh


Seberang jalan stesyen keretapi pulak ada Dewan Bandaran Ipoh a.k.a Town Hall. Gah uols binaannya. Colonial style. Hakak memang suka. Cantikkkkkkk. Dulunya pernah digunakan sebagai pejabat pos dan kemudiannya ibu pejabat polis. Sekarang ni digunakan untuk event.

8) Lost World of Tambun



Then kami singgah ke Lost World of Tambun. Dalam gambar macam tak de orang kan? Padahal....Masa ni cuaca panas yang teramat sangat plus langit dah start menunjukkan tanda nak hujan. Tak berkesanggupan pula masing-masing nak berlama-lama kat sini, makanya kami terus gerak ke rumah pakcik yang tak jauh dari sini. Btw, siapa yang bercadang nak masuk ke sini, ni entry price listnya.



9) Nasi Lemak RM1


Dekat dengan homestay kita orang duduk di Taman Rapat Setia Baru time pagi ada gerai-gerai orang jual sarapan. Ada nasi lemak RM1 yang sedap! Tak kedekut uols. Tengok la bagi telur dadarnya. Bukan size simkad ye. Sedap pulak tu. Kalau korang stay area Gunung Rapat boleh cari sarapan kat sini


10) Limau Bali Tambun


Last but not least, kalau ke Ipoh tak sah kalau tak beli limau bali. Nak mudah, beli dekat Hentian Tambun. Ada dua jenis yang merah dengan yang putih. Pilih la yang korang suka. Sedapnya makan limau bali baru keluar peti ais. 





No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites