Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Nasi Kerabu Mek La


Masa nak balik Raub lepas malam sebelumnya attend dinner, hakak ajak Kak Lina breakfast nasi kerabu viral, katanya paling sedap and famous di Kuantan iaitu Nasi Kerabu Mek La. Mujur la Kak Lina ni tak memilih makan. Senang nak ajak JJCM. Kira geng menternak lemak la jugak.


Nasi Kerabu Mek La ni letaknya di Sungai Isap. Jalan ke Permatang Badak. Di laluan tu juga ada a few kedai-kedai makan favourite family hakak tiap kali balik ke Kuantan. Dari jauh nampak macam kenduri dekat Mek La ni. Perghhh!! Ingatkan datang pukul 10 pagi orang dah reda. Tak de maknanya. Menderu umat manusia. Barangkali penangan hujung minggu tu yang manusia meremut.Tapi yang bestnya walaupun laluan ke restoren ni di jalan kecik je, tapi disediakan kawasan parking yang luas. Mungkin ini salah satu tarikan utama orang datang ke sini.


Ada macam-macam makanan ye di sini tapi yang paling famous haruslah nasi kerabunya. Macam-macam lauk korang boleh partnerkan dengan nasi kerabu. Sambil menunggu giliran bukan main terliur tengok orang line depan duk pilih.


Tu dia pinggan meols dan Kak Lina. Penuh uols. Bezanya  Kak Lina ambil ICT, hakak ambik solok lada dengan UCT. Duk kata banyak sangat ni, cehhh tetap habis ko. Sampai ke malam kenyang. Air kami ambil mangga blended aje. Malas pikir. Total damage dalam RM23 untuk dua orang.

NOTA
ICT - ikan celup tepung
UCT - udang celup tepung


Yang bestnya, rupanya ada persembahan dari kumpulan Rabbani and the geng. Mujur tak duduk meja paling depan. Selaku spesis mudah terhibur, kami memang enjoy. Siap rakam dan nyanyi sama-sama lagu Pergi Tak Kembali. Otw, perjalanan balik paling sengsara menahan ngantuk kekenyangan. Herghhh.



No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites