Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Puja Delima


Sepanjang musim Covid 19 kakak develop satu habit yang lama dah ditinggalkan iaitu membaca novel. Pilihan kakak genre seram wakakaka. Makanya kakak join Kelab Cerita Hantu Malaysia, Arkib Anker Negara dan Fiksyen Shasha untuk feed ketagihan kakak pada serita seram, mistik dan seumpama dengannya.

Dari banyak-banyak cerita, kakak melekat dengan tiga cerita bersiri. Satu kisah benar bertajuk Mak Teh, satu kisah inspirasi dari kisah benar bertajuk Cinta Sang Iblis ~ Ramona dan satu lagi fiksyen berasaskan research iaitu Puja Delima. Btw, kakak berkenan sangat dengan cerita Moyang, tak pasti kisah benar atau fiksyen. Lama juga dah siri Moyang dalam Fiksyen Shasha.

Berbalik pada tiga siri kegemaran kakak, kakak agak obses dengan cerita-cerita dari ketiga-tiga penulis hingga mengakibatkan berlaku sedikit gangguan. Teeettttt start dah Cik Fariha masuk alam angker. Setelah kakak baca dalam group, tentang komen pembaca lain serta kenyataan dari penulis, kakak rasa gangguan datang dari siri Cinta Sang Iblis.

Antara gangguan yang kakak lalui ialah ketika hampir terlelap (masa ni belum baca Fatihah & Ayat Qursi baru nak pusing-pusing badan ambik angle best atas katil) ada suara yang menyergah kakak. Sergah manjahhh je. Suara lelaki. Mujur masa tu suami ada kat rumah. Kejadian kedua berlaku ketika masa nak tidur juga, kakak rasa tapak kaki kakak di gores dengan benda tajam macam kuku panjang gitu. Mula-mula ingatkan tergesel dengan selimut tapi tak selimut kaki, lepas tu fikir kot nyamuk, tak kan nyamuk gigit bergerak dari atas ke bawah lebih kurang camtu. Masa kejadian pun suami ada di rumah dan lampu bilik je tutup, luar bilik masih terang. Means bilik kakak pun masih agak terang. Bila jenguk kaki tak de pape. So baca Al Fatihah dan Ayat Qursi berulang-ulang kali je la. Selain dari dua kejadian ni tiada gangguan lain.

Habis siri Mak Teh dan Cinta Sang Iblis, kakak still follow Puja Delima. Then penulisnya, Suzy La umumkan akan sambung cerita dalam novel pula. Bila keluar senarai harga, kakak agak terkejut, maklumla lama tak beli novel. Setelah baca penjelasan penulis kakak pun join the bandwagon order novel ni.

Apa sebab kakak gigih follow Puja Delima ni? Selaku remaja purba yang dilahirkan dan membesar di era sastera kakak sangat hargai cara Suzy La menulis. Bila tiba part istilah tertentu yang kakak sedia maklum dan tahu, kakak mula sedar yang Suzy La bukan buat cerita hentam keromo. Dia study. Kakak support penulis macam ni.

Dan, Alhamdulillah. Kakak secara rasmi merupakan pemilik batch pertama Puja Delima. Tahniah Suzy La. Kakak quotes di sini sinopsis kisah Puja Delima.


Wirda yang kecewa akibat putus cinta telah membawa diri ke Bali untuk melancong seorang diri demi mengubat hati dan jiwanya yang lara. Tanpa disengajakan, sewaktu di pantai dia telah mengutip dan membawa pulang seutas gelang delima merah yang berpenunggu.
Si penunggu yang jatuh cinta pandang pertama memperkenalkan diri sebagai Dante. Pada mulanya Dante hanya sekadar hadir menunjukkan diri di dalam mimpi, akhirnya menjelmakan diri menjadi lelaki tampan yang menemani Wirda setiap malam.

Setelah bertahun-tahun berdamping bersama, dicintai dan dimanjakan oleh Dante akhirnya Wirda tersedar bahawa dirinya hidup dalam keadaan tidak normal dan mula mencari jalan keluar untuk melarikan diri dari cinta Dante yang tiada hala tuju.
Kehadiran Fahdi yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Wirda dari zaman universiti telah membuka matanya untuk berubah. Akhirnya mereka disatukan sebagai suami isteri yang sah. Namun sikap Fahdi yang cemburu buta menyebabkan Wirda kembali merindui perhatian yang diberi oleh Dante.

Setelah sekian lama memujuk dan mencuba, akhirnya Dante berjaya membawa Wirda ke alam astral dengan kerelaannya. Fahdi bersama Ustaz Jamal yang merupakan kenalan keluarganya cuba menjejaki Wirda yang di sembunyikan dan lupa kepada asal usulnya.

Kedatangan Wirda ke alam astral tidak di sukai oleh golongan jin pendengki yang diketuai oleh Ratu Inanna dan sekutunya yang melakukan pelbagai perkara untuk mengusir Wirda dari alam mereka. 

 

“Gelang delima itu telah aku berikan kepada Wirda sebagai mahar cintaku kepadanya. Aku jatuh cinta kepadanya dari mula aku terpandangkan dia. – Dante

 

“Dia sudah lama tidak mengangguku. Aku yakin dia sudah menjauhiku. Ustaz Jamal berpesan agar aku jangan tinggal solat dan teruskan berzikir. Mungkin kerana itu dia tidak lagi cuba menghampiriku seperti dulu. Aku kuatkan semangat. Dante sudah tiada. Bagaimana boleh 10 tahun aku hidup dengannya? Siang bekerja, malam bercinta dan dipeluk syaitan. Kehidupan apa begitu?" – Wirda

 

"Allah je yang boleh bantu Di dan Wirda sekarang. Ustaz Jamal pun bukan tak buat apa-apa, dia dah banyak tolong Di. Sekurang-kurangnya Di tahu Wirda masih hidup. Di akan tunggu dan berdoa moga Allah mempermudahkan semua dan izinkan Wirda balik dengan selamat. Di tak sanggup nak tengok Wirda jadi gila mak. Mungkin Allah nak Di belajar bersabar menunggu Wirda. Mak doakan kami ya.. " – Fahdi

 

“Kau buat dia lupa tempat asalnya. Kau padam ingatannya terhadap perkara lalu. Kau buat dia bergantung hidup kepadamu. Kau kurung dia di istana itu sedangkan kau tahu dunia kita tak sesuai dengannya. Itu yang kau namakan cinta? Kalaulah ingatannya pulih semula dan dia mahu pulang, bagaimana? "- Ratu Inanna

 

Dapatkah Wirda mengatasi ancaman dari golongan jin pendengki?

Berjayakah Wirda diselamatkan oleh Fahdi dan Ustaz Jamal kembali ke dunia manusia atau terus tenggelam dalam ombak cinta Dante yang tiada sempadan?

 

No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites