Sempena boleh merentas negeri teruslah keluarga kakak merancang percutian famili memandangkan tak dapat lagi berkumpul serentak tahun 2021. Mak kakak nak bercuti ke tempat sejuk memandangkan kita di landa musim panas sebelum tu. Maka kami sebulat suara setuju untuk bercuti di Fraser Hills je. Ye, tak keluar daerah la kakak, kerana memang kakak tinggal di Raub. Syukur Alhamdulillah semua dapat join.
balkoni yang sangat luas, majoriti akan buat makan-makan or bbq di sini |
Setelah adik kakak duk survey, kebanyakkan tempat penginapan telah penuh dan tak sesuai dengan bilangan ahli keluarga kami. Kami avoid penginapan yang perlu menaiki tangga yang banyak berdasarkan keadaan emak. Mak cadangkan duduk di The Pine's Resort based on memorinya zaman selalu datang berkursus dulu.
The Pines Resort
Jalan Pecah Batu
49000 Bukit Fraser
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-362 2288
di ruang tamu |
ruang tamu |
Dengan tawaran lebih kurang Rm180 satu rumah with tiga bilik dan setiap bilik memuatkan dua katil bujang, adik telah buat tempahan dua rumah untuk dua malam melalui Agoda ke Booking ntah dengan penuh panik, takut kena scam sebab murah sangat. Siap call ke pihak resort untuk comfirmation. Nasib betul, bukan scam.
ruang makan |
dapur |
Ada tiga bilik dalam setiap rumah. Satu master bedroom dengan attached bilik mandi. Dua bilik lagi boleh kongsi guna bilik mandi/toilet satu lagi. Jom tengok bilik-bilik pulak.
master bedroom |
attached bathroom |
bilik no.2 |
bilik no.3 |
another bathroom |
Btw, untuk kaki iron seperti kakak, korang kena ke receptionist untuk dapatkan iron board dan iron ye. Kena angkut sendiri yach! Pihak resort juga menyediakan servis sewa basikal, karaoke selain board games, carrom, congkak yang kita boleh main di foyer main building.
Resort ni juga pilihan banyak agensi kerajaan/perbadanan/syarikat untuk buat kursus atau pun famili day memandangkan resort ini mempunya kemudahan restoren dan dewan yang bersesuaian. Masa kami datang ni ada satu company buat family day kot. Non-stop berkaroke dari petang sampai malam. Paling lawak punya la banyak lagu dia orang menyanyi sampai tahap keluar lagu zaman dulu kala, walaupun lagu dalam bahasa cina, hakak siap boleh nyanyi la intro lagu tu
Apa aktiviti kami? Takde apa. Mak dengan adik dah masak siap-siap dari kampung so makan je lauk apa yang ada. Lepas tu buat oden. Makan lagi. Potong kek sempena birthday my 3rd sister. Borak-borak dalam suasana yang nyaman.
Nak jadi cerita, tiba-tiba ada orang datang ketuk pintu. Apakah! Lain la kat rumah, rupanya ada Treat or Trick! Jiran dari tingkat berapa tah datang bagi gula-gula in Halloween costume! Maklumla la kebetulan minggu tu minggu Halloween. So cute. Cik Tijah menjerit ketakutan. Lepas dah pujuk-pujuk baru la dia ke depan ambik lolipop. Dia kata dia takut "alowin yang muka putih" hahahahha dia takut No Face.
Dan, selepas itu. Ada lagi kejadian. Hujan la pula walaupun tak lebat tapi guruh dan kilat menyambar sampai tahap dengar bunyi letupan kuat. Blackout! Blackout ramai-ramai apa nak takut. Suasana sejuk pulak tu. Lainlah kalau blackout kat rumah sendiri. Panas berkepam jawabnya. Pihak pengurusan resort memaklumkan blackout berlaku di seluruh Fraser Hill dan menunggu pihak TNB dari Raub datang baiki. Sempat la bergelap beberapa jam.
view pagi dari balkoni, cantikkan? |
Ada orang pergi brisk walk |
breakfast by bonda tercenta |
Btw suasana di resort tenang je. Paling syok time lepak dekat balkoni tengok kabus turun. Mak kakak puas hati datang ke sini sebab dapat sejukkan badan, imbau kenangan kursus zaman jadi cikgu dulu dan spend time dengan anak, menantu,cucu semua. Dekat dalam town kemain hectic dan jem ye. Mujur la duduk jauh sikit. Aman.
Terakhir sekali sebelum berangkat pulang adalah sesi bergambar. Mujur tak payah pergi jauh port nak bergambarnya pun. Mak kakak tetapkan tema hitam. So pandai-pandai la masukkan elemen hitam pada pakaian masing-masing.
my parent |
me & En.Suami. gambar hari sebelum. hari kejadian tak mau bergambar berdua dah |
my siblings |
all of us |
NOTA
1) Kalau dapat dengan parent yang berumur/sakit lutut bagitahu pihak pengurusan siap-siap. Nanti dia akan arrange bilik yang paling rendah.
2) Bawa dapur outdoor sendiri. Baru boleh masak di balkoni.
3) Kalau tak biasa datang, sila makan ubat mabuk, standby asam dalam kereta
4) Jangan naik atau turun Fraser Hill dalam keadaan perut terlalu kenyang.