Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Little England

Walaupun famili trip kali ni, kakak tak keluar daerah, tapi famili yang datang ke tempat kakak, tetap nak feeling-feeling bergambar sakan. Ye la, tak rajin la kakak nak kerap naik ke Fraser Hill. So, ni antara tempat-tempat yang sempat kakak feeling-feeling sepanjang di Bukit Fraser, yang mula di buka since 1922 dengan tujuan awalnya untuk perlancongan para pegawai inggeris. Fraser Hill ini juga dikenali sebagai Little England.  

NOTA : nasihat kakak persediaan untuk naik ke Fraser Hill :- 

1) Sila sediakan/makan ubat mabuk (jalan macam ular kena palu)
2) Sediakan asam 
3) Sediakan plastik standby untuk muntah
4) Sila pastikan siap-siap isi minyak kereta samada di Bentong atau di Raub or mana-mana tempat. Tiada stesyen minyak di Fraser Hill ye. Worst case senario, boleh ke Kedai Makan Hamzah (terletak berdekatan dengan masjid) untuk mendapatkan minyak yang di jual dalam botol. 
5) TOLONG BUNYIKAN HON bila bermulanya kawasan berselekoh terutamanya di selekoh tajam (tak kisah naik dari side mana pun). Sangattttt banyak selekoh blind spot. Ramai penunggang basikal yang menunggang di tengah jalan, ada ramai penunggang motor layan corner, sangat ramai pemandu kenderaan yang tidak berpengalaman layan selekoh makan jalan kita.


Clock Tower

Kalau datang Fraser tak bergambar dengan clock tower ni, ertinya korang belum sampai Fraser. Clock tower ni adalah landmark Bukit Fraser. Terletak di tengah-tengah pekan Fraser Hill, mustahil untuk sesiapa yang naik ke sini tak nampak menara jam ni.



Puncak Lodge

Antara yang menarik di pandang berhampiran pekan Bukit Fraser adalah Puncak Lodge. Puncak Lodge berada di bawah pentadbiran Puncak Inn Hotel. Lodge ini boleh memuatkan sehingga 16 orang tetamu. Yang menarik kerana lodge berciri colonial ini terletak di tepi jalan sahaja, bertentang dengan balai polis.



Border Pahang - Selangor

Berhampiran dengan Puncak Lodge pula letaknya garisan sempadan negeri antara Pahang dan Selangor.  Lebih tepat lagi, sempadan daerah Raub, Pahang dengan daerah Hulu Selangor, Selangor. Haaa bukan selalu dapat berdiri atas sempadan ni ye.




Sport Complex

Sebagaimana namanya, komplek ini merupakan bangunan yang bukan sahaja menempatkan dewan, gym, sauna, snooker area, squash cort, akan tetapi juga menempatkan Bird Center (formerly known as Nature Adecation Center). Bird Center ni merupakan galeri yang menghimpunkan koleksi burung-burung yang pernah dilihat di sini. Masuk adalah percuma dan dibuka dari pukul 10 pagi hingga 7 malam pada hujung minggu. Kalau datang tengah minggu boleh hubungi kakitangan Puncak Inn kalau korang nak tengok galeri ni.

NOTA : setiap tahun (kecuali 2020-2021), Fraser Hill menganjurkan acara Bird Watching.


Selain itu laman Sport Complex yang dihiasi dengan bunga-bunga yang memang memukau mata memandang dan menjadi tumpuan utama pengunjung untuk bergambar, termasuk le kakak.




Down Memory Lane

Selaku pemegang nick name Little England, haruslah banyak bangunan-bangunan tinggalan era kolonial di sini, samada yang masih digunakan sebagai pejabat kerajaan, penginapan, restoren mahupun telah terbiar. Kakak tunjuk sikit la. Korang kena datang dan tengok sendiri. 

Balai Polis
tepi bangunan Pejabat Pos
Scott's Pub & Restaurant


Fraser Hill's Golf 

Bagi kaki golf pula di sini letaknya salah satu golf course yang tertua di Malaysia iaitu The Royal Fraser Hill Golf Club. Reception counter untuk golf ada di Sport Complex, padang golf pun memang letaknya di tepinya.


NOTA : 9 holes & buggy not available


Taman Lady Guillemard

Taman ini terletak di tepi jalan, juga di tepi Hotel Shahzan Inn. Since taman ni tidak termasuk dalam senarai taman awam, jadi kakak assume taman ini di uruskan oleh Hotel Shahzan Inn. Taman ni cantik dengan bunga-bunga hydrangea menjadi  tarikan utama.


NOTA : Masa kami menghala ke Glasshouse, ternampak makcik-makcik sedang mencuri (petik) bunga di taman ni. Tak tau malu ke? Bunga-bunga di taman ni tak tumbuh sendiri ye. Tak sempat nak teriak sebab kami dah pusing hala lain. Tak bagi berjalan selok nak berjalan, dah dapat berjalan buat perangai macam hape je.


The Glass House

Cafe ni agak baru di buka. Kalau tak silap sekitar tahun 2018. Kakak tahu pun lepas adik kakak sebut ada cafe ni dalam iklan Honda. Cafe ni menjual kek dan minuman dengan pilihan yang terhad serta pokok cactus. Environment sesuai untuk kaki bergambar. Terletak dalam jarak berjalan kaki dari Hotel Shahzan Inn dan Taman Lady Guillemard.

masa ni datang awal sangat. cafe pun tak buka lagi.bergambar dengan pintu aje la

Walaupun cafe ni mempamerkan pelbagai pasu kaktus, bukan semua untuk dijual ye. Ada yang merupakan koleksi peribadi pemilik cafe. So, better tanya dulu pada pemilik cafe, mana satu kaktus yang boleh di beli.


Untuk pengetahuan korang cafe ni dibuka dari hari Jumaat hingga hari Ahad je. Dari jam 10 pagi hingga 6 petang. So, kalau datang tengah minggu memang dapat tengok dari luar aje la.


NOTA : kawasan parking very limited begitu juga dengan tempat duduk.


The Paddock

Tidak lain tidak bukan, di sini letaknya kandang kuda. Kalau nak bawa anak-anak atau korang sendiri nak merasai pengalaman menunggang kuda boleh la cuba di sini. The Paddock ni tempatnya dah dekat dengan laluan turun semula ke bawah. 
 

Tempat ini dibuka seawal 8.30 pagi dan di tutup pada pukul 6.30 petang. Bayaran yang dikenakan ialah RM8/kanak-kanak, RM10/dewasa. Manakala untuk seorang dewasa bersama seorang kanak-kanak, bayarannya RM15.

watching my nephew and niece

NOTA : Selain menunggang kuda, di sini boleh buat aktiviti memanah dan menyumpit.


Ye Olde Smoke House

Merupakan sebuah boutique resort yang menawarkan tempat penginapan, juga restoren untuk menjamu selera. Terletak di jalan menghala ke Air Terjun Jeriau, bangunan era colonial rekaan tudor ni cantik sangat. Korang akan rasa macam berada di perkampungan inggeris, bukan di Malaysia. 
 

NOTA : bangunan ini pernah digunakan sebagai Pusat Rehabilitasi Palang Merah


Since kami datang tea time, jadi hanya order teh, coffee, coke, serta scone dan sandwich. Lepak santai dan my brother in law yang kali pertama datang ke Fraser Hill, menyatakan kekaguman wujudnya tempat seperti Ye Olde Smokehouse di sini.


Aida Daniya Tea House

Merupakan sebuah restoren yang menawarkan pelbagai pilihan menu serta teh dan scone.  Kami tak makan pun di sini, sekadar bergambar dan mencuci mata.Akibat pandemik hampir dua tahun, kawasan ini kelihatan kusam dan hilang seri.

NOTA : Di bahagian bawah bukit terdapat taman yang kakak percaya pernah mempunyai pemandangan yang menarik, tetapi telah terbiar sejak Covid-19 melanda.


The Pine Heart at The Pine Resort

Landmark The Pine Resort, tempat penginapan kami. Anak buah kakak asyik ajak datang bergambar kat sini. Mentang-mentang tak jauh dari bilik.


By the way ada banyak lagi aktiviti menarik yang boleh di buat di Fraser Hill. Antaranya jungle tracking dan hiking. Ada banyak trail di sini dan kakak pernah jungle tracking di  Pine Tree Trail. Boleh juga pergi ke Air Terjun Jeriau, bersantai dan beraktiviti di Taman Awam, ke Tasik Allan's water, menjenguk Edible Garden serta membeli bunga di Sanyi Orchid.







 

No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites