Sorry guys bulan ni kakak tak rajin update. Walaupun dah habis fasa demam tapi post-covid masih bagi kesan kakak.

1) Dont expect much. Bukan pasangan kita je ada kekurangan, kita ni lebih la lagi
2) Jangan sesekali bandingkan rumahtangga kita dengan rumahtangga orang lain.
3) Banyak bersyukur dengan kehadiran pasangan dalam hidup kita.
4) Tidak perlu update tentang pasangan kita secara berlebihan di media social. Cukuplah update dengan cara bersederhana.
5) Masih ada perkara/hobi/ minat yang kita suka boleh/sesuai dibuat selepas berkahwin. Dan adakala hobi tu berubah mengikut peringkat umur dan kesesuaian hidup.
6) Support each other. Tak kira la bab kerjaya atau menguruskan rumahtangga.
7) Banyak berterus-terang tentang apa jua perkara, supaya tidak ada pihak yang memendam rasa.