Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Sri Ayutthaya

patung gajah menyambut ketibaan pengunjung

Siapa yang selalu ke area Wangsa Walk mesti perasan ada satu bangunan dekorasi ala Thailand di mana terletaknya Restoren Sri Ayutthaya ini. 

Sri Ayutthaya
2 Jalan Wangsa Delima
53300 Wangsa Maju

dekorasi pada buku menu
sedikit kata-kata pengenalan dari restoren

Restoren ini luas sesuai untuk majlis dan keraian. Suasana dalamnya ekslusif seperti di dalam hotel. Ketika kami sampai hanya ada beberapa meja sahaja yang diduduki pelanggan. Mungkin lebih ramai disebelah malam.

suasana dalam restoren

Berikut adalah minuman dan makanan yang kami pesan. Jom tengok, kena atau tidak dengan selera dan budget anda. Untuk minuman kami pesan air lemon madu dan teh o ais serai. Kedua-duanya memang sedap.

teh o ais serai RM3.67 dan lemon madu RM9.34

Selalu makan nasi putih je, kami pilih juga nasi nenas sebagai tambahan. Untuk saya, tidak boleh la katakan nasi goreng ini sebagai menu yang digemari.

nasi goreng nenas RM20.66

Tak lengkap menu makanan ala thai kalau tak order kerabu mangga. Kerabu mangga di sini memang sangat enak. cukup rasa masam, masin, manisnya. Mangganya juga segar dan tidak terlalu masam.

kerabu mangga RM 16.88

Tomyum seafood kami pilih kerana lauk lain tidak berkuah. Enak, walaupun agak kuat rasa tomyumnya. Walaubagaimanapun pada pendapat saya, saiz tomyum ini tidak berpadanan dengan harganya.

tomyum seafood RM15.94

Sayur kami pilih kailan goreng bawang putih. memang sangat sedap. Rasanya masakan kailan bawang putih di sini paling sedap yang pernah saya makan. Sempurna.

baby kailan goreng bawang putih RM23.49

Taufu lembut masak ala thai memang selalu jadi pilihan saya jika makan ditempat lain. Di sini juga saya order dan taufu yang dihidangkan memang sedap dimakan. Luarnya garing dan dalamnya lembut gebu. Yang paling istimewa adalah sosnya. Lain dari yang pernah saya makan.

taufu lembut ala thai RM18.77

Kami juga pilih siakap stim. Saya kurang gemar hidangan ini. Agak kering dan kurang enak bagi citarasa saya.

siakap stim RM45

Untuk pencuci mulut kami pilih thab thim grob. Memang sangat sedap. Pekat dan mewah. Order satu mangkuk sahaja dan dikongsi bertiga.

thab thim grob (water chestnut) RM9.33

Total damage di sini adalah RM203.20 untuk 3 orang termasuk nasi putih 2 mangkuk (RM3.67 satu) dan air masak (RM0.84 satu)

Pro

1) Restoren luas dan selesa.
2) Kerabu mangga, kailan dan manisan sangat sedap.

Kontra

1) Terlalu mahal. Boleh dapat makanan thai yang jauh lebih enak dengan harga yang jauh lebih murah dalam KL.
2) Tak semua makanan di sini sedap.


Ada Apa di Kuala Selangor?




Aim aktiviti utama adalah ke Bukit Melawati . Sebuah pekan kecil tapi bersejarah. Kami memilih untuk menaiki tramp naik ke kompleks sejarah Bukit Melawati dengan bayaran sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak (tidak termasuk GST)


penerangan tentang Bukit Melawati
pintu gerbang untuk naik ke atas
ready to depart!
enjoy sangat naik tram

Kalau berjalan kaki lebih baik kerana boleh singgah di beberapa tempat bersejarah selain rumah api dan muzium seperti perigi beracun, tangga seratus, meriam penggawa, makam di raja dan telaga tujuh. 



pintu masuk muzium

rumah api

Terdapat banyak meriam yang diletakkan di dalam kawasan muzium juga di benteng menghala ke laut.


dalam kawasan muzium
meriam yang menghadap ke laut

Kalau nak tahu, di Bukit Melawati ini juga merupakan salah satu tempat untuk melihat anak bulan Ramadan dan Syawal serta tempat cerapan bulan bagi bulan-bulan islam yang lain.

bangunan tempat cerapan anak bulan dijalankan

Mana-mana yang penyayang dengan haiwan boleh beli makanan yang dijual untuk diberi makan kepada lotong, bukan lontong yang makan time raya tu tau. Lotong spesis monyet. Ada pisang dan kacang. Lotong ni sifatnya lebih lembut. Tapi jaga-jaga, siap dipanjatnya badan kita masa bagi makan tu. 

gigih kau kan?

Tidak jauh dari muzium, di kawasan sedikit berbukit terdapat batu hampar. Dikatakan di atas batu ini dijalankan hukuman pancung.

kisah di sebalik batu hampar
batu hampar

Busut Melawati, di mana terdapatnya sebatang pokok besar tempat Sultan menyaksikan sabung ayam.

Busut Melawati

Dah puas bagi makan lotong dan berpeluh sakan berjalan ke batu hampar kami turun semula menaiki tramp juga. Tramp akan naik dalam 30 minit sekali kot. Part paling best masa dalam perjalanan nak turun lepas Makam di Raja tu ada selekoh tajam, tramp bertukar jadi roller coaster. Kami  semua yang duduk paling belakang menjerit-jerit termasuk budak-budak kecik dan mak bapak budak. Yela, dan la turun bukit, lipat maut pulak tramp tu dekat selekoh. Sabar aje la. Lepas tu ramai-ramai gelak kah kah kah.  

tramp

Tramp ni akan turun dari Bukit Melawati dan memusing keliling pekan di situ. Terhibur pulak rasa dapat memusing pekan naik tramp. Kemudian tramp akan berhenti singgah di Taman Ikan Air Tawar sebelum ke destinasi terakhir iaitu tempat mula-mula menunggu tramp.

Taman Ikan Air Tawar

Balik dari Bukit melawati kami dah kepenatan, balik bilik dan berehat je. Malamnya kami ke Medan Selera Jeram, nak makan seafood la apa lagi. Memang segar seafood di sini.


sotong goreng tepung
siakap tiga rasa
ketam cili

Usai makan malam kami terus menuju ke Kampung Kuantan. Apalah lagi kalau bukan untuk menikmati keindahan malam dihiasi cahaya dari kelip-kelip.


tajaan TNB
alami keindahan malam ditemani sinaran kelip-kelip
penerangan tentang kelip-kelip
posing dulu

Satu perahu kosnya RM50, maksimum boleh naik 4 orang. Kami naik berdua je. Pakcik yang bawa kami ramah orangnya. Dia menerangkan tentang jenis pokok yang ada di situ dan digemari kelip-kelip, malah menerangkan perbezaan antara pokok-pokok di sini dan juga jenis pokok yang diminati kelip-kelip ditempat lain. Oh ye, jangan la pula jangka kelip-kelip di sini ni meriah cahayanya macam pokok krismas seperti dalam iklan TNB tu. Tu dah edit ye.

ready to depart

Keesokkan harinya kami hanya bersarapan di cafe The Kabin dan menghabiskan masa dengan berenang di kolam renang sebelum check out untuk pulang. Tapi sebelum pulang kami sempat juga singgah di Cendol Bakar. Di sepanjang jalan ke Cendol Bakar kelihatan banyak gerai dan restoren yang menjual karipap besar dan juga mee udang.

Cendol Bakar ni dah macam foodcourt dah. Macam-macam jenis makanan ada di sini, bukan cendol semata-mata. Kami memilih untuk menikmati kepak ayam, cendol pulut dan cendol biasa, serta lempeng yang sangat enak. Cubalah kalau datang ke sini nanti.

cendol. sedapnya
kepak ayam madu
lempeng pisang
sedap sangat ni wey!
muka-muka gembira dapat makan 

Kami meninggalkan Kuala Selangor dengan pengetahuan bertambah, perut yang kenyang dan hati yang gembira.




The Kabin

The Kabin

Jalan-jalan Kuala Selangor katanya. Apa yang ada? Eh, menarik tau walaupun setakat ke Kuala Selangor. Di Kuala Selangor kami stay di The Kabin, Pantai Remis.

The Kabin 
Lot 2984 Jalan Jati 
Pantai Remis
45800 Jeram
Kuala Selangor


Coordinate: 3.195 N, 101.307 E



pandangan sekitar The Kabin dari tingkat atas

Since kami bertiga je, kami ambik bilik untuk 4 orang. Bilik kami nama Colombo. Minggu yang kami pergi ni penuh bukan main, rupanya ada bank buat event di situ. Kami dapat bilik last. So tak de pilihan la nak pilih bilik jenis lain. 

unit ni ada 3 bilik berasingan
bilik kami, Columbo di sebelah belakang
Columbo
Harga bilik kami, Colombo adalah RM290 tidak termasuk GST. Rate harga bilik adalah RM240 utntuk bilik berdua. RM 290-RM340 untuk bilik 4 orang. RM440-RM490 bagi bilik 6 orang. So, kalau bayar kongsi-kongsi jimat la kan.

Bilik di sini lengkap macam hotel juga. Ada penyaman udara, tv, cerek, cawan, minuman 3 in 1, almari, sejadah dan tuala. Tersusun walaupun ruang kontena yang terhad, pihak pengurusan The Kabin memaksimumkan penggunaan ruang.

dalam bilik
bilik untuk 4 orang
Reception juga merupakan mini cafe cum mini library. Layanan kakitangan di sini memang baik. Mereka bukan sahaja peramah tapi banyak bagi info tentang tempat makan dan tempat menarik yang ada di kawasan berhampiran.

ada rak buku berhampiran tempat duduk ni. dibelakang sana ruang tempat pelanggan makan

Penginapan di sini tidak bersekali dengan sarapan pagi tau. So, pilihan yang ada adalah kena makan di luar or kalau malas macam kita orang sarapan aje di cafe The Kabin ni. Eh sedap juga tau hehehe carrot cake di sini memang tip top ikut tunas rasa saya. Yang penting kenyang sebelum berenang.

senarai menu
set B
carrot cake

Suasana di The Kabin ni tenteram je. Ye la, tepi pantai kan? Persekitaran The Kabin ni bersih je. The Kabin juga ada menyediakan kawasan parking berhampiran. Jadi kita tak de la nak kena parking di susur jalan. Di sebelah malam pintu masuk ke The Kabin akan ditutup. Tapi jangan risau, The Kabin juga menyediakan pengawal keselamatan. Boleh panggil aje untuk bukakan pintu untuk kita. Kiranya, dari segi keselamatan memang The Kabin ambil berat.



Antara kemudahan lain yang disediakan adalah kolam renang. Tak dalam pun. Kolam dewasa hanya paras dada je. Kalau bawak anak kecil tak de masalah, kolam renang untuk kanak-kanak pun ada.

kolam dewasa

kolam kanak-kanak

Kita juga boleh request untuk buat bbq di sini tau. Hanya perlu bawa bahan sendiri, pihak The Kabin akan sediakan tempat. Jangan lupa book terlebih dahulu.


tempat bbq

Berdekatan dengan The Kabin ada sebuah restoren yang boleh tahan ramai peminatnya. Memang dekat sangat, dari susur masuk ke The Kabin dan boleh nampak kereta banyak parking di restoren ini. Atok Corner Asam Pedas Sungai Sembilang. Asam pedas dalam claypot. Haish yang ni boleh tahan sedapnya. Nyaris kering la kuah asam pedas kena hirup.



asam pedas ikan pari


7 Days, 7 Favourites