Aim aktiviti utama adalah ke Bukit Melawati . Sebuah pekan kecil tapi bersejarah. Kami memilih untuk menaiki tramp naik ke kompleks sejarah Bukit Melawati dengan bayaran sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak (tidak termasuk GST).
|
penerangan tentang Bukit Melawati |
|
pintu gerbang untuk naik ke atas |
|
ready to depart! |
|
enjoy sangat naik tram |
Kalau berjalan kaki lebih baik kerana boleh singgah di beberapa tempat bersejarah selain rumah api dan muzium seperti perigi beracun, tangga seratus, meriam penggawa, makam di raja dan telaga tujuh.
|
pintu masuk muzium |
|
rumah api |
Terdapat banyak meriam yang diletakkan di dalam kawasan muzium juga di benteng menghala ke laut.
|
dalam kawasan muzium |
|
meriam yang menghadap ke laut |
Kalau nak tahu, di Bukit Melawati ini juga merupakan salah satu tempat untuk melihat anak bulan Ramadan dan Syawal serta tempat cerapan bulan bagi bulan-bulan islam yang lain.
|
bangunan tempat cerapan anak bulan dijalankan |
Mana-mana yang penyayang dengan haiwan boleh beli makanan yang dijual untuk diberi makan kepada lotong, bukan lontong yang makan time raya tu tau. Lotong spesis monyet. Ada pisang dan kacang. Lotong ni sifatnya lebih lembut. Tapi jaga-jaga, siap dipanjatnya badan kita masa bagi makan tu.
|
gigih kau kan? |
Tidak jauh dari muzium, di kawasan sedikit berbukit terdapat batu hampar. Dikatakan di atas batu ini dijalankan hukuman pancung.
|
kisah di sebalik batu hampar |
|
batu hampar |
Busut Melawati, di mana terdapatnya sebatang pokok besar tempat Sultan menyaksikan sabung ayam.
|
Busut Melawati |
Dah puas bagi makan lotong dan berpeluh sakan berjalan ke batu hampar kami turun semula menaiki tramp juga. Tramp akan naik dalam 30 minit sekali kot. Part paling best masa dalam perjalanan nak turun lepas Makam di Raja tu ada selekoh tajam, tramp bertukar jadi roller coaster. Kami semua yang duduk paling belakang menjerit-jerit termasuk budak-budak kecik dan mak bapak budak. Yela, dan la turun bukit, lipat maut pulak tramp tu dekat selekoh. Sabar aje la. Lepas tu ramai-ramai gelak kah kah kah.
|
tramp |
Tramp ni akan turun dari Bukit Melawati dan memusing keliling pekan di situ. Terhibur pulak rasa dapat memusing pekan naik tramp. Kemudian tramp akan berhenti singgah di Taman Ikan Air Tawar sebelum ke destinasi terakhir iaitu tempat mula-mula menunggu tramp.
|
Taman Ikan Air Tawar |
Balik dari Bukit melawati kami dah kepenatan, balik bilik dan berehat je. Malamnya kami ke Medan Selera Jeram, nak makan seafood la apa lagi. Memang segar seafood di sini.
|
sotong goreng tepung |
|
siakap tiga rasa |
|
ketam cili |
Usai makan malam kami terus menuju ke Kampung Kuantan. Apalah lagi kalau bukan untuk menikmati keindahan malam dihiasi cahaya dari kelip-kelip.
|
tajaan TNB |
|
alami keindahan malam ditemani sinaran kelip-kelip |
|
penerangan tentang kelip-kelip |
|
posing dulu |
Satu perahu kosnya RM50, maksimum boleh naik 4 orang. Kami naik berdua je. Pakcik yang bawa kami ramah orangnya. Dia menerangkan tentang jenis pokok yang ada di situ dan digemari kelip-kelip, malah menerangkan perbezaan antara pokok-pokok di sini dan juga jenis pokok yang diminati kelip-kelip ditempat lain. Oh ye, jangan la pula jangka kelip-kelip di sini ni meriah cahayanya macam pokok krismas seperti dalam iklan TNB tu. Tu dah edit ye.
|
ready to depart |
Keesokkan harinya kami hanya bersarapan di cafe The Kabin dan menghabiskan masa dengan berenang di kolam renang sebelum check out untuk pulang. Tapi sebelum pulang kami sempat juga singgah di Cendol Bakar. Di sepanjang jalan ke Cendol Bakar kelihatan banyak gerai dan restoren yang menjual karipap besar dan juga mee udang.
Cendol Bakar ni dah macam foodcourt dah. Macam-macam jenis makanan ada di sini, bukan cendol semata-mata. Kami memilih untuk menikmati kepak ayam, cendol pulut dan cendol biasa, serta lempeng yang sangat enak. Cubalah kalau datang ke sini nanti.
|
cendol. sedapnya |
|
kepak ayam madu |
|
lempeng pisang |
|
sedap sangat ni wey! |
|
muka-muka gembira dapat makan |
Kami meninggalkan Kuala Selangor dengan pengetahuan bertambah, perut yang kenyang dan hati yang gembira.
No comments:
Post a Comment