Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Bukit Kutu, Kuala Kubu Baru


"Kalau pergi Kuala Kubu, Tulis nama atas batu, Saban hari ku menanti waktu, Pulang segera kepada ku"
~Sudirman 

Again, projek hiking yang seterusnya. Kali ni kami dah ada nama tau. Roadtrip-Hikers. Yayyyyy. Peserta macam biasa. Muka-muka yang sama pergi trip sebelum ni. Cuma ada tambahan beberapa muka baru.

Risau lambat berkumpul nanti, kami sewa homestay je. Dua homestay untuk saya, CI, Mijah, Iera, Didie, Memey, Min, Kok Ngoh, Anep, Huda, Paih dan Hamid. KJ dengan KA tidur umah parent diaorang tak jauh dari homestay. Thank you Haji Abu tolong uruskan

Pagi-pagi lagi Haji Abu dah bawak kami ke restoren untuk sarapan. Kesemua kami makan roti canai, takut nak makan jenis nasi. Berat sangat menu nasi nanti jadi masalah pulak.

NOTA
1) Wajib sarapan walaupun kita bukan jenis makan awal pagi. Terjumpa hiker yang sakit perut masuk angin sebab tak sarapan, sudahnya dia turun semula

2) Sarapan mesti ambik secukupnya


Dah siap makan kami ke masjid dulu, berkumpul dengan satu grup lagi yang gerak pagi-pagi dari Temerloh. Total kami semua 28 orang. Dari masjid kami carpool ke tapak parking.

muka-muka yang sama jugakla
all of us

Sebelum mendaki macam biasa briefing ringkas tentang do & dont semasa hiking. Tak lupa bacaan doa. Kali ni sebab Ayie ada, dia la yang baca doa.


Jom follow kami memanjat Bukit Kutu!

#followmeto Bukit Kutu
KA
sending all our love from Bukit Kutu

Apa yang lainnya naik Bukit Kutu ni berbanding dengan yang kami pergi sebelum ni, ada bahagian yang kena lalu sungai. Samada guna titi, lalu atas batu or the best part meraduk je air sungai. 

Halangan pertama ialah sungai yang titinya dah senget pun. Sila berhati-hati lalu titi ni kalau tak nak awal lagi dah terjun sungai. Sejuk woi air sungai.

Apa yang penting? KERJASAMA

NOTA
Sila pakai kasut yang sesuai untuk hiking. Kasut sukan/running shoes tak berapa sesuai ye

Didie in action
Mijah #AJB
Iera on the go
and yours truly

Halangan yang seterusnya sungai yang tak de titi. Ini korang boleh pilih la ye. Samada korang gigih nak lompat atas batu dari seberang sini ke seberang sana, atau meraduk je air sungai tu. 

NOTA
Air deras, batu dalam air licin. Hati-hati di sini or dapat berendam dalam sungai. Orang lain basah paras lutut, awak tak pasal satu badan hahah




Again akan jumpa anak sungai yang perlu dilalui. Ikut korang la kan nak melompat batu ke batu or meraduk je air paras buku lali. Kasut pun dah memang sedia basah. No problemo. Yang penting kena hati-hati. Batu licin.


CI

Selain halangan bersungai, perjalanan mendaki juga mencabar kekuatan kaki dan peha ye. Ada part yang memang tegak kena mendaki pegang pada tali atau akar pokok. Banyak pokok buluh yang patah. Tambah pulak semalamnya hujan lebat. Trek agak licin.

NOTA
1) Jangan paksa diri, ikut kemampuan sendiri

2) Jangan berehat terlalu lama hingga otot sejuk




Since masing-masing mendaki ikut kemampuan masing-masing, ada yang lambat ada yang cepat. Normal la kan. Makanya, kami semua berhenti rehat berjemaah di Batu Tedung. Cantik kawasan ni. Maybe dapat nama dari bentuk batu tu sendiri bentuk kepala ular tedung.


with KKJ
#sweetcouple baru sampai. go ayang go!
Didie dah start sakit kaki. yang penting semangat tu
paih
kesayangan

Finally sampai jugak saya kat atas bukit ni. Landmarknya adalah tinggalan cerobong bekas banglo lama suatu masa dulu yang pernah dibina di sini. Penat campur lapar, haus semua ada. Apa lagi bukak bekal la.


Tak cukup sampai dekat area cerobong ni je. Nak naik atas sikit lagi. Letaknya batu yang paling tinggi atas bukit ni. Batunya bukan besar pun. Bentuknya yang umpama telur, tak membenarkan ramai orang naik dalam satu masa. Antara 3-4 orang sahaja ye.


Tu dia orang beratur. Jadi kenala banyak-banyak bersabar dan bertolak ansur. Betul, ada yang macam nak berumahtangga kat atas batu tu. Punyala lama photshoot. Semua angle nak ambik gambar. Tak meletop jugak hasil gambar tak tau la.

NOTA
1) Sabar dan jangan cari gaduh

2) Atas batu terlalu sempit, memang ambil masa untuk bergerak kalau berselisih dengan orang lain

3) Bantu orang lain ambil gambar. Cepat sikit dia turun hehehe

4) Pemandangan memang awsome! Worth it 


ada orang tu sampai batu pertama terus gigil. tak nak bergerak dah,

Nak naik atas batu yang paling tinggi kena lalui 3 tangga yang dah memang sedia dipasang. Tak tau la siapa yang pasang tu kan. Sampai atas batu paling tinggi memang gayat habis. Dah la angin tiba-tiba bertiup kuat. Tanda-tanda awal nak hujan. Lutut memang gigil. Tak mampu nak bergerak dah. Biar pun orang lain duk teriak, "berdiri, berdiri gambar lagi cantik". Lantakkan. Tak koser. #sisnervous hoccay. Tikah dengan saya hanya mampu mengesot je atas batu tu hahaha tak mampu weh. Yang penting, naik sampai puncak batu.

Yasss!!!

Settle sesi menggayatkan diri, menggigilkan kepala lutut, turun semula bergambar dengan geng-geng lain.

#comboplus1 kekal dengan warna tema masing-masing tau
bau kedai, sumer pakai windbreaker baru!

Hala balik air hujan mula rembas. Masing-masing dah start keluarkan baju hujan, windbreaker masing-masing. Perjalanan balik agak laju sikit. Trek masa ni makin licin dan lecak. Hujan dan kesan hiker lain lalu.

Sampai dekat area sungai tempat kami mula-mula meraduk tu la yang paling best. Best sebab apa, sebab dah dekat dengan tempat keluar. Masing-masing cuci kasut yang dah tebal dengan selut.

Dalam perjalanan turun jugak, saya dan CI berjalan sekali dengan dua orang minah ni, dengar bunyi something dari arah belakang kami. Tak tau bunyi binatang melata or binatang terbang ke bunyi mahkluk Tuhan yang lain. Bunyi yang memang saya tak kenal. Tapi bunyi tu memang kuat, bila tengok belakang tak nampak apa-apa. Minah sorang ni pulak boleh tegur, "bunyi apa tu?" Adusss. Terus CI suruh minah berdua tu jalan cepat sikit, dia dah standby pisau je. Mujur tak de apa-apa yang muncul. Bila bagitau tak boleh tegur pape bunyi dalam hutan, katanya "ingatkan Iwan". Walaupun sah-sah tak de orang belakang kami. Iwan, ko pasni jangan gatal nak buat bunyi-bunyi lembu okey!

Syukur dapat keluar sebelum gelap. Pukul 6 lebih dah sampai parking. Lega jugak saya tak cedera or sakit kaki macam hiking yang sebelum ni. Anggaran saya ambil masa 4 jam untuk mendaki dan 3 jam untuk turun. 


NOTA
1) Jangan malas bawa air lebih, perjalanan yang mencabar dan meletihkan.

2) Bawa makanan extra seperti roti, coklat atau energy bar. Banyak pakai tenaga, cepat lapar.

3) Hala balik, jangan mandi dalam sungai, masih perlu menapak. Takut nanti badan jadi terlalu lesu.


NOTA EXTRA
1) Pastikan masih nampak orang depan or tak jauh dengan orang belakang.

2) Dengar instruction orang yang maybe lebih berpengalaman atau mahir dari kita. Jangan degil, terutama kalau kita dah mula sakit kaki, lemah.

3) TOLONG JAGA MULUT. Jangan tegur apa-apa bunyi/kelibat bila berada dalam hutan.

4) Bersenam, bersenam, bersenam. Sekurang-kurangnya seminggu sebelum hiking. Untuk stamina dan supaya otot tak terkejut.


NOTA TERLEBIH EXTRA
Nasi goreng aiman tino ialah nasi goreng kampung


Bukit Batu Chondong, Kemensah




Well actually ini projek hiking kedua kami. Tapi baru nak keluar entrynya. Kali ni kami ke Bukit Batu Chondong, Kemensah. Tempat kat mana tu? Belakang Zoo Negara uols. Masuk susur tepi zoo tulah laluannya.

NOTA
Kawasan parking yang terhad dekat tempat masuk nak hiking. Lebih baik parking di bawah dan carpool.

Trip kali ni tak ramai sangat. Memey bawak family terus, wifenya Min, adik dia 2 orang dengan sepupu dia Paan. Team adik beradik KJ & KA. Sweet husband and wife Hanif & Huda. Last but not least kami team combo+1, saya, Mijah, Ira dan Didie. Macam biasa bacaan doa sebelum naik. Kali ni KA yang baca doa.   

posing wajib (KA yang comey baju hitam belang putih kat lengan tu. akak promo ni uols! sila belanja)

Landskap kat sini berbeza sikit berbanding dengan pegalaman naik ke Pine Tree Trail , Fraser Hills. Sini ada laluan kawasan buluh yang melentur macam pintu gerbang. Perjalanan juga agak mendaki tajam. Mesti pakai kasut yang selesa ye. Walaupun tak tinggi mana, tapi huffff boleh tahan ye.

Didie, Mijah, Ira & Me



Since nama tempat ini pun ada perkataan condong, what do you expect kan? Haruslah ada bahagian yang mencabar tahap kecondongannya. Sudahlah kurang tempat nak berpaut. Ada batu-batu yang tak kukuh, ada bahagian tanah peroi. Jadi memang kena guna common sense dan peka mana tempat nak pijak atau nak pegang.


Sampai berhampiran tempat naik ke puncak kami kena rehat dulu tunggu team-team lain yang ada di atas turun. Bagi laluan. Crowded uols. Ingatkan atas jalan kat KL je yang jem. Atas ni pun sama je.


Apalagi, cari port nak posing la masing-masing.

pengantin baru duduk jauh-jauh takut kena bahan
jenuh jugak la masing-masing posing nak tunggu orang turun dari puncak
ni la tempat kena mendaki yang jem kena tunggu turn nak naik ke puncak.

Finally lepas puas menunggu, posing dan membahan sampai jugak turn kami semua naik. Walaupun tak tinggi mana pun tempat climbing ni tapi agak sukar untuk orang yang rendah macam saya ni. Kaki tak sampai uols. Susahnya hahaha. Sudahnya Paan dengan Mijah main rentap aje tangan saya naik ke atas. Sabo aje la.

tiap kali pun terjebak part rock climbing ni pffff

Sampai di atas ni masing-masing cari port rehat. Minum air dan makan bekal. Haa kau. Walaupun tak tinggi mana letih, haus dan lapar jugak. Pemandangan di atas ni memang cantik, sebahagian nampak hutan belantara. Sebahagian lagi nampak bandar Kuala Lumpur. Satu bahagian lagi tak lawa sebab nampak kawasan pembinaan. 



checked!
posing kejayaan!
hiking bertema Power Rangers katanya. nan hado

Time balik boleh tahan mencabar. Menurun secara curam uols. Nasib tak menggelunsur turun. Siapa yang suka berpaut sana sini tu tolonglah bawa sarung tangan. Total perjalanan dari mula hingga sampai puncak kami ambil masa dalam 40 minit termasuk tempoh menunggu giliran untuk naik rock climbing tu. Part paling menarik dalam trip ni masa kami dalam perjalanan naik terserempak dengan budak sekolah umur 8 tahun. Ikut famili dia hiking.

NOTA KHAS
Lelong,lelong. Single, bekerjaya, pandai baca doa. PM tepi untuk close up photo & detail hahahah SERIOUSLY tolonglah pm tepi

Air Terjun Jerangkang, Maran


Lepas satu,satu projek outdoor. Ko dah kenapa Fariha? Kali ni dah tak kena hasut. Setuju secara jinak. Lagi pulak hari sabtu ada AGM di Kuantan,makanya hari ahad sebulat suara pergi Air Terjun Jerangkang, Maran.

Nak ke sini, kalau lalu LPT susur keluar tol Sri Jaya. Dah cukup korum kami gerak ke Masjid Paya Gelugur. 4x4 yang di booking tunggu kami di sini. Naik 4x4 okey, so ehem pikir-pikir la jalannya macam mana ye.

Feeling adventure konon saya, Anep, Iwan, Tikah & Nasrin pilih nak duduk belakang. Yang 4x4 satu lagi Memei, Paan, Paih, KJ dengan Ayie kat belakang. Huda, Mijah, Mazira, Didie, Min duduk dalam. Haaa kau, kalah naik roller coster. Lintang pukang duduk belakang tu, kaki sape atas riba sape pun tak tau je dah. Tu belum lagi tulang betis asik nak terlanggar periuk nasi lemak cik sue hahahha Janji tak terpelanting sudah.




Sampai dekat kawasan air terjun tu kami turunkan barang. Maklumla trip kali berkonsep pot luck, macam-macam la makanan ada. Dan macam biasa, bacaan doa sikit, kali ni by Ayie sebelum kami mula gerak.

Nak ke air terjun kena jalan sikit la. Kalau tak silap ada 26 tingkat air terjun. Banyak grup lain dah pasang khemah. Dia orang bermalam di sini.





Kami pilih port di air terjun ketiga. Pasang 2 khemah in case nak salin baju ke apa. Yang geng-geng lelaki dah terjun dalam air. Yang team gugurl makan. Yes!! Menu sedap uols. Ada nasi lemak Cik Sue sambal Makcik Memek, mihun goreng, sandwich, sardin roll, karipap, temosa, kacang, biskut, 3 in1 old town pun ada. Tu belum masuk lagi megi bagai. Bawak dapur siap senang nak masak air panas dengan megi.






Apa aktiviti yang korang boleh buat kat sini selain makan bekal sedap bawak dari rumah tu?

Actually, boleh trekking naik ke atas lagi since ada 26 air terjun ye. Sambil trekking sambil mandi manda.







Kalau tak nak trekking buat apa? Jaga tapak khemah cam saya hahahha Betis kanan rasa macam nak cramp je so malas nak trekking. Saya, Min, Memei dan Paih stay kat tapak khemah. apa kami buat? Jeng jeng jeng





Siapa cari sofa bed a.k.a floating sofa ni boleh hubungi Iwan

Ewaahhh indah belaka ye? Takde maknanya. Iwan tergelincir kat batu so tapak kaki dia luka. Berdarah bukan main banyak. Nasib baik KJ bawak first aid kit lengkap habis. Hasil pengalaman lama hidup dengan doktor dan nurse, Mijah transform menjadi doktor dekat tempat kejadian. Ngeri rasa tengok dari jauh Mijah cuci luka. Sampai lupa la nak snap gambar. Nasib baik tak dijahitnya kaki Iwan.

Time balik kami kena naik 4x4 kongsi dengan grup lain. Sudahnya kami pilih duduk belakang. Ye! Sekali lagi duduk belakang hokey! Kali ni saya, Didie, Tikah, Mijah, Ira, Memey, KJ dan Ayie. Anep dengan yang lain naik yang satu lagi. Giler ah driver kami, sengal ubi sungguh saje je bawak laju-laju yang kami kat belakang ni dah nak terpelanting keluar. Rasa macam naik roller coster pun ye, rasa macam pelarian pun ye. Menjerit-jerit tak payah cakap la kami semua. Tak masuk lagi lumpur berterbangan atas kepala dengan badan, muka kena libas dengan daun. Ni KJ, Memei dengan Ayie la kena libas.


Since saya tak trekking naik ke atas, untuk trip kali ni pengalaman naik 4x4 macam pelarian la part paling best sekali walaupun memor badan bak kata orang pahang. Sakit badan woih!

Alhamdulillah, lega semua selamat tak de yang terpelanting keluar

NOTA

1) Banyak sampah ditinggalkan, sampah yang susah lupus pulak tu macam polistrin. Tolong bawa keluar sampah anda ye. Jangan tinggalkan di situ. Bawa siap-siap plastik sampah

2) Ramai yang mandi bersyampu bersabun bagai macam dekat rumah. Harap guna syampu dan sabun organik la ye, yang mesra alam sekitar

3) Ramai yang mandi depan orang ramai langsung tak pandang kiri kanan time bersabun tu, seluk tangan dalam seluar dan menyental celah-celah badan macam dalam bilik air rumah mak korang je. Tolong la kesopanan dan kesusilaan sikit. Baik lelaki baik perempuan sama je.





7 Days, 7 Favourites