Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

My Influencer


Bersempena minggu ni kakak akan bervaccay bersama family ke Ipoh (yayyyyy!!! lompat bintang), izinkan kakak bercerita tentang parent kakak serta pengaruh mereka pada anak-anak hingga semuanya jadi kaki berjalan.

Parent kakak orang biasa-biasa, bukan Dato Datin mahupun YB. Cikgu pencen je dua-duanya. Sekarang duduk di kampung yang 10 langkah dari rumah dah boleh terjun ke dalam Sungai Pahang.

Masa kakak kecik dulu setiap cuti sekolah parent kakak akan bawa holiday. Kadang tu sampai berminggu siap singgah rumah adik beradik or sepupu sepapat mak abah. 

Sekarang baru kakak sedar how diaorang menabung jimat duit untuk bawa anak-anak berjalan. Gaji masa tu berapa la sangat. But, sebab nak bagi anak-anak kenal dunia tak jadi katak bawah tempurung, gigih la jua

Kakak pula start travel oversea masa zaman universiti lagi. Kakak penari untuk uni kakak. Every year kakak dapat pergi oversea wakil uni program pertukaran budaya. Masa tu kakak sempat ke Beijing, Bali, Bandung dan Jakarta.

Selain titipan doa, mak kakak every year akan tabungkan sedikit duit untuk kakak buat duit poket. Tiket, penginapan & makan universiti uruskan.

Kali pertama fly ialah ke Beijing. Tahun 2000. 19 tahun lampau. Masa tu takde smart phone. Roaming jauh sekali mampu. Pakai prepaid katakan. Sampai Beijing kena guna land line untuk call mak bagitau dah selamat sampai. Masa tu kalau call, lepas satu minit diam baru orang sana reply apa kita cakap.

Kalau berjalan dekat-dekat memang tak payah cerita la ligat every semester dengan Ahli Kelab. Geng zaman uni. Berterusan sampai zaman kerja.

High peak sekali ialah masa kakak buat Autumn Trip dengan Ella end of 2016 aritu. 3 minggu. Just bagitau kakak nak pergi vaccay, my parent cuma tanya nak pergi mana, pergi dengan siapa dan date pergi balik. Itu je. Simple. 

Mak kakak bagitau niat berjalan adalah untuk ilmu baru lah perjalanan jadi berkat. Mak kakak memang encourage anak-anak untuk buat apa yang kami suka as long as tak susahkan sesiapa. 

Abah siap pesan pada kakak bacaan zikir yang bersesuaian untuk baca bila kakak ada perasaan kagum tengok satu-satu perkara, bangunan ke, pemandangan ke. So, boleh dapat pahala time travel. 

Of course la as parent diaorang mesti risaukan keselamatan kakak. So, everytime gerak dari satu-satu bandar or negara kakak akan check in dalam group whatsapp family.

Sekarang dah pencen mak abah spend time berjalan sana sini. Pergi rumah kawan-kawan timur barat utara selatan Semenanjung Malaysia. Kadang-kadang kena tanya dulu diaorang ada kat rumah tak kalau nak balik kampung. 

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? 


Diet


When your husband asks you to reduce 10kg. As at November 3rd, 2019, 57.6kg weight and 154cm height. Im so hungry right now and cannot think straight. 

Girls Squad


Have you ever met with this kind of beauty? 

Ni ialah makeup brush yang hakak pakai untuk bulan November ni. Kelasssss kalah MuA bertukar berus makeup ikut bulan gittew. 

Cantikkan? Rare designnya dari jenama Essence Cosmetic. Tak masuk Malaysia uols. Ni pun mujur ada kawan hakak yang menetap di Jerman. Kirim beli ngan dia je. Tqvm Ika.

Actually dari koleksi Girls Squad ni ada 10 jenis brush tapi satu hakak tak berjaya dapat. Takde pun tak pe sebab tak pakai pun kalau ada.

Merlion


Wey, last vaccay berdua dengan my travel partner Ella is last year, masa Chinese New Year. Kami berjimba ke Brunei. Lama tu, biasanya setahun minimum dua kali kot vaccay together tak termasuk JJCM punya aktiviti. Finally dapat juga berjimba berdua. Pergi jalan dekat je uols, ke negara jiran je. This is my second time datang ke Singapore.

BTW, sesampai je kat Singapore better korang cari flashpay card untuk MRT. Biasanya dijual di kaunter dengan harga SGD12. Deposit SGD5 dan dah ada SGD7 untuk korang guna. Before balik korang boleh pulangkan kad di kaunter, dan dapat balik SGD5.


Fisrt thing kami terus ke hotel. Bukan boleh check in pun sebab awal lagi. Tapi kami drop dulu bag di lobi hotel. Giler ko, rebeh bahu kalu nak heret merata-rata sementara tunggu check in. 


Hotel tempat kami menginap ialah Marrison Hotel. Hotel ni tersenarai dalam TripAdvisor. Ella yang cari hotel ni. Ai follow je. Harganya antara yang munasabah la untuk menginap di Singapore. Korang jangan convert ke RM la pulak ye. Bilik lupa nak snap gambar. Masuk bilik time dah sakit kaki penat merayau. Memang terkapar terus.


Breakfast juga disediakan. Tapi kena pergi restoren di bangunan sebelah. Sebelum tu kena ambil voucher dari receptionist. Di restoren ni tak nampak logo halal so kami assume tak halal la ye. Makanya makan roti dengan buah aje. Air kopi 3 in 1. Ko bancuh la sendiri.


Part paling best dengan hotel ni ialah sepelaung je dari MRT. Sini Station Bugis. Ko nampak tak dekat pokok banyak-banyak tu? Situla pintu masuk ke MRT station. Dekat kan? Hakak ambik gambar dekat dengan pintu hotel je.


Habis cerita tempat tidur, jom cerita tempat kami merayau. 1st tempat kami lalu ialah Cavenagn Bridge. Satu-satunya jambatan gantung di Singapore dan antara jambatan tertua di negara ini.


Dalam perjalanan nak ke jambatan gantung tu, banyak sculpture dan statue menarik yang kami jumpa. Antaranya

Progress & Advancement Sculpture
The River Merchant
The First Generation
From Chettiars to Finaciers

Dekat dengan jambatan letaknya Fullerton Hotel. Apa yang menariknya Fullerton Hotel selain bentuk bangunannya? Kalau nak tahu, hotel ni suatu masa dulu digunakan sebagai Pejabat Pos Besar Singapore. Menarik kan?


Tak jauh dari hotel terletak Victoria Theater & Concert Hall. Kompleks yang terdiri dari dua bangunan dan menara jam yang berkongsi koridor. Bahagian bangunan yang paling awal di bina pada tahun 1862 dan siap pada tahun 1909.

NOTA : Di depan menara jam tu ada statue Stamford Raffles.


Dari situ kami gerak pula menghala ke Merlion Park nak mencari Merlion la apa lagi. Sepanjang jalan kami nampak plak tercatat SG50, yang beerti Singapore 50. Iaitu sambutan ulangtahun ke 50 Singapore merdeka dari Malaysia.


Finally dapat juga jumpa Merlion. Merlion ni maskot rasmi negara ni, sejenis makhluk mitos berbadan singa berkaki ikan. Mermaid+Lion=Merlion. Ada macam-macam size merlion di Merlion Park ni, tapi yang paling popular yang sembur air ni la.

NOTA: Manusia ramai gilos kat sini, pandai-pandai la ko nak ambik gambar. Kalau ko spesis lembab memang ada la umat manusia lain masuk posing dalam gambar ko.


Dari sini juga boleh nampak pemandangan cantik Marina Bay Hotel yang bentuknya rare tu, Art Science Museum yang bentuk macam lotus. Helix Bridge a.k.a Lefthanded DNA bridge dan The Singapore Flyers.


Walaupun masa kami ke Singapore musim jerebu tapi cuaca memang elok cantik , langit biru langsung takde tanda-tanda jerebu. In fact, panas lengit uols, sampai tersadai kami dekat Raffles Place, lepak dulu kat area sini sebab panas sangat wey nak jalan-jalan. 


Disebabkan cuaca yang sangat panas, suka nau hakak beli Liho Tea. Maklumla jumpa dalam laluan MRT nak balik hotel. Memula beli Korea Fruit Tea (sedap! highly recommend) then try Singapore Fruit Tea pulak. Harga SGD4.90. Dua-dua sedap tapi hakak lagi suka Korea Fruit Tea. Eh! teh ni ada jual kat Malaysia jugak kan?

Korea Fruit Tea
Dek kerana kepenatan lagi mengantuk, kami balik tidur kat bilik. Malam baru keluar semula. Lapar uols. Maka mencari la kami tempat nak makan sup tulang merah. Menu wajib cuba kalau ke Singapore.


Bila google ada a few restoren yang menyajikan menu popular ni. Tapi kami ke M.A Deen Biasa yang terletak di Jalan Sultan. Jangan risau, kalau kami makan tu tentula pilihan kami halal.


Ada macam-macam menu lain selain sup tulang merah ye. Boleh tengok kat menu yang hakak snap ni. Siap ada harga. Korang pilih aje ikut selera tekak korang.


Menu yang kami pilih, sup tulang merah size medium dengan nasi goreng ikan bilis. Biasanya, bila travel, kami berdua suka share makanan je, pertamanya of course jimat, keduanya tak membazir kalau tak habis, ketiganya boleh try macam-macam menu. Air je sendirian berhad.


BTW, untuk korang yang kebulur sangat memang nak melantak boleh la pilih size S untuk makan sorang. Untuk yang nak jamah je, better ambik size S kalau kongsi, or size XS kalau makan sorang. Dah la kami pilih size M, banyak uols tulangnya, roti plak sebakul. Adoi memang jenuh nak menghabiskannya. 

NOTA: Warna sup tu merah sebab gabungan perbagai jenis rempah. Rasanya pun sedap. nasi goreng ikan bilis highly recommend 


Lepas makan kami merayau ke Kampung Gelam/Kampung Glam. Melihat sendiri istana raja melayu suatu masa dahulu. Ye, dulu Singapore pun ada raja uols. Sekarang istana ni dah jadi Malay Heritage Centre.


Tak jauh dari istana letaknya Masjid Sultan. Nama masjid ni bersempena Sultan Singapore yang pertama. Okey ada fakta yang menarik ye tentang masjid ni. Korang nampak tak lingkaran kehitaman pada kubah masjid tu? Tu sebenarnya ialah tapak botol kaca yang diderma oleh orang-orang islam yang tak berkemamapuan masa pembinaan masjid ni. Kiranya masa tu, bukan je yang kaya, tapi yang kurang berkemampuan pun nak menyumbang pada pembinaan masjid ni. 


Dekat area masjid ni kakak feeling macam duduk kat Istanbul dah uols. Dari segi dekor dan jenis makanan ehhhh memang tak rasa kat Singapore lagi dah. Siap ada kedai jual lampu-lampu cantik macam kat Istanbul tu le.


Dari sini barulah kami ke Garden by The Bay. Tempat tujuan utama harusla ke area Supertree Grove Garden, yang ala-ala dalam movie Avatar tu. Disebabkan kami lambat sampai, makanya terlepasla tengok light show. Tapi yang bestnya manusia dah takde sangat, syok la nak bergambar.

NOTA: Light show pukul 7.45 & 8.45 malam


Esoknya, iaitu Ahad kami pun balik. Lepak kat airport je. Cangi Airport is the best uols. Memang tak boring. Since kami fly dari Terminal 4, kami lepak dekat Heritage Zone. Punya cantik dia dekor shop lot kat sini ala peranakan.

NOTA: Dekat tengah-tengah rumah kedai ni akan ditayangkan movie pendek bertajuk Peranakan Love Story. 

masa selfie ni tak tau pun ada movie tayang kat belakang ni

Banyak dekorasi cantik dalam Terminal 4 yang boleh buat korang ralit hilang bosan sementara nak tunggu naik flight. Untuk yang suka bergambar macam hakak memang gembira sangat la. 

Steel in Bloom

End story. Okey bye.


Ops Pembersihan Berus


Guys.... korang yang suka makeup tu, tak kisah le makeup nipis or tebal, korang tau tak berus makeup kena cuci? 

Haaa ni hakak nak share produk cuci berus yang paling fav la setakat ni. Sebabnya, mudah nak guna plus wangi. 


Bila korang buka bekas dia kat dalam tu ada benda warna hijau. Yang ni korang guna untuk tenyeh berus korang. 


Cara nak guna yang teramat la senangnya, basahkan berus, basahkan sabun. Hakak malas, so curah air terus dalam bekas tu then tenyeh berus kat sabun, gosok-gosok berus pada benda alah hijau tu sampai bersih. Kalau tak bersih, buat lagi sampai puas hati. 

Note: Boleh juga guna shampoo/shower gel untuk bersihkan berus korang

Lepas tu bolehlah keringkan. Hakak anginkan bawah kipas je. Esoknya dah kering boleh simpan dah or guna semula

Jangan lupa cuci berus tau. Hopefully tak de isu naik jerawat dan makeup korang on point. 

Sleeping Beauty


Sorry guys, kakak tengah kemaruk tido. Makanya walaupun kakak baru balik vacay dan niat di hati nak upload gambo dan story, tapinya tidur lebih menggoda kakak. Bukan la berjalan jauh mana pun, just letih bertimpa-timpa je sebab Kelab Raden non stop dapat job, then terus je kakak pergi holiday tu yang penat amat rasa tak cukup-cukup tidur ni. Nanti kakak up pasal vaccay hoccay

7 Days, 7 Favourites