Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Kedai Makan Kuzah


Korang kalau ke Kuala Lipis, (Lipis ialah daerah, Kuala Lipis ialah nama bandar/pekan) kakak nak recommend satu kedai ni. Namanya  Kedai Makan Kuzah. Landmarknya senang sangat iaitu di tepi Stesyen Keretapi Lipis. Menu yang paling top kat sini ialah nasi kerabu.



Dah bertahun kakak tak datang makan di sini maklumla dah kurang kerja ke Lipis. Bila dah start datang Lipis semula, memang cari balik la kedai-kedai yang dulunya biasa makan. Kali ni, kedai ni makin upgrade dan juga pilihan minuman yang mengancam jiwa.



Menu kakak pilih nasi kerabu daging bakar dengan air teh ais leleh. Fuhhhhh padu. Nasi kerabu biru dah habis masa ni, putih pun boleh. Teh ais dia kakak suka, sebab tak terlampau manis potong kaki. Sedang-sedang sedap je. Harga semuanya? of course la berpatutan. Kalau tak patut kaka tak recommend. Next nak try yang lain pula. Selamat mencuba!







Kedai Makan Budu


Antara tempat makan sempoi lagi santai yang kakak suka! Terliur pulak. Maklumla masa menaip ni kakak tengah puasa. Kedai ni terletak di jalan lama Karak. Kalau dari KL, letaknya di sebelah kiri. Di kawasan sini ada dua kedai budu. Satu kedai nama Kedai Budu. Satu lagi Kedai Makan Budu ak.a Kedai Makan Budu Pokok Manggis yang kakak dan kawan kakak suka pergi ni.



Tengok kedainya sempoi kan? Tapi ramai aje customer okey! Yang datang dari KL pun ramai. Ye la, ride motor sesaje ke Karak terus makan. Menu yang kakak suka kat sini ialah ikan kembong goreng cicah dengan budu. Mestila cicah budu kan? Nama pun Kedai Makan Budu. Lepas tu ada ulam kobis. Nak kuah order ikan kembong singgang, tambah telur dadar. Rasa tak cukup sepinggan uols.

Memang sedap! Selain dari menu yang kakak sebut korang boleh je order menu lain. Ikan sweet sour ke, daging masak merah ke, sayur campur ke, ikut korang la, dan ikut la apa bahan yang tengah ada di kedai.

So, siapa yang lalu kat Karak boleh cuba makan di sini.





Pink February




Where has that old friend gone
Lost in a February song
Tell him it won't be long
'Til he opens his eyes



February Song
Josh Groban


 


PKP 2.0


Akhirnya, negeri Pahang terjebak jua dengan PKP 2.0. Mulai 22 Januari 2021 hingga 4 Februari 2021. Demi kebaikan bersama, maka teruskan lah. Kakak kerja seperti biasa. Memandangkan pejabat kami kecil je tak sampai 10 orang jadi semua kena hadir la. 



Kakak memulakan hari dengan memilih tema makeup. Angelic kaedahnya. Angelic la sangat. Haaa nampak sangat tak de kerja kan? Syukur semua kes mahkamah akan di buat secara online sahaja dalam 2 minggu ni atau pun ditangguhkan.


Kakak akan cuba berdiet secara kalori defisit dalam 2 minggu ni. Kita tengok lepas dua minggu berapa boleh turun. Inci dah tak bergerak selepas penurunan since tahun lepas, but nombor atas timbangan sedang bergerak turun secara perlahan umpama siput.


Kakak doakan semua yang terjejas pendapatan pada musim PKP 2.0 ni, semoga diberi kekuatan, ketabahan dan rezeki yang murah. Semoga semuanya cepat berlalu.


Brother Joe's Tong Mo


Kalau balik dari Temerloh, selalu kakak nampak gerai kecil berasap tepi jalan sebelah kiri laluan berhampiran susur masuk ke Felda Lurah Bilut. Tapi tidak kakak nak hirau pun, sampailah terperasan ada brother ni iklan dalam group Penduduk Bentong mengenai gerainya yang berjual Tong Mo.

Tong Mo ialah sosej atau daging sumbat resepi tradisi masyarakat Kemboja. Daging cincang yang diperap dalam rempah campuran tertentu dan disumbat dalam usus lembu. Since kakak tak pernah makan haruslah mencubanya.  



Tong Mo ni biasa akan di bakar panas-panas, dan di gerai Joe's Cool Drink Station ni, Tong Mo hanya akan dibakar bila ada permintaan dari pelanggan. Kiranya boleh makan panas-panas.



Tong Mo ni sedap makan bersama betik muda jeruk atau pun somtam. Gabungan yang sepadan sangat. Mana yang melalui jalan Bentong-Raub boleh la singgah di gerai brother Joe ni. RM10 je satu set. 






1st Step : Good Will



Atas berterusannya sakit jiwa raga bakul kakak dengan management tempat kerja yang tidak nampak ke arah kebaikan pun, tiada lagi benefit, tidak dihargai tetapi tenaga usaha terus diperas, hanya untung sebelah pihak. Makanya kakak tidak nampak jalan keluar lagi melainkan mengeluarkan diri sendiri dari syarikat tersebut. Orang tak hargaikan?

Awalnya kakak hanya mampu merintih plus berangan dan bercerita dengan teman-teman rapat tentang situasi kakak. Sokongan dari kawan-kawan menguatkan semangat kakak yang pada perasaannya tak cukup ilmu langsung nak bekerja sendiri.

Dengan restu suami dan keluarga serta sokongan penuh dari semua kawan-kawan kakak tak kira dari apa bidang pun, kakak tegarkan semangat. Instead of berangan, kakak mula menyusun perancangan, budget , tempoh masa, mengira liability dan hutang-hutang. 

Kakak turut hubungi kawan-kawan yang bekerja sendiri menggunakan nama sendiri serta kawan-kawan yang asalnya makan gaji, tapi akhirnya bekerja sendiri menggunakan nama orang. Kakak bandingkan lebih dan kurang setiap satunya dan akhirnya setelah berfikir dengan teliti (beserta doa, istikharah, solat hajat) kakak buat keputusan untuk bekerja sendiri tanpa berkongsi dan syarikat kakak akan menggunakan nama orang lain.

Langkah seterusnya, kakak merisik panel-panel yang diperolehi oleh beberapa firma yang berpotensi untuk benarkan kakak menggunakan nama mereka atas good will. Dan akhirnya, kakak short listkan kepada tiga firma pilihan utama.

Dengan lafaz Bismillah kakak melangkah menaiki tangga syarikat pertama untuk usulkan cadangan kakak untuk membuka syarikat sendiri menggunakan nama mereka. Kedatangan kakak di sambut dengan warm welcome oleh empunya syarikat dan perbincangan berlangsung hampir 4 jam. Smooth.

Kakak pulang ke rumah tersenyum sepanjang jalan. Sampai di rumah kakak hamburkan semua isi penting perbincangan kepada suami dan suami kakak kata tak perlu lagi pergi ke dua lagi firma dalam senarai kakak tu. Proceed dengan pilihan pertama. Kakak turut hubungi dua teman rapat minta pandangan, kedua-duanya mempunyai pandangan yang serupa dengan suami. Proceed terus.

Alhamdulillah, langkah pertama, yang paling besar dan paling utama sudah selesai. Kakak akan teruskan dengan langkah yang yang seterusnya. Doakan kakak ye?




Banjir 2021

6/1/2021

Uols, maybe reader blog kakak ada yang tau kakak ni asal dari negeri Pahang. Awal tahun 2021 ni, hujan lebat 3 hari melanda negeri Pahang dan daerah tempat kakak mencari rezeki banjir teruk. Teruk yang mana selepas 50 tahun baru banjir sebesar ini. Tempat yang tak pernah banjir pun banjir. Kakak, Alhamdulillah duduk di bandar, akan tetapi masalah tak de air pula akibat air loji yang terlalu keruh.


6/1/2021

Susut air bah di area kakak, makanya air akan naik di area Pahang Tengah pula iaitu kampung kakak. Saat kakak menaip ni, air dah sampai mata tangga paling bawah di dapur. Air dah masuk dalam stor (luar rumah). Yang ada di rumah, mak abah dan adik bongsu. Barang-barang di dapur (dapur rendah sikit) mana yang boleh di pindahkan, mereka kemas dan letak di tengah rumah. 


8/1/2021

Ye, rumah keluarga kakak memang betul-betul di pinggir sungai. Tapi rumah kami ni kedudukannya di atas tebing. Tinggi jaraknya dari sungai Jadi kalau nak turun ke sungai memang kena guna tangga turun ke bawah. Jadi bayangkan betapa besarnya air bah. Kakak tiap kali banjir akan rasa gayat tengok level sungai Pahang separas dengan jalan. Beberapa kali juga kakak merasa keluar dari kampung balik ke daerah kakak tinggal dengan air sungai dah separuh atas jalan raya. Rasa nak menangis kenangkan perjalanan sendiri nak menangis juga tinggalkan parent di kampung. Tahun ini kakak tak sempat nak melalui fasa ini kerana daerah kakak tinggal banjir teruk dan jalan kampung serta LPT  menghala ke kampung kakak dilanda banjir.  

tengok level air masa bukan musim tengkujuh

Kalau ikut keadaan, banjir tahun ini lebih teruk berbanding tahun 2014. Ada kawan-kawan kakak yang total lost, ada yang sedang bergelap di rumah. Ada yang sedang memindahkan barang dan ada yang telah pun berpindah ke PPS. Air naik perlahan tetapi keep on naik. Paras air Sungai Pahang setakat 8/1/2021 ialah 30.88. Melebihi tahap bahaya. Paling takut kalau air naik time tengah malam/dinihari.

Walaupun banjir, pemandangan di belakang rumah tetap antara yang terindah di mata dan di hati kakak. Buat terkenang zaman kecil tinggal dengan arwah wan (nenek) 

Mak dan adik keep on update keadaan setiap hari. Paling risau kalau line telefon terputus macam tahun 2014. Bab makan tak de apa yang dirisaukan. Masa tahun 2014, ibu saudara siap kayuh perahu hantar makanan melalui tingkap. Most of penduduk di pinggir sungai biasanya buat persediaan awal dengan menyimpan pelbagai makanan tahan lama/tin/kering sebagai persediaan menghadapi banjir. Ini memang amalan dari zaman dulu kala lagi.

Pagi 9/1/2021
Petang 9/1/2021. Air naik paling tinggi penuh dalam longkang dah
10/1/2021 petang. Air mulai surut sejak pagi. Ni dua pupu biasa datang naik motor musim banjir kena la datang naik motorbot

Pagi 11/1/2021. Alhamdulillah air makin surut
11/1/2021 petang. Air surut menuju tebing. 


Korang, kita doakan semua mangsa banjir iye? As at to date, Chenor tengah banjir teruk dan hujan lebat di Kuantan. Rumah sepupu iols di Chenor nampak atap je. 


7 Days, 7 Favourites