Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Kedai Makan Kuzah


Korang kalau ke Kuala Lipis, (Lipis ialah daerah, Kuala Lipis ialah nama bandar/pekan) kakak nak recommend satu kedai ni. Namanya  Kedai Makan Kuzah. Landmarknya senang sangat iaitu di tepi Stesyen Keretapi Lipis. Menu yang paling top kat sini ialah nasi kerabu.



Dah bertahun kakak tak datang makan di sini maklumla dah kurang kerja ke Lipis. Bila dah start datang Lipis semula, memang cari balik la kedai-kedai yang dulunya biasa makan. Kali ni, kedai ni makin upgrade dan juga pilihan minuman yang mengancam jiwa.



Menu kakak pilih nasi kerabu daging bakar dengan air teh ais leleh. Fuhhhhh padu. Nasi kerabu biru dah habis masa ni, putih pun boleh. Teh ais dia kakak suka, sebab tak terlampau manis potong kaki. Sedang-sedang sedap je. Harga semuanya? of course la berpatutan. Kalau tak patut kaka tak recommend. Next nak try yang lain pula. Selamat mencuba!







No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites