Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Melaka [part 2] : Ulau Melingkau Di Atas Pagau



Ahli Kelab & Associates. Kali kedua kami dapat bercuti bersama. Itupun sangat la last minit. Tak sangka menjadi. Masing-masing gerak dari destinasi masing-masing jumpa terus di hotel. Saya carpool dengan Alin & Chypp, Maler & famili dari Shah Alam. Nurul & famili gerak dari Jasin dan tunggu di Banda Hilir. 

Kami bergabung dekat dengan Stadthuys dan ambil keputusan untuk minum cendol jam besar yang famous sangat tu.

di Stadthuys

Gerai cendol ini terletak di hadapan Stadthuys betul-betul setentang dengan jam besar (Jam Tan Bee Swee). Keistimewaannya adalah kerana di letakkan dengan gula melaka. Since pengunjung ramai sangat hanya, kena la menunggu orang lain selesai menghirup cendol.  

di Cendol Jam Besar

Rupanya gerai cendol ini telah beroperasi sejak tahun 1952 lagi. kami pilih cendol jagung dan cendol kacang merah. Harganya RM2. Ada pelbagai jenis cendol lain yang harganya dari RM2-RM4.50. Gerai ini terletak di tepi sungai Melaka, sambil menghirup cendol dapat menikmati pemandangan bangunan di seberang sungai dan juga, cruise yang membawa pengunjung menyelusuri sungai ini. 

Hard Rock Cafe dari tempat duduk kami

Selepas makan cendol kami bercadang untuk menaiki Melaka River Cruise pula. Harga tiket untuk dewasa adalah RM10 (tempatan/tunjuk ic) dan RM15 bagi pelancong. Bagi kanak-kanak pula RM5 bagi warga tempatan dan RM7 bagi pelancong. Cruise ini beroperasi setiap hari dari 9 pagi hingga 11 malam.

Sg.Melaka

Kami semua duduk di bahagian paling hadapan sekali. memang best sebab pemandangan tidak terhalang oleh penumpang lain. Part yang tak best sebab duduk depan sekali memang air sungai siap terpercik la pada kami.

dari kiri : Alin, Me, Maler, Batrisya (anak Maler), Aizee, Akid (anak Maler), Nurul, Razak, Ayra (anak Nurul) & Chypp

Dari cruise kami dapat lihat kiri kanan sungai yang terjaga baik oleh Majlis Perbandaran Melaka. Malah ada yang menggelar kawasan cafe menghadap sungai ini umpama Venice Melaka. Batrisya, Akid & Ayra bukan main behave lagi naik cruise. Seronok agaknya.

Jambatan Old Bus Station
Kg Mortem
Restoren Melayu Melaka
wall art menceritakan lagenda Hang Tuah lima bersaudara

Dari river cruise kami ke Menara Taming Sari. Harga tiket untuk dewasa adalah RM15 (tempatan/tunjuk ic) dan RM20 bagi pelancong. Bagi kanak-kanak pula RM10 bagi warga tempatan dan juga pelancong. 

orang gayat tak boleh naik ni
pemandangan indah Selat Melaka

Turun dari menara, kami singgah solat di surau berdekatan dengan menara taming sari sebelum menuju ke Kota Laksamana untuk makan malam di Restoren Asam Pedas Claypot.

Asam Pedas Claypot
No 86, Jalan Laksamana 5
75200 Melaka


Pengunjung tak terkata ramai ya ampun. Kami kena menunggu tepi meja nak dapatkkan tempat. Dapat aje kami tempat duduk dan buat order, pelayan restoren memaklumkan asam pedas sudah habis untuk mengunjung yang baru tiba. Padahal baru pukul 8 malam. Nasib baik awal sesaat.

excited nak makan asam pedas!

Saya pilih asam pedas tetel, tapi pada tekak saya asam pedas tetel ni tak se-kick asam pedas jenahak pilihan Nurul. Lagi kaw rasa dia. Walau kurang kick sekalipun, kering jugak kuah asam pedas tu saya hirup! Kena gelak dengan Nurul. Dasyat sungguh orang Pahang makan asam pedas.

asam pedas tetel pilihan saya!

Dah kenyang, kami ke Jonker Walk pula. Razak yang dah berapa tahun kahwin dengan orang Melaka sekali pun belum pernah pergi Jonker Walk katanya. Titik pertemuan or nak berkumpul kalau berpecah nanti dekat Hard Rock Cafe. Landmark paling mudah. 

Hard Rock Cafe Melaka

Jonker Walk ni pada saya lebih kurang macam pasar malam je sebenarnya. Macam-macam ada jual di sini, terutama makanan. Ni haa...air minum dalam tube darah pun ada. Mak ayah je tak de jual kat sini. Dari Jonker Walk kami balik terus ke hotel. Geng lelaki kononnya nak keluar ngeteh malam tu, sudahnya pengsan je tak pergi mana-mana. 

darah merah or darah biru?

Keesokkan harinya, kami bersarapan di hotel je. Hidangan sarapan pagi tak banyak sangat pilihan tapi menarik dan sedap. Nasi goreng sangat la Melaka. Merah! Ada juga mi sup, roti bakar, dan beberapa pilihan lagi selain menu ala barat seperti roti bakar, sosej dan kentang. Selepas mandi manda di pool hotel, kami semua bersiap untuk ke Klebang mencari coconut shake yang sangat famous tu. 



Landmarknya senang je, kalau sampai kat area yang kereta tetiba jem je, haaa tu maknanya kita dah sampai la di tempat yang betul. Tengok la orang beratur nak bungkus. Punyala ramai.

sila beratur

Di sini pun kena menunggu meja. maklumla kami satu grup, kena pilih meja yang besar. Berbahagi tugas la jawabnya siapa yang cari meja, siapa yang order air dan siapa yang beli kuih. Yang penting enjoy

budak-budak dah moody, ye la panas nau
biasa RM1.70/special RM2
Dari Klebang, jom ke Taman Mini Malaysia pulak. Rasanya kali terakhir pergi masa sekolah rendah kot.

Taman Mini Malaysia/ASEAN
Leboh Ayer Keroh
75450 Melaka

Taman ini dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Untuk pemegang MyKad, tiket bagi dewasa ialah RM15, pelajar RM10 dan kanak-kanak RM8. Bagi bukan pemegang Mykad tiket bagi dewasa ialah RM20, bagi pelajar RM15 dan kanak-kanak RM8




Setiap rumah menunjukkan ciri-ciri istimewa binaan rumah negeri tersebut. Lengkap di hiasi dengan peralatan rumah.

rumah Penang
tangga, tingkap, beranda dan kereta kuda
seronok la pulak
last check point, kita posing

Berdekatan dengan lot parking taman ini ada disediakan surau untuk kegunaan pengunjung beragama islam. Usai solat, perut pun dah lapar kami mencari makan tengahari di MITC yang tidak jauh dari Taman mini Malaysia.

Selera Warisan D'Maria
No 25, Jalan KF 4 
Kota Fesyen MITC, Ayer Keroh
75450 Melaka

Landmark restoren ini ialah kedai dekorasi rumah, Romantika. 



Apa yang best di sini? Seafood lambak! Layanan kat restoren ni best. Lauk pun dihidangkan dengan cepat. RM30 bagi setiap seorang termasuk nasi, seafood, air dan buah okey.

seksi sangat!!
posing dulu

Langsai siap bertambah nasi hehehe seafoodnya ialah ketam, sotong, udang dan kepah. Kuahnya memang sedap. Saya memang puji, cukup rasa masam, masin, pedas, manis. Perfecto!

done!

Reunion kami berakhir di sini. Percubaan cuti-cuti Malaysia dengan Ahli Kelab berjaya! Harap dapat berkumpul lagi. InsyaAllah






No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites