[Travel 2011]
Kami ke Paris dari London. Ikut plan, kami hanya ingin berada di sana sehari sahaja. Subuh lagi kami sudah ke St Pancras. Sambil menaip teringat movie Mr Bean's Holiday.
standby di St Pancras |
Moulin Rouge katanya |
sempat juga minum hot choclate |
jadual ketibaan di Gare Du Nord |
La Chapelle station |
Eiffel Tower
Sebelum sampai di sini mimpi sahaja pun tak berani membayangkan diri sendiri berdiri di depan Eiffel Tower. Dengan jauhnya, kos lagi. Tapi kalau dah rezeki memang dapat la juga. Cuaca juga sangat cantik. Warna langit yang biru memang menambah keindahan monumen paling popular ini.
Eiffel! im in love! |
baring pulak...berdiri kat betul-betul kat bawah Eiffel pun boleh. |
perhati betul-betul, terdapat nama-nama manusia bijak pandai diukir pada Eiffel Tower ni |
Pancaran matahari yang terang dengan suhu yang boleh tahan sejuk ramai pengunjung yang duduk bersantai di sekeliling eiffel ini. Kelihatan sekumpulan kanak-kanak sekolah berkelah bersama guru mereka. "French kiss" memang menjadi kebiasaan di sini hahahah dah kalau dekat French kan?
picnic trip. comel sangat |
Kebiasaannya terdapat ramai penjual cenderahati akan cuba menjual barangan kepada kita. Mereka boleh jadi agresif dalam berjual barangan. Kebetulan pula, yang cuba menjual cenderahati kepada kami pernah tinggal di Malaysia. Panjang pula ceritanya bila dia cuba berbual dalam bahasa melayu.
NOTA
1) Pick pocket sangat tinggi di Paris. Berhati-hati dengan beg kita. Pastikan sling/bagpack disangkutkan di bahagian hadapan badan.
2) Jangan guna barangan berjenama mewah atau barangan kemas yang menonjol. Anda mungkin diperhatikan dan diekori.
3) Jangan terima tawaran bantuan daripada sebarangan orang. Kemungkinan tujuan menipu/rompak.
4) Ramai dari mereka tidak boleh berbahasa Inggeris atau pun enggan berbahasa Inggeris. Pelajari beberapa perkataan yang biasa digunakan.
5) Harga barangan di Butik Louis Vuitton di sini lebih murah berbanding Malaysia.
5) Harga barangan di Butik Louis Vuitton di sini lebih murah berbanding Malaysia.
Sungai Seine
Puas lepak berhampiran dengan Eiffel Tower, monumen yang banyak dikaitkan dengan cinta, kami menuju ke Sungai Seine yang terletak berhampiran.
heading to La Seine |
Berdekatan dengan sungai terdapat sebuah carousel yang pada pendapat saya antara carousel yang paling banyak dirakamkan gambarnya kerana berlatar belakangkan Eiffel Tower.
Paris yang turut dikenali sebagai kota cinta hingga turut dinyanyikan dalam runut bunyi untuk filem Monster in Paris. Best movie ni dan lagu pun sedap walaupun filem animasi. Petikan lagu La Seine nyanyian Vanessa Paradis dan M yang mengisahkan seorang gadis yang jatuh cinta dengan Sungai Seine dan Paris.
"She gets out of bed
So on her
The Seine , the Seine, the Seine
So pretty she bewitches me
The Seine , the Seine, the Seine
Fey is on the moon
The Seine , the Seine, the Seine
You're not drunk
Paris is under
The Seine , the Seine, the Seine"
Kita juga boleh menikmati pemandangan bandar Paris dari sungai Seine dengan menaiki cruise. Harga bermula dari €15 bergantung pakej apa yang anda pilih.
tepi Sungai Seine |
Di sini (mac 2011) matahari memancar, tapi anginnya fuhhh sejuk sampai ke tulang. Seorang kawan kami tiba-tiba demam ketika sampai di Paris, maka hop on hop off bas adalah pilihan terbaik untuk menikmati bandar Paris untuk perjalanan sehari.
hop on hop off bas |
Harga tiket tidak la murah ye, tapi untuk save masa since kami ada di sini hanya satu hari kira okey la. Terkini harga tiket adalah €29 untuk dewasa. Disediakan juga dengan earphone dengan pilihan bahasa untuk penerangan yang diberikan.
jadual waktu bas |
route yang dilalui bas |
tekun uols |
Ecole Militaire
pusat latihan ketenteraan |
Les Invalides
Di Les Invalides adalah hentian pertama dalam perjalanan. Ia juga dikenali sebagai The National Residence of Invalids. Di bangunan ini letaknya muzium dan monumen yang berkaitan dengan sejarah ketenteraan negara Perancis. Selain muzium, di sini juga ada gereja dan tempat pemakaman tentera-tentera yang terkorban ketika perang.
Les Invalides |
Pont Alexandre III
Kami melalui jambatan yang dikenali sebagai Pont Alexandre III. Jambatan ini juga dapat dilihat dalam filem Midnight in Paris. Jambatan yang merentasi Sungai Seine ini menyambungkan antara Champ Elysees ke arah Invalides dan Eiffel Tower dikategorikan sebagai monumen bersejarah di bandar ini.
Pont Alexandre III |
Kelihatan di pangkal jambatan ada patung dewa greek yang mungkin dipercayai menjaga dan memerhatikan jambatan ini. Patung tersebut duduk di tiang tinggi yang di puncaknya juga diletakkan dengan patung dewa yang mengekang pegasus (kuda bersayap seperti dalam mitos greek).
Musee Du Lourve
Hentian kedua ialah Musee Du Lourve (Lourve Museum). Tempat wajib singgah kalau ke Paris. Muzium ini yang terbesar di Paris mengumpulkan pelbagai objek dari zaman dahulu hingga kini. Pastinya antara yang paling terkenal adalah lukisan Mona Lisa karya Leonardo La Vinci. Muzium di buka dari pukul 9 pagi hingga ke 10 malam. Siapa yang ada masa lebih boleh la masuk muzium ni. Saya tak berkesempatan.
Muzium ini terletak di dalam kawasan Lourve Palace. Lourve Palace asalnya adalah sebuah kubu dan bangunan ini juga telah dibesarkan beberapa kali.
Pavilion Sully di Lourve Palace |
Lourve Pyramid merupakan pintu masuk ke muzium. Piramid besar ini dikelilingi oleh 3 lagi piramid kecil. Siapa tengok filem The Da Vinci Code pasti perasan scene yang dibuat di dataran Lourve Palace dan Lourve Pyramid ni.
Lourve Pyramid |
Pont Des Arts
Ini ialah sebuah jambatan laluan pejalan kaki yang menghubungkan di antara Centre Square dengan Institure De France. Siapa yang tengok movie Now You See Me, scene akhir hero adalah di atas jambatan ini.
Jambatan ini juga popular disebabkan dengan "love lock" yang dikuncikan pada jaringan di jambatan ini. Yang mana kuncinya dibuang ke dalam Sungai Seine sebagai simbol cinta berkekalan.
Kalau tak silap beberapa tahun dahulu ada bahagian jaring besi yang dipenuhi dengan mangga kunci ini telah roboh kerana tidak mampu lagi menampung mangga yang terlalu banyak.
kau kunci cintaku di dalam hatimu |
Kisah romantis berkait dengan jambatan ini turut dinyanyikan dalam filem animasi Monster in Paris.
"On the Pont des Arts
My heart falters
On the fence
The air is so good"
Pont des Arts |
Notre-Dame
Selain di stesen metro, dalam banyak-banyak tempat kami singgah di sini kami jumpa public toilet. Betul-betul tepi jalan. Malangnya ada satu je. Puas pulak beratur menunggu giliran. Ruang tandasnya memang besar, sangat besar. Kalau di Malaysia dapat buat berapa bilik tandas dah tu. Ada satu keluarga depan kami masuk aje semuanya sekaligus. Emak & 3 orang anak. Sekarang tak tahulah ada lagi atau telah dialihkan.
Siapa kaki tengok chanel Disney or movie-movie dari Disney pasti pernah dengar movie The Hunchback of Notre Dame. Notre-Dame ini juga merupakan sebuah gereja yang paling terkenal dalam dunia.
senibina yang mengkagumkan |
Selain di stesen metro, dalam banyak-banyak tempat kami singgah di sini kami jumpa public toilet. Betul-betul tepi jalan. Malangnya ada satu je. Puas pulak beratur menunggu giliran. Ruang tandasnya memang besar, sangat besar. Kalau di Malaysia dapat buat berapa bilik tandas dah tu. Ada satu keluarga depan kami masuk aje semuanya sekaligus. Emak & 3 orang anak. Sekarang tak tahulah ada lagi atau telah dialihkan.
Di kawasan ini juga banyak deretan kedai-kedai yang menjual cenderehati, t-shirt, FM, mug dan lain-lain untuk kenang-kenangan. Saya pun beli beberapa cenderahati di sini.
Institut De France
Institut De France
Tempat belajar. Hmmm cantik dan ciri-ciri unik ye tempat belajar. Untunglah.
Musee d'Orsay
Bangunan yang terletak di pinggir sungai Seine ini merupakan sebuah muzium yang menyimpan dan mempamerkan karya seni dari artis-artis berbakat besar seperti Van Gogh dan Monet. Bangunan ini asalnya adalah sebuah stesen keretapi yang dikenali sebagai Gare d'Orsay.
salah satu pintu bangunan utama |
Assemblee Nationale
bahagian depan bangunan |
Place De La Concord
Merupakan sebuah dataran yang terbesar di negara ini. Terdapat 2 air pancur di dalam kawasan dataran ini. Satunya didedikasikan kepada laut, satu lagi didedikasikan kepada sungai iaitu Sungai Seine.
fountain. tiada air |
Selain dari air pancur, di dataran ini juga letaknya obelisk pemberian Egypt.
La Madeleine
Gereja Roman Khatolik yang dibina dengan gaya Neo klasik. Gereja ini masih aktif digunakan terutama untuk upacara perkahwinan dan kematian.
gereja dari hadapan. |
ukiran The Last Judgment |
Palais Garnier
Rumah opera yang terkenal. Antara sebab terkenalnya ialah ianya merupakan salah tempat dalam novel Phantom of the Opera.
dari depan |
La Fayette
Tak sah kalau tak singgah ke mall yang paling terkenal di Paris ni. yang menarik perhatian pastilah struktur bangunan itu sendiri. Yang paling cantik adalah siling di dalam gedung. Memang menangkap pandangan mata.
di pintu masuk |
siling |
struktur dalam gudang La Fayette |
Place Vendome
Di dataran ini letaknya banyak hotel-hotel terkemuka dan butik-butik berjenama terkenal. Terdapat pula tiang berwarna kehijauan yang terletak di tengah-tengah dataran yang dikenali sebagai The Vendome Column.
The Vendome Column |
Arc De Triomphe
Monumen paling popular di Paris pastinya Arc De Triomphe. Monumen ini dibina bagi memperingati mereka yang berjuang dan terkorban demi Perancis dan Rovolusi Perancis dan juga Perang Napoleon. Di bawah monumen ini terdapat makam askar-askar yang tidak dikenalpasti dari Perang Dunia I.
Louis Vuitton
Bangunan yang tidak perlu diperkenalkan lagi ialah Louis Vuitton. Actually harga barangannya boleh dapat murah sedikit berbanding di Malaysia. Sebab itulah ramai warga Malaysia tak lepas peluang shopping LV di sini.
Louis Vuitton
|
Bangunan ini merupakan muzium juga ruang pameran. Antara barangan berharga yang dipamerkan di sini adalah koleksi siri lukisan "Salon". Bukan sekadar mempamerkan barangan berharga, fashion show juga pernah dibuat di sini.
depan bangunan |
Muzium. Banyak sungguh muzium dalam Paris sahaja. Namun masa memang tidak mengizinkan untuk berkesempatan masuk ke muzium-muzium ini.
Trocadero
Dataran yang terletak di seberang Sungai Seine bertentangan dengan Eiffel Tower. Jika punyai masa berhentilah di sini untuk dapatkan gambar Eiffel Tower. Kami sampai dekat area sini semua dah melepek tak larat.
Terrace of the Right Man |
Tak puas sebenarnya seharian sahaja di Paris, semoga ada rezeki datang lagi dan boleh menghayati keindahan senibina di sini walaupun bandarnya agak kotor oleh tahi burung dan tahianjing, bau hancing hampir keseluruhan tempat yang kami pergi mungkin kerana kurangnya tandas awam?
No comments:
Post a Comment