Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Skytrex Adventure

papan tanda di hadapan pintu masuk taman botani

Walaupun saya ni gayat orangnya tapi sekali sekala teringin juga untuk buat aktiviti yang mencabar kegayatan. Google sana sini jumpa maklumat tentang Skytrex Adventure di Taman Botani Shah Alam.

Kami pilih Big Thrill (Intermediate), tahap kesusahan sederhana kononnya walaupun kecut perut memikirkan ada 26 task yang perlu dilalui. Antara syarat penyertaan adalah berat tidak melebihi 100kg dan tinggi tidak kurang 140cm. Bayaran boleh dibuat secara online di laman web Skytrex Adventure.

Selain Big Thrill, ada pilihan lain iaitu Little Adventure (Beginner), RM35 dan Extreme Challenge (Advanced), RM55. Patutnya saya ambil Little Adventure je pfftt. Untuk Little Adventure ketinggian tidak boleh kurang dari 110cm.

Waktu mula aktiviti untuk hari Sabtu, Ahad & cuti umum adalah bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 3 petang. Manakala dari hari Selasa hingga Jumaat pula dari pukul 8.30 pagi hingga 1.30 tengahari.

Slot yang kami pilih adalah pukul 11.30 pagi dan setiap slot maksimum 25 orang. Kami diminta memakai peralatan keselamatan dan berkumpul serta diberikan taklimat tentang cabaran dan juga keselamatan. Kami juga diminta menandatangani surat pelepasan pihak Skytrex Adventure daripada bertanggungan ke atas apa-apa yang boleh berlaku ke atas kami. 

Usai taklimat kami juga diberi pilihan untuk membeli peralatan tambahan sekiranya perlu. Kami hanya beli sarung tangan sahaja yang berharga RM5. Ada jual dijual air mineral, minuman tin malah sewa laci jika perlu untuk letak barang.

Kemudiannya kami dibawa ke kawasan bertanda Big Thrill Train & Try. Di sini jurulatih membuat penjelasan lebih detail penggunaan alatan untuk kami meneruskan cabaran, kerana di atas sana kita tidak akan dibantu oleh jurulatih mahupun kakitangan yang menjaga check point. Semua kena buat sendiri. Maka setiap peserta perlu membuat latihan terlebih dahulu.  

tempat permulaan latihan

Antara latihan asas yang perlu dibuat oleh setiap peserta ialah memanjat, meniti dan flying fox. Oleh kerana ini adalah latihan jadinya tangga pun tak de la tinggi sangat. Titi pun tak jauh walaupun saya terketar-ketar la juga. Flying fox pun dijarak yang sangat dekat. Boleh kot saya buat sampai habis. Tak habis-habis meyakinkan diri sendiri yang makin kecut perut sebenarnya.

memanjat
meniti
flying fox
flying fox

Selesai latihan kami berkumpul pula ditempat permulaan untuk Big Thrill. Masa sampai di sini bukan main seram sejuk saya rasa. Sudahlah ramai yang menunggu, tengok pulak tangga yang perlu di panjat sayup tinggi ke atas.

tempat permulaan Big Thrill
tu dia skit punya tinggi

Akhirnya sampai juga giliran saya. Dengan sepenuh hati saya memanjat tangga okey. Langsung tak pandang bawah walaupun telinga ni sayup-sayup dengar orang sebelah sana menjerit-jerit. Macam saya agaknya, takut jugak diaorang tu. Mata saya fokus pandang pokok. Sampai separuh tangga saya rasa tangan saya dah lenguh. Itulah, malas bersenam terus nak beraktiviti. Merasa la. 

Awek yang jaga check point (dia duduk atas pelantar) tanya saya okey ke tidak dan minta saya bertenang dulu baru baru teruskan panjat. Akhirnya saya sampai juga ke atas pelantar dan terus peluk pokok hahahah kaki saya menggigil teruk weh. Lepas tu kena bebel dengan awek tu suruh saya gerak cepat sikit ke check point seterusnya.

sape gayat jangan pandang ke bawah

Laluan seterusnya, agak menggembirakan saya sebab ianya jaring bertutup penuh kiri kanan. Sempat posing lagi.

posing beria sebab yang ni tak takut sangat
bleh tahan juga jaraknya

Lepas dari jaring tu ada beberapa halangan lagi serta memanjat lebih tinggi. Sampai di halangan yang ni memang saya dah down habis. Ketakutan yang melampaui batas bila tengok titi ni sikit punya halus dan jarak pula macam jauh. Pandang pula ke bawah sayup je nampak tanah.

Sudahnya saya menangis dan badan rasa keras tak boleh bergerak. Puas pulak kawan saya pujuk. Lepas dah puas menangis dan menjerit sekuat hati supaya hilang rasa takut, baru rasa okey dan siap minta maaf dengan sekumpulan awek kat bawah kami. Semua jadi tersangkut tak boleh teruskan halangan. Nasib baik semuanya sporting siap cakap dia orang faham saya takut sangat. 

Walaupun takut dan menangis halangan tetap dilepasi ye. Lepas meniti ni ada flying fox yang agak jauh jaraknya dan brother yang jaga check point tu kata saya patut guna express way sebab halangan seterusnya sangat susah dan keadaan saya yang tidak meyakinkan hahahahah. So, saya terus guna satu lagi flying fox jarak pendek.

kat sini point yang paling saya takut! halus benar papannya

Nasib baik saya ambil express way, nampak aje nak meniti tiub ni macam senang. Susah woih. Tiub ni asik bergerak-gerak ke kiri kanan setiap kali kaki nak pijak. Licin tu dah tentu. Memang ambil masa nak selesai halangan yang satu ni.

yang ni paling susah

Sampai dipelantar bila toleh ke belakang baru perasan kumpulan awek belakang kami dah tak de. Brother yang jaga check point bagitau mereka keluar dari task ikut emergency exit sebab ada antara mereka yang nak termuntah. Mujurlah paginya kami makan roti sikit dengan air 100+ jer. Kalau tak mungkin senasib dengan mereka.

Halangan-halangan seterusnya agak kurang menakutkan kerana ketinggian makin menurun. Gayat makin kurang. Yang penting saya berjaya selesai sampai ke check point terakhir tanpa keluar ikut emergency exit. Kami sampai di check point terakhir lebih kurang pukul 4 petang. Anggaran masa yang diambil untuk melepasi semua halangan lebih kurang antara 2 jam setengah hingga 3 jam bergantung kepada kecekapan. Saya mungkin ambil masa lebih pffttt.

yang penting complete task!

Siapa yang berani dan rasa ingin cabar diri bolehlah cuba Skytrex ni. Pastikan jangan makan makanan terlalu berat.


No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites