Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Starlight Suiten


Menginap di hotel ni memang betul-betul nasib. Boleh pulak tersalah beli tiket bas dari Ljubljana ke Vienna. Sudahnya memang salah book penginapan la kan. Tak pasal. Mujur boleh return semula bayaran. Dapat beli tiket bas baru. Yang problemnya penginapan. Nasib baik dapat hotel ni. Mahal pun mahal lah. RM248 seorang semalam. Kira satu bilik RM496. Nak buat macam mana. Dah tersilap. 

Starlight Suiten ni merupakan hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Renngasse, 01. Innere Stadt, Vienna, Austria 1010. Sepelaung je dari Wien University. Station UBahn yang terdekat adalah Schottentor.



Kami tiba awal pagi jadi tak boleh check in lagi. Yang paling best staff hotel benarkan kami tinggalkan beg terlebih dahulu sementara kami pergi berjalan-jalan habiskan masa tunggu waktu check in. Manager hotel juga sangat peramah bagi tip dan bagi info tempat-tempat terdekat yang kami boleh spend time. 

Antara tarikan yang terdekat dengan ialah Anker Uhr (stunning clock) dan Romermuseum (Roman Museum). Saya tak masuk pun muzium tapi terus pergi sarapan di Aida's Bakery. Hard Rock Cafe dan Starbuck juga berada berdekatan. Bukan tahap dekat lagi dah, HRC depan Aida's ni, Starbucks pulak selang satu kedai.

Sampai waktu check in balik la semula kami ni ke hotel. Jom tengok bilik kami yang besar, luas lagi superb tu.


gula





Kalau ada budget lebih saya memang rekemen korang menginap di hotel ni.

Pro

1) Tengah bandar
2) Dekat dengan restoren seafood (Nordsee)
3) Dekat dengan Stephanplatz, Strabucks & Hard Rock Vienna
4) Dekat dengan pelbagai bakery
5) Berdekatan dengan tram dan train
6) Dekat dengan Wien University
7) Manager & staff sangat peramah & helpfull
8) Pihak hotel benarkan kami tinggalkan beg sebelum check in & selepas check out

Contra

1) Pricey

***kos euro trip


Klik! klik!

Malang betul nasib kawan-kawan yang follow Intagram saya dalam bulan 10 yang lepas. Mesti korang semua mabuk, muntah pelangi dengan gambar-gambar percutianku hahhahahah.

Sorrylah ye, bukan senang nak dapat cuti panjang. Dekat nak dua tahun cuti panjang beku tau tak? Kos pergi Eropah pun bukannya RM399 all in. Kena la bergambar banyak-banyak bagi orang yang follow bersemangat nak bercuti juga!

Yang saya perasan komen yang berulang ialah tentang cuti yang panjang (ya, memang susah nak cuti) dan juga pasal gambar, Gopro ke? Travel mate kau siap meniarap ambil gambar? Tak ramai orang ye kat tempat kau bergambar? Macam tulah soalan-soalan yang saya dapat. Okeylah, jom saya kongsikan tips dan pengalaman saya berkenaan gambar-gambar percutian semasa di Eropah.




1) Kelas fotografi

Saya bukan pandai sangat bab fotografi ni. Bila Ella ajak masuk kelas fotografi smartphone, saya setuju je la. Yuran kelas pun baru RM50. Semasa saudara Sybli tanya kenapa masuk kelas, saya pun jawab "demi untuk mendapatkan gambar meletop masa percutian di Eropah nanti". Mampu? Cita-cita sangat.

Walaupun RM50 je yuran tapi banyak ilmu yang kami dapat. Siap praktikal lagi bawah bangunan. Makanya tahulah juga serba sedikit komposisi cahayalah, framelah, reflectionlah.


Bled, Slovania

2) Gadget

Kita ni tak reti bab gadget ni. Pakai pun handphone Sony Experia M dengan Xiomi Yicam je. Tapi untuk Yicam saya tak pakai selfie stick biasa tu. Guna 3 way monopod yang ada kaki. Senang. Boleh letak atas tanah, bangku, jambatan dan lain-lain.

Haa sekarang korang dah tahukan kenapa gambar-gambarku ala Rozita Che Wan melancong? Semua angle bawah je. Bagi ilusi kurus tinggi sikit walaupun tak tinggi mana. Sebab monopod tulah.

Buda Castle, Budapest

3) Selfie stick

Tak payah buat penjelasan lebih rasanya tentang selfie stick. Pandai-pandailah nak posing macam mana asalkan tak ketuk kepala orang lain. Nanti jadi kes jenayah pula.

Schloss Schonbrunn & Great Parterre dari Neptune Fountain, Vienna

4) Bangun awal

Korang tahu tak kebanyakan tourist spot di tempat yang saya pergi penuh dengan manusia/pelancong macam ulat nangka?

Di Charles Bridge, Prague tu hari pertama kami sampai dah menyinggah. Nak letak tapak kaki pun tak tahu dekat mana. Cobblerstone pun tak berapa boleh nampak okey? Rimas, lemas, langsung tak romantik macam yang digembar gemburkan.

Maka, hari esoknya saya nekad bangun awal dan nak keluar awal. Pukul 6 pagi nak mula bersiap dah. Gigih! Demi nak mendapatkan gambar yang meletop. Tapi bila selak langsir bilik kat luar gelap gelita. Kahkahkah. Bersemangat sangat konon. 

Akhirnya pukul 6.30 pagi baru mula bersiap. Sempat sarapan dulu di bilik. Tapi ala-ala telan ajela semua makanan tu nak cepat punya pasal. 7.30 pagi dah ada atas jambatan. Yang ada 2-3 orang yang berjoging, satu pasangan pengantin tengah photoshoot, dan beberapa manusia tegar lain. Puas hati!

Charles Bridge, Prague


5) Tawarkan diri untuk ambil gambar

Bukan apa, kadang-kadang tu pelancong lain ada dekat spot yang saya nak posing atau saya nak ambil gambar. Jalan paling cepat nak suruh mereka beredar, sukarela tawar diri sendiri untuk ambil gambar.

Kalau dah tawar diri tolong ambil gambar orang lain, jangan pula snap gambar sambil lewa. Main snap suka hati tak ikhlas langsung. Pegang smartphone orang tu pun guna sebelah tangan yakin je tangan kau tu tak menggigil. Silap hari bulan tempat bergambar tu berangin kuat memang bergoyang-goyanglah tangan kau. Hasil gambar mesti kabur punya. Nak ke dia beredar cepat dari tempat yang kau dah aim? Kau rasa?

Ambil masa sikit adjust kamera/telefon mereka, beri arahan berdiri di tengah ke, perlu gerak ke tepi ke. Buatlah lontaran suara kira 1,2,3 serta snap beberapa keping gambar samada melintang atau menegak.  

Bila kita ambil gambar orang lain elok-elok, cepat mereka beredar. Kita pula boleh ambil giliran bergambar. Kalau nasib baik mereka pula tawar diri untuk tolong snap gambar kita.

Paling comel bila saya tolong ambil gambar pelancong dari Jepun setiap kali saya bagi arahan (ready?, another shoot for you) mereka akan jawab "hait!"


Mozart Statue, Vienna. Hasil bidikan pelancong Jepun

6) Cari spot berbeza

Kita biasanya fokus pada perkara yang kita nampak jelas depan mata. Yang itulah yang kita hendak juga. Sudahnya kita berebut-rebut berposing dalam taman dekat pokok itulah juga bersama 1211 manusia yang lain.

Cuba kita jengah, jenguk ke bahagian yang mungkin nampak macam kurang orang. Kadang-kadang pemandangan di situ jauh lebih menarik. Saya dah cuba.

I amsterdam yang besar penuh dengan manusia. Terjumpa dengan bangku ni. Haaa aman boleh posing

7) Sabar

Bukan mudah untuk mendapatkan gambar di tempat tumpuan pelancong tanpa ada orang lain masuk di dalam gambar kita. Sabar adalah kunci kecantikan gambar. Hahahah. Betul, kena banyak bersabar. 

Pertamanya perlu adjust gadget kita dan juga nak aim tempat menarik untuk ambil gambar yang mungkin dipenuhi pelancong lain. Sabar juga diperlukan bila kena berdiri di spot tertentu untuk masa yang agak lama sementara menunggu pelancong lain bergerak ke tepi sedikit. Sabar juga terpakai pada travel partner kita yang tangannya sedang bersedia untuk snap gambar saat pelancong lain keluar dari frame kamera!

Atas Maria Bridge, berlatar belakang Neuschwanstein Castle

8) Buang rasa malu

Malu bertanya sesat jalan, malu posing tiada gambar. Maksudnya kalau kita malu untuk bergambar memang jawabnya kita tidak akan dapat bergambar ditempat menjadi pilihan ramai orang.

Ini gambar saya bersama patung Napoleon di Old Town, Bratislava. Di depan saya sebenarnya ada sekumpulan pelancong yang sedang merenung! Bukan apa mereka pun nak bergambar juga di sini. Patung paling popular di Bratislava la katakan.


Old Town, Bratislava

9) Jangan buang masa

Hampir setiap negara yang kami singgah, kami akan ambil free walking tour. Sepanjang tour saya biasanya memang on camera Yicam dan standby telefon di tangan. Kalau rasa ada pemandangan yang saya berkenan, or tempat sesuai nak bergambar dengan pantas saya bertindak, kerana mungkin kami tidak akan datang lagi ke kawasan itu semula.

Adam & Eve sculpture berhampiran dengan Butcher Bridge, Ljubljana. Sempat posing sambil dengan tour guide bercerita tentang pasar

10) Aplikasi untuk editing

#nofilter kata kau? Yelah sangat.

Aplikasi yang saya guna adalah Snapseed dan Camera 360 (ambil gambar guna camera biasa atau dari Yicam, edit sahaja guna Camera 360).

Tapi janganlah pula edit gambar sampai hilang kecantikan pemandangan/individu dalam gambar. 

Gotische Zaal, Den Haag

Ljubljana, Slovenia



Macam mana nak sebut Ljubljana? Ada ke tempat nama macam tu kat peta dunia? haaa gitu la feedback yang saya dapat bila bagitau kawan-kawan saya nak pergi ke tempat nama Ljubljana.

Ljubljana adalah ibu negara Slovenia. Slovenia pernah dengarkan? Ljubljana di sebut sebagai Liubliana. Lee-yub-lee-yana. Trust me, orang-orang Ljubljana ni cantik-cantik dan handsome-hansome! Masing-masing macam turun dari runaway fashion show. Maybe tak ramai pendatang di sini, so kita boleh tengok rupa paras or feature mereka yang belum bercampur. Nah bukti hahahaha




Kami tiba di Ljubljana dari Munich awal pagi gelap buta dalam pukul 4 pagi lebih kurang. Since masih terlalu awal pagi, kami bercadang untuk berehat dulu sebelum gerak ke apartment kami. Dari stesen bas di seberang jalan kami nampak beberapa kedai makan yang masih beroperasi. Kami pilih untuk minum dan sarapan (or lebih tepat sahur?) di Restoren Ajda.


senarai menu yang ada
close up sikit senarai menu

Kami pilih burek, rasanya macam sesuai aje nak makan time waktu sahur macam ni. Harga pun murah je €2. Burek yang ni berperisa keju. Rasa burek seperti roti canai yang gebu dimakan dengan keju. Keju di Slovania disebut sebagai Syr (siir). Burek juga merupakan makanan tempatan paling popular di negara-negara Balkan.


Burek

Kebanyakan negara-negara yang saya jejak kaki, kita yang makan, kitalah yang kena bersihkan sisa makan kita. Tray perlu diletakkan dalam raknya dan pekerja di restoren akan membuat pembersihan dari situ. Jangan kita tunjuk lagak diva ye. Amalan yang baik kita contohi dan boleh amalkan di tempat kita sendiri pulak.

rak untuk letak tray

Sama seperti di Munich, di sini kami juga memilih untuk mendapatkan khidmat Free Walking Tour. Tempat berkumpul adalah di Preseren Square. Dataran yang merupakan landmark bagi Ljubljana. 

Di sini jugalah letaknya Triple Bridge yang menjadi mercu tanda bandar ini. Mampu? Tiga jambatan sekaligus letak berderet. Semualah nak guna jambatan ni. Yang jalan kaki, bas, naik basikal, performer pun ada jugak atas jambatan ni.


Preseren Square atau Dataran Preseren merupakan tempat paling ramai orang berkumpul. Apa yang ada di dataran ni? Antaranya adalah Franciscan Church yang berwarna salmon pink. Tapi, yang paling menonjol haruslah patung penyair terkenal di sini France Preseren bersama musenya.

Peliknya patung ni, gadis yang ada bersama France Preseren ni bukanlah kekasih dia. Mana awek dia? Nun jauh di sana, bangunan yang terletak bersetentangan dengan patung penyair ini letaknya wajah Julija Primic. Pujaan hati sebenar, dan juga wanita yang menjadi sumber inspirasi puisi-puisi France Preseren. Cinta terhalang uols. Mak Julija tak berkenan dekat France. 


France Preseren & his muse
Julija Primic

Selain dari dua perkara tadi tu, ada juga Hauptman House, bangunan lama yang mempunyai rekaan unik dan menarik.


Di Ljubljana ni banyak betul jambatan. Jambatan-jambatannya popular pulak tu. Jambatan pertama yang kami singgah ialah The Butcher Bridge. Jambatan ini terletak berdekatan dengan pasar. Pada suatu ketika merupakan laluan dan juga tempat berjual penjual-penjual daging. 

Sekarang banyak perkara menarik berlaku atas jambatan ini. Sebahagian lantai jambatan ini adalah telus pandang. Jambatan ini jadi tempat letak "love locks", malah terdapat patung-patung unik ada di sini.

Adam & Eve. Dua-dua bangunan putih tu pasar 
atas jambatan. tengoklah lantai dia
kerang-kerangan dan ikan berlatar belakangkan pasar
satyr

Jambatan seterusnya adalah jambatan yang mempopularkan Ljubljana dengan lagenda naga iaitu Dragon Bridge. Banyak versi kisah naga dan Ljubljana tapi yang paling popular ialah terdapatnya pertarungan sengit di atas jambatan ini di antara naga dan juga Jason. Kisah mitos yang paling popular kiranya. 

nak ke dragon bridge laluan ni nampak belakang pasar
dragon bridge dari jauh



Dari Dragon Bridge kami gerak pula ke pasar. Di sini kami diberi peluang mencuba lobak dan lobak putih jeruk. Makanan warga Ljubljana di musim sejuk suatu masa dahulu (masih di makan hingga kini).


tour guide kami sedang dapatkan jeruk dari peniaga pasar

Masa jalan kaki ke Cathedral St Nicholas, saya terpikat sungguh dengan bunga-bunga yang dijual. Gubahan pun ala musim sejuklah. Mode jiwang on. 



Apa yang menyebabkan gereja ini menarik ialah rekaannya. Kubah hijau, dengan pintu masuk yang mempunyai 1001 kisah tersendiri serta dalamnya di reka dengan rekaan baroque.
Cathedral of St Nicholas
pintu masuk dengan 1001 kisah di Ljubljana
siling gereja


Dari gereja ni kami gerak lagi ke Town Hall. Tak tahulah kenapa sepanjang trip ni saya suka benar mencari Town Hall. Di setiap negara pulak tu. Landmark yang paling senang cari agaknya. 




Berdekatan dengan Town Hall Ljubljana ni ada satu air pancur yang dikenali sebagai Robba Fountain atau pun The Fountain of Three Carniolan Rivers. Pada air pancur ni terdapat ukiran dewa-dewa sungai yang mewakili 3 sungai iaitu the Sava, the Ljublijanica dan the Krka.


close up Robba Fountain

Lepas ni jambatan lagi. Lagi? Ye lagi ada jambatan. Dah kata tadi banyak jambatan di Ljubljana ni. Kali ni Cobbler's Bridge pula. Dulu-dulu mereka akan baling kasut biar tergantung pada wayar berdekatan dengan jambatan. Untuk luck katanya. Tapi masa saya di sini tak de pun. Mungkin telah dibersihkan.


Walaupun Ljubljana ni sebuah kota kecil yang merdeka sekitar tahun 1990-an tapi tidak menidakkan peluang pendidikan yang ditawarkan di sini. Okey, saya memang berkenan sungguh bangunan dengan rekabentuk lama. Macam dalam cerita fairytales la senang kata. Contohnya macam University of Ljubljana ni. Telah di tubuhkan tahun 1909 ye. 

depan universiti. takde pagar pun ye

National & University Library

Cuaca tak berapa cantik di Ljubljana. Sebelah paginya kemain matahari memancar,langit biru. Naik tengahari hujan non stop sampai dah nak petang. nasib la ye. Dah musim luruh itulah adatnya.

Apa-apahal baik cari makan. Iye tak? Tak jauh dari Dragon's Bridge saya terjumpa dengan satu restoren halal. Itu pun ada local girl yang tunjuk. Seherezada. Yang menarik perhatian saya ialah menu Horse Burger. Burger kuda. 


Teruslah saya tanya pada pengurus restoren tentang status halal burger kuda. Katanya "horse (sambil buat gaya sembelih di leher dia sendiri) but no Bismillah". Hahaha tak dapat makan burger kuda. Dia suruh makan burger lain je yang memang sah halal. Sudahnya saya pilih falafel. Eh, falafel kat restoren ni yang tersedap saya makan sepanjang trip ni.


Restoren ni kecil je. Ada la 3-4 meja. Biasanya orang take away atau di eropah mereka sebut to-go sahaja. Pengurus dan seorang lagi pekerja ramah sangat berbual dengan saya. Wifi pun ada di sini.


falafel dengan air anggur €4.5

Siap makan kita sambung aktiviti berjalan. Nak naik ke Ljubljana Castle pulak. Sambil jalan-jalan tu terjumpa dengan satu statue "WOW Ljubljana". Kalau tengok dalam IG Ljubljana, statue WOW ni agak baru diletak di sini.


Ljubljana Castle dari jauh

Macam biasa, istana biasanya terletak atas bukit. Untuk naik ke istana ni kena naik furnicular dengan bayaran €4.

Nampak kangaroo?
dalam funicular

Tak ramai pengunjung di istana. Mungkin hari sudah lewat petang. Tak lama lagi waktu lawatan pun nak habis. Ljubljana Castle ni ringkas je rekaannya. Actually ada juga muzium dan restoren di sini. 


Balik dari istana kami singgah disebuah cafe berhampiran dengan tempat tinggal kami sebelum balik ke rumah. CENIK nama cafe ni. Banyak cafe yang kami jumpa sepanjang berjalan-jalan di Ljubljana. Warga tempatan gemar minum kopi. Saya pun nak juga. Tak tahu nak pilih apa, saya ambil jalan selamat pilih kopi je untuk diri sendiri.

NOTA
Kopi o di kenali sebagai kava. Kopi pula kava z mlekom.



kava z mlekom. coffee with milk

Sedap tau kava z mlekom di Ljubljana. Memang kaw. Dua kali la merasa saya order di dua cafe yang berbeza. Jenis air je sama. Siapa datang ke Ljubljana mesti cuba okey? Dah malam kami sampai ke rumah teruja untuk ke Bled pula! 



7 Days, 7 Favourites