Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Menjejak Bunga Pakma



4 Januari 2020, pukul 8.16 pagi kakak nampak Ustaz Basits post dalam group bagitahu ada slot untuk hiking pada 5 Januari 2020 di bawah seliaan renjer hutan dan Pejabat Hutan bagi melihat sendiri bunga pakma a. k. a bunga rafflesia di Taman Eko Rimba Lata Jarum, Raub Pahang. Kakak orang pertama daftar. 

Beberapa tahun juga hakak menunggu peluang ini sejak hakak mengetahui bahawa bunga pakma ini wujud di tempat kakak mencari rezeki. Alhamdulillah. Ada juga bahagian nak menyaksikan sendiri bunga unik ni. Selama ni dalam buku je kan. Harus kakak teruja. 


Pukul 9 pagi kami berkumpul di Taman Eko Rimba Lata Jarum, dipecahkan kepada 3 kumpulan dengan setiap kumpulan di assign renjer hutan. Kakak dalam grup 3, grup yang last sekali. Taklimat ringkas diberikan oleh pihak Pejabat Hutan dan bacaan doa oleh Ustaz Basits sebelum memulakan langkah kami. 


Setiap kumpulan dilepaskan secara berperingkat. Kami dimaklumkan perjalanan akan mengambil masa satu jam setengah. 


Perjalanan ini menyeronokkan untuk kakak since hutan ni nyaman dan sejuk. Tambah pula setiap langkah diiringi bunyi menderu air terjun Lata Jarum. Kami limitkan bercakap with each other, pertamanya menjaga kesusilaan dalam hutan, yang keduanya, mendaki sepanjang masa weh, semput nanti kalau asyik bercakap. 


Kami stop di satu kawasan, bila nampak ada sangkar warna hijau. Sangkar ni dipasang oleh pihak Pejabat Hutan bagi melindungi, benih atau buah atau kudup bunga pakma dari dirosakkan haiwan. Kelihatan juga bunga pakma yang dah buruk. 

bunga pakma yang dah buruk
putik bunga pakma pada akar pokok
akar pokok tempat bunga pakma jadi parasit

Kami teruskan lagi perjalanan ke tapak check point. 2-3 kali melintasi anak sungai. Batu-batu ada yang berlumut dan agak licin. Kalau udara pun nyaman dan sedikit sejuk korang bayangkan air ni sejuk macam mana agaknya. 


Kami berhenti di kawasan check point bagi berehat sebentar dan menunggu giliran kumpulan 1 dan 2 naik ke tempat bunga pakma yang sedang mekar. Kena bergilir kumpulan yang naik since laluan seterusnya sempit dan tempat bunga tu sendiri kecik je kawasannya. 

jenis pokok yang digemari bunga pakma untuk menumpang

Lama juga tunggu wey, ada satu jam. Masing-masing selfie 1000 keping sorang barangkali. Sempat la berbau Bygon sembur sakan kat kaki lepas dengar ada gegurl team depan menjerit-jerit kena pacat. 


Akhirnya sampai jua turn kami untuk daki ke tempat bunga pakma yang tengah kembang. Sementara tunggu giliran bergambar, kami nampak bunga pakma yang dah mati. Mungkin dah seminggu mengikut kata renjer. Terdapat juga tag pelbagai warna ditanda pada akar pokok tempat bunga pakma menumpang. Menurut renjer, itu adalah penandaan oleh pelbagai kumpulan yang membuat kajian tentang bunga pakma. Antaranya dari UKM dan UPM. 

kudup bunga pakma

Akhirnya saat yang dinantikan telah tiba. Kakak so excited, sebab selama ni either tengok dalam tv or dalam internet. Paling tidak pada fridge magnet. Ini adalah kali pertama untuk kakak untuk menyaksikan secara live bunga rafflesia. Pengalaman yang terlalu berharga. 


Renjer hutan memaklumkan, kami beruntung kerana dapat menyaksikan bunga pakma ini yang bukan sahaja baru mekar, tetapi tergantung pula pada akar pokok. Kerana kebiasaannya bunga pakma akan keluar dari akar yang berada atas tanah. 

NOTA
1) Di Malaysia bunga pakma ada di Pahang, Perak, Sabah & Sarawak. 
2) Bunga pakma adalah sejenis parasit menumpang pada pokok lain. 
3) Bunga ini tidak ada musim. 
4) Bunga pakma bertumbuh dalam tempoh yang sangat perlahan lebih kurang antara 8 bulan ke 12 bulan. 
5) Bunga pakma kembang penuh lebih kurang 3 hari sahaja. 
6) Bunga ini berbau seperti bangkai. 
7) Akar tempat bunga ini tumbuh agak sensitif, jika dipijak ia boleh pecah dan akan menyebabkan bunga mati. Perlu berhati-hati melangkah disekitar bunga. 
8) Dari segi khasiat tidak dapat dipastikan kegunaannya tetapi kudup bunga boleh direbus dan airnya diminum seperti air akar kayu.
9) Dikenali dan disebut sebagai pokok pecah belah oleh orang tempatan.

buah dan kudup bunga pakma


Ada pelbagai spesis rafflesia dan setiap spesis dibezakan melalui bintik atau corak pada kelopaknya.



Kami dimaklumkan juga oleh renjer, bahawa terdapat spesis rafflesia yang lebih unik ada di hutan Lipis, yang mana warna lebih pucat berbanding bunga pakma biasa dan bentuknya mirip bunga bakawali iaitu bila kembang berkelopak-kelopak mekarnya. Wow! 


Kami memang sangat puas hati dengan trip ini. Berbanyak terima kasih pada renjer yang mengiring kami. Sabar melayan 1001 pertanyaan kami dan banyak pengetahuan tentang rafflesia yang kami dapat. Ini memang betul-betul once in a lifetime experience. 

NOTA
Hutan Lata Jarum adalah hutan tertutup dan mesti mendapat permit kebenaran dari Pejabat Hutan sekiranya ingin masuk ke hutan ini.


Wish List


Mana yang baca entry kakak yang lepas-lepas, sure korang perasan setiap awal tahun kakak akan buat wish list ke mana kakak nak travel untuk tahun tu. Ada yang kakak berjaya travel, ada yang kekal jadi wish list dan kakak tetap wish dapat juga pergi satu hari nanti InsyaAllah.

Tahun ni masuk tahun kedua kakak bergelar isteri orang. Of course kakak berharap untuk dapat baby pulak. Ihiks. Doakan kakak yah? Kalau dapat kembar lagi bagus. Boleh tutup kilang terus. Eh?? Kakak ada adik ipar kembar seiras, makanya potensi tu ada la kan?

Haaa walau bagaimana pun kakak tetap tidak dapat let go kesukaan kakak iaitu travel. Ini antara cara kakak beri hadiah pada diri sendiri atas penat lelah bekerja serta menghadapi pelbagai dugaan hidup iaitu dengan kekayaan. Kekayaan pengalaman. Wow!! Hakak seperti sasterawan negara pulak bunyinya. Kau mampooo?

Untuk tahun ni wish list kakak adalah untuk ke negara Balkan. Dua negara balkan sudah jejak iaitu Slovenia dan Slovakia. Harap dapat menambah jejak kaki tahun ni. Kena berjimatla kakak mulai sekarang.

Mostar



Happy New Year


Happy new year guys!!!

Macam biasa memulakan bulan baru dengan berus makeup baru. Gilo striking kan? Neon green kaedahnya. Kakak beli RM 8 ye set ni. Rasanya seller tu tersalah letak harga sebab lepas tu harga jadi lain dah hikhik. 

Btw, kakak memang addictive dengan brand Docolor ni. Berus-berus dia semua cantik-cantik, rare, unik. Lain la dari kebiasaan berus warna hitam je.

Diharapkan tahun 2020 ni kehidupan kakak, suami dan keluarga serta korang yang sudi singgah blog kakak terang benderang umpama warna berus ni. 




Iah Cantik


Kakak kau yang feeling ni tiber la kali ni nak share rutin makeup dia. Banyak yer harta makeup dia. Almaklum la lama sangat mereput kat rumah, makanya hakak spending dekat barang makeup. Ni selepas acara penjagaan muka untuk siang hari ye. Ni step by step acara makeup hakak.

Primer

Dulu-dulu hakak tak tahu kenapa kena pakai primer, macam takde beza pun dengan tak pakai. Bila dah lama-lama ni, kalau lupa pakai primer rasa nak cuci balik bedak segala. Primer ni menyediakan muka kita untuk bermakeup. Ada macam-macam jenis, ada yang fungsinya untuk meratakan kulit muka, menutup pori, menyamakan warna kulit, dan macam-macam lagi ikut korang punya permasalahan. Pakai ni memang sangat membantu bagi makeup terletak dan nampak cantik.


Foundation

Dalam bahasa melayunya dikenali sebagai bedak asas. Ni yang bagi muka nampak licin flawless segala. Juga ada bermacam-macam jenis, jenis matte, jenis untuk nampak glow, nampak cerah. Korang juga boleh pilih jenis coverage, light, medium atau heavy. Coverage ni kira ketebalan dia pada muka kita la. Light coverage sesuai la kalau nak ke tempat kerja, medium coverage kalau event siang cantik la nampak, heavy coverage ni kalau orang kahwin, dinner, event malam.

NOTA

1) Foundation satu tone kena cerah dari kulit asal sebab nanti foundation akan ter-deoxide, akan gelap satu tone.

2) Cara pilih foundation dengan calit dekat bawah dagu atau pun dekat pipi yang dekat dengan telinga. Situ warna asal kulit kita. Kat pipi ni semua terbakar kena matahari. 


Concealer 

Yang ni tujuannya adalah untuk menutup cela. Cela kat sini erti kata lain, lebam bawah mata ko, parut-parut jerawat dan jeragat. Tu yang artis-artis bila bermakeup or sesape la bermakeup nampak flawless je tak de parut bagai.


Loose Powder

Bedak tabur. Memang selalu berterabur pun. Kalau sekadar nak berbedak nipis boleh pakai yang ni. Tapi iols pakai loose powder dulu baru pakai compact powder. Hasil lebih cantik.

Compact Powder/2 Way Cake Powder

Nak bagi muka nampak lebih kemas dan tak de la lepas beberapa jam muka ko dah sememeh, selalunya lepas pakai loose powder kakak akan set kan lagi muka dengan compact powder. Pakai light-light je nak bagi muka nampak lebih flawless. Tapi bila datang angin kus-kus malas makeup, hakak tepek bedak ni je semata dah elok muka.

Shading

Almaklumla semenjak muka bertambah lebar dan gangguan doble chin makin menjadi-jadi kena la belajar shadingkan muka. Biasanya kakak akan buat effect hidung mancung nak nak bagi pipi cengkung sikit.


Eyeshadow Base

Eyeshadow base ni kalau tak de boleh ganti dengan concealer. Eyeshadow base ni tujuan dia supaya eyeshadow kita tu melekat dengan mantapnya di kelopak mata, dan supaya tak becak warna eyeshadow turun ke bawah mata dan juga supaya warna eyeshadow tak berubah. 

Eyeshadow



Haaa hakak nak show off kat korang eyeshadow kakak. PINK. Ada je lagi eyeshadow kakak  yang lain tapi sebab favourite color ialah pink kakak tunjuk koleksi pink je. Semua kakak suka and sayang. 

NOTA: By the way untuk beginner earth color adalah pilihan eyeshadow paling selamat. Warna brown tu le.

Eyebrow Pencil

Terus terang kakak cakap banyak-banyak part makeup, buat kening paling susah. Tiga kali kakak pergi kelas makeup tau. Still sampai sekarang tak berapa cantik buat kening. Btw, kening hakak original tak cukur, tak threading walaupun kakak pernah dengar umpatan "pemegang tiket syurga" mengata kakak cukur kening. Kening sedia ada pun tak berapa cukup bulu nak cukup apanye? 

Eh, banyak bebel pula. Kening dua je, alatnya sampai 3, hahahah. Yang hitam tu pencil yang lukis kening, yang putih tu akak buat untuk fill in the black mana-mana part kening yang tak berapa kena dengan pencil. Yang warna brown tu eyebrow mascara, kakak pakai to protect kening bagi stay tak berceracak bila sampai tengahari.  


Eye Liner

Bahasa mudahnya, celak mata. Ada yang suka pencil, kakak suka liquid. Macam lagi lawa. Tapi hati-hati la tak pasal comot memang jenuh. Ramai yang tanya tips kat kakak macam mana nak pakai celak bagi nampak smooth tak bergelombang nak buat cam uTuber memang tak jadi.

NOTA

1) Kelopak mata tak smooth

Yang ni korang kena guna jari, letak dekat tepi hujung mata tolak ke tepi, supaya kulit kat kelopak  mata jadi lurus dan tegang so korang boleh tarik eyeliner dengan smooth.

2) Tangan menggigil

Korang kena letak siku atas something, topang siku atas meja ke, kotak ke bagi tangan tak menggigil.


Mascara

Ni nak kasi lentik bulu mata la. Kalau korang bulu mata dah lentik, syukurlah tak payah kepit lagi. Maybe guna mascara untuk enhance lagi bulu mata korang yang dah memang cantik tu.


Highliter

Ni yang korang tengok pipi, hidung nampak glowing habis. Yang ni la benda alah tu, di sebut highlighter. Btw, makeup menggunakan highlighter tidak sesuai untuk mereka yang muka berlopak-lopak ye, terserlah habis lopak muka korang tau. Tak sesuai juga untuk kulit berminyak, muka macam kena simbah minyak bila pakai highlighter.



Blusher

Pemerah pipi, fungsinya nak bagi pipi nampak kemerahan comel la kononnya. Sama macam-macam eyeshadow ada macam-macam teknik pakai blusher ni. Pilih ikut sesuai bentuk muka.

NOTA
Wanita Malaysia ni biasanya cantik pakai blusher warna peach


Lipstick

Gincu. Tapi lipstick ni ada macam-macam spesis. Ada yang moist, ada yang matte ada velvet. Ikut suka korang. Bibir kakak agak sensitif. Salah pakai lipstick nanti kering mengelupas. Kakak suka matte lipstick yang bermoisturizer. Tahan lama sikit. Dari segi warna korang pilih ikut suka korang la nak pakai warna apa. Yang penting dalam stock ada warna natural. Selain lipstick ada juga lip tint, lip gloss, lip segala bagai. Kakak old school, prefer lipstick.

NOTA
Cara pilih lipstick natural untuk diri masing-masing ialah, korang juihkan bibir bawah korang, warna di sebelah dalam bibir korang tu le yang natural untuk korang. Tak percaya cuba la. Mesti muka nampak berseri je.



Setting Spray

Last sekali, lepas siap makeup segala, kakak biasanya akan sembur muka dengan setting spray. Fungsinya adalah untuk pastikan makeup kita kekal kemas. Done. Siap makeup, ready nak keluar rumah.

simple cut crease eyeshadow tiru Kylie Jenner katanya





7 Days, 7 Favourites