Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Pan's Labyrinth


Seperti yang di janjikan, kakak memulakan senarai filem musim Halloween kegemaran kakak dengan movie bertajuk El Laberinto del Fauno atau Pan's Labyrinth, sebuah cerita dark fairytales dari negara Spain. Kali pertama dengar tentang cerita ni masa mula keluar dulu (2006) kakak terus falling in love dengan tajuk movie ni. Then bila dapat tahu pulak filem ni menerima banyak pencalonan dan memenangi banyak award, lagi berkobar-kobar kakak nak menonton cerita ni.

Ofelia

Filem ni berkisar di Spain ketika musim panas 1944, lima tahun selepas Spanish Civil War, ketika era Francoist Dictatorship. Penceritaan dalam filem ini bertaut antara dunia realiti dan dunia fantasi yang berkisar tentang sebuah jalan berselirat yang terbiar serta sejenis makhluk yang misteri yang dikenali sebagai Faun yang kerap berinteraksi dengan Ofelia seorang kanak-kanak, si watak utama dalam filem ini.


The Faun

Bapa tiri Ofelia, Kapten Vidal, memburu kumpulan penentang di wilayah tempat tinggal mereka. Manakala, ibu Ofelia, Carmen sedang sarat hamil dan sakit. Ofelia sendiri bertemu dengan beberapa makhluk magis dan pelik, yang membimbingnya melalui ujian demi ujian bagi melepasi jalan-jalan berselirat tersebut. 

Pale Man

Fuhhh...kakak translate ikut wiki. Actually filem ni kena tengok sendiri baru faham jalan ceritanya. Dan, sebenarnya banyak unsur moral yang boleh di dapati secara tersirat di dalam filem ini. 

Princess Moanna of Underworld Kingdom

Antara pengajaran dari filem ini, kasih sayang ibu bapa terhadap anak tak kira apa pun kesalahan yang anak buat, ibu bapa tetap mahukan anak kembali semula ke pangkal jalan. Kasih sayang seorang kakak kepada seorang adik, walaupun terpaksa mengorbankan diri sendiri. Kebijaksanaan dalam menggunakan akal dan hati ketika mematuhi arahan. Mesti tonton movie ni tau korang. Kakak tetap sentiasa excited menonton cerita ni walau pun hampir dua puluh tahun dah sejak ditayangkan dan dah tak tahu berapa kali tengok dah pun.

No comments:

Post a Comment

7 Days, 7 Favourites